Jumaat, 18 Oktober 2019

BICARA YB/MAJLIS PERSARAAN

Alhamdulillah.

Selepas waktu magrib saya dan suami
dijemput untuk hadir majlis persaraan
seorang guru di SK Mukah.

Kebetulan majlisnya hanya ditingkat bawah hotel kami menhinap, mudahlah
urusannya.

Ada  pengalaman lucu yang sukar untuk
saya dan suami lupai pada malam itu.

Saya dan suami bertema baju batik.

Itupun atas cadangan suami yang sudah terbiasa  dengan pertauran  semasa bertugas.


Masuk sahaja ke dalam dewan makan semua mata tertumpu kepada kami.


Formal sungguh.


Allahuakhbar. Sedangkan seluruh warga SK Mukah cuma berbaju T pada waktu itu.


Allah. Janggal tidak terkata.


Saya dan suami berpandangan.


Sama-sama tersenyum.


Maksudnya, hanya kami yang memahami.


Allah dah tentukan. Redha🤣







BICARA YB/JEMPUTAN

Alhamdulillah.

28-30 September 2019 saya menerima jemputan memberi ceramah di SK Mukah
Sarawak.

Saya ditemani oleh suami ke sana.

Perbelanjaan tambang kapal terbang dan
penginapan saya dibiayai oleh PPKI SK Mukah. Manakala perbelanjaan tambang untuk suami kami biayai sendiri.


Ketibaan saya dan suami di Lapangan Terbang Mukah dijemput mesra oleh GPK PK Cikgu Angelia dan Cikgu Syafiqah.

Kemesraan terjalin melalui bidang yang sama iaitu Pendidikan Khas.

Alhamdulillah.

Usai minum petang di sebuah gerai,
kami dihantar ke  Kingwood Hotel untuk
berehat.

Saya sangat teruja  melihat pemandangan
yang aman damai di pekan kecil itu.


Apatah lagi suami saya yang merupakan penggemar dengan kehidupan di luar bandar.


Sambil merehatkan tubuh fikiran saya melayang jauh.

Rasa syukur tidak dapat saya gambarkan melalui perkataan dengan nikmat yang Allah kurniakan.

Sungguh. Dia mengetahui hajat saya untuk terus berkongsi pengalaman meskipun telah bersara.

Mukah masih dihati