Melihat rakan-rakan di PPKI begitu sibuk membuat persediaan untuk menerima tetamu membuat aku terkenang kisah lama. Sebagai program yang selalu dilawati kami sekeluarga memang sentiasa berada di dalam keadaan sibuk.
Selalunya apabila menerima surat untuk kehadiran tetamu semua guru sudah arif tentang tugas masing-masing. Kami amat gembira jika surat pemberitahuan itu diterima awal. Ini adalah kerana persediaan buku program, persembahan power point, persembahan murid, penyediaan hasil kerja murid untuk jualan
serta keceriaan dan kebersihan kelas dapat dijalankan dengan lebih teratur.
MERUNGUT
Ada juga rakan yang merungut dengan kehadiran tetamu yang tidak henti-henti. Kadangkala dalam satu bulan sehingga 2 kumpulan ltetamu yang terpaksa kami terima. Aku memahami situasi ini. Bukan aku tidak mahu menerima pandangan rakan-rakan. Sebaliknya sepanjang menjadi guru pendidikan khas aku dapat
merasakan hikmah di sebalik semua ini.
Biarku jelaskan hikmahnya di sebalik menerima tetamu:
1. Kami sentiasa berada di dalam keadaan bersedia, terutama dari segi keceriaan kelas, penyediaan bahan
bantu mengajar murid, penulisan RPI dan segala bentuk dokumentasi lain yang sepatutnya berada di
dalam sebuah program pendidikan khas. Kelas dan persekitaran kelas sentiasa dalam keadaan bersih
dan teratur.
2. Bukan aku ingin membanggakan diri, tetapi hasilnya ialah semua rakan-rakan guru yang ada di programku
menjadi guru yang amat rajin juga kreatif. Mereka sentiasa berlumba-lumba menceria dan membersihkan
stesen pembelajaran masing-masing.
3. Dapat membina keyakinan diri murid setiap kali mereka membuat persembahan di hadapan tetamu.
4. Kami menjadi satu team work yang amat akrab dan saling berganding bahu dalam semua keadaan.
5. Walaupun ini adalah perkara terakhir dalam susunan yang kutuliskan ini , tetapi sebenarnya ia adalah yang
pertama dan paling besar ertinya dalam kehidupanku sebagai guru pendidikan khas iaitu banyak masalah di programku yang dapat selesai dengan baik kesan daripada kerap menerima tetamu.
HANYA AKU DAN RAKAN-RAKAN DI SKUP SAHAJA YANG MEMAHAMINYA KERANA KAMI YANG SENTIASA MELALUINYA....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan