Sabtu, 26 Ogos 2017

BICARA YB/ SATU HATI

Alhamdulillah. Diizinkan saya menulis.

Anak istimewa.

Lebih lama mereka dikumpulkan dalam kategori masalah yang sama,
 lebih lambat mereka menguasai kemahiran bersosial dan  berdikari.

Apabila mereka berada dalam kategori masalah yang sama
mungkin lebih memudahkan guru dan ibu bapa di dalam
mendidik.

Tidak menimbulkan kekecewaan, kemarahan dan kesedihan
berbanding mereka diinklusifkan.

Pendek kata, lebih mudah. Tidak menyusahkan guru di aliran perdana.
Tidak  memenatkan guru di pend khas dan tidak menyusahkan
hati ibu dan bapa.

Cabaran apabila mereka diinklusifkan sangat besar. Kadangkala
kisah mereka semasa diinklusifksn meruntun jiwa guru di
pendidikan khas apatah lagi ibubapa.

Ramai daripada mereka ditolak begitu sahaja meskipun
ada kecerdikan yang melebihi anak  yang sempurna.

Sebabnya terlalu banyak dan terlalu panjang jika ingin di tulis di sini.

Apapun saya suka menyatakan sesuatu.

Lebih banyak cabaran yang mendatang, lebih banyak isu
diketengahkan, lebih banyak idea yang dilontarkan  melalui
apa juga media, makin besar  peluang
untuk nasib mereka terbela.

Mungkin bukan untuk anak tuan puan sekarang, namun
 untuk anak anak istimewa
lain dimasa akan datang..

Jangan kecewa dan putus asa. Anak-anak ini ada hak mendapat
 pendidikan yang
sempurna  di program integrasi, juga ada  hak untuk diinklusifkan.

Meskipun sukar dan pahit untuk ditelan. Teruskan berjuang.
Anak-anak  Ini perlu beroleh hak mereka di dalam sistem pendidikan
kita serupa dengan anak lain yang sempurna.

Memang masih banyak lompangnya dimana2 apabila anak-anak
 ini belajar di PPKI berbanding di pusat berbayar yang menuntut
sumber kewangan yang besar.

Namun kini saya lihat ramai ibubapa yang tinggi ilmunya dan boleh menyumbang
IDEA untuk kemajuan anak - anak ini .

Para guru dan ibubapa perlu bersatu hati dan berlapang dada dengan ujian
yang datang. Ujian Allah sebenarnya untuk menyatukan 2 kategori insan
yang sedang mendidik ahli syurga.

Cuma kita kurang menyedarinya.

Sangat bergantung kepada hati kita semua. Terima dengan lapang
dada jika ada teguran dan pandangan membina.

Fokus kepada  SATU  perkara.
 Mereka perllu BERDIKARI  sebelum kita semua meninggalkan mereka
sendirian di dunia ini.

Saya pernah menangis tersedu-sedu tatkala anak murid spastik saya
berlari pantas ditengah padang, dan saya dimaklumkan hadiah untuknya
terlupa disediakan oleh penganjur.

Saya juga pernah mendapt prestasi 72% kerana bercakap tentang hak anak-anak
ISTIMEWA INI.

Tapi  semua kisah ini merupakan satu magnet yang menarik saya untuk lebih
berani bersuara tentang hak anak-anak ini.

Teruskan berjuang.

Guru dan ibubapa. Bersatu hatilah.

Saya mendoakan.

Rabu, 23 Ogos 2017

BICARA YB/DIDIK

Alhamdulillah. Diizinkan untuk saya menulis.

Mendidik  biar berhemah. Terjerit-jerit dengan
 bahasa kasar kepada pelatih di hadapan
pesakit menjatuhkan maruah.

Salahnya tidak kira banyak atau sedikit.
Boleh dibincangkan di bilik , bukan di wad.
Di hadapan pesakit.

Pelatih perlu dididik . Bukan diherdik.

Semoga  Allah beri hidayah. Belajar untuk fikir
perasaan orang lain.

Emosi terganggu.  Wad Mata Hospital  Trendak.

Belajar sesuatu pada  pagi ini.

BICARA YB/ UPSR

Alhamdulillah. Di izinkan saya menulis.

Usai solat maghrib salah seorang pesakit wanita lingkungan
hujung 60an menghulur tangan bersalaman dengan saya.

Sangat peramah. Meskipun baru berkenalan dia telah
 bercerita banyak kisah hidupnya kepada saya.

Sesekali saya menyampuk juga. Selebihnya hanya memasang
 telinga sambil tersenyum.

Ceritanya yang paling menarik perhatian saya  ialah tentang
 cucu perempuan berusia 12  tahun yang tinggal bersamanya.

Dia menyebut semua jadual  kelas tambahan dan jadual tution cucunya. Menyebut juga tentang sekolah asrama yang baik jika cucunya berjaya.

Tentang kepadatan waktu belajar  yang menyebabkan
 cucunya kepenatan dan keletihan.

"Makcik kesian tengok dia, sampai tak sempat nak tarik nafas panjang"
katanya penutup perbualan kami.

Saya tersenyum lebar mendengar ayat yang terakhirnya itu.

Memang memahami dan memaklumi.

Solat Isya.

Kebetulan pula usai memberi salam saya lihat wanita itu juga
disebelah saya.

"Kawan datang sini nak operate matake?

Soalan diajukan kepada saya, seolah-olah baru mengenali saya.

Saya nak tergelak. Namun menahannya.

Pertama gelaran kawan yang ditujukan kepada saya.

Kedua, saya rasa dia pelupa.

Ketiga, satu perkara yang dia dan semua orang tidak akan terlupa
ialah tentang UPSR .

Akal kita akan fokus kepada apa yang sering kita dengari.

Bilik solat. Wad mata Hospital Trendak Melaka.

BICARA YB/ILMU

Alhamdulillah. Diizinkan saya menulis.

Menuntut ilmu sangat penting.
Beramal /praktikkan ilmu yang dipelajari
adalah  lebih penting.

Tidak akan jadi seorang pakar/ mahir  dalam
apa juga bidang andai boleh bercakap berdasar
 ilmu namun tidak pernah beramal dengannya.

Kerana pengalaman adalah guru di dalam
memantapkan ilmu.

Kenangan 1992 yang tidak akan dilupakan.


Sabtu, 19 Ogos 2017

BICARA YB/ MUDAH


Alhamdulillah. Diizinkan untuk saya menulis.

Yang pergi pasti tidak  akan kembali.

Pergi dengan cara mudah,
semasa menghadap  Ilahi adalah impian semua,

 Muhasabah diri untuk kita,
yang masih bernyawa 

Suatu hari nanti
kita juga akan mengalami cerita serupa.

 Oleh itu,  sebelum kita kesana,
 berusahalah untuk permudahkan segala perkara.

Samada  untuk  keluarga kita,
untuk rakan kita,
untuk kerjaya kita,
untuk semua manusia.

Permudahkanlah,   
Agar  segala usaha kita juga akan lebih menjadi mudah.
Hidup kita menjadi mudah .
Yang penting kita pergi menghadapnya dengan cara yg lebih mudah 
Insyaallah 



Isnin, 14 Ogos 2017

BICARA YB/MOTIVASI

Alhamdulillah. Program Motivasi Ibu Bapa
Tempat: SK Taman Rinting 2, Pasir Gudang. Johor.
Tarikh: 13 Ogos 2017.
Semoga bermanfaat dan sama-sama beroleh
pahala daripada Allah.

























Isnin, 7 Ogos 2017


Kesombongan dan takabbur adalah
jalan singkat menghinakan diri sendiri.

Motovasi pagi. IKIM