Sabtu, 21 Julai 2018

BICARA YB/ SEMINAR

Alhamdulillah. Diizinkan saya menulis.

Seminar Mengoptimumkan Potensi Kanak--Kanak.
21 Julai 2018.
9.00 pagi-12.00 tengah hari
Auditorium KAYM
Anjuran PPKI SK Ayer Molek

Penceramah: Puan Mahfuzah Zainol dan
                          En Mohd Adli Yahya.


Jumaat, 20 Julai 2018

BICARA YB/ "TEAM WORK"

Alhamdulillah. Diizinkan saya menulis.

Mendidik anak istimewa tidak boleh dilakukan sendirian.

Bergerak "solo" bakal menimbulkan tekanan
kepada individu yang terlibat dengan anak-anak ini.

Perlu ada "team work".

Ibu bapa, ahli keluarga, guru, pembantu pengurusan murid,
seluruh warga sekolah, ( guru, kakitangan sekolah, murid
tipikal)  ahli  perubatan dan ahli masyarakat.

"Team Work" membawa anak istimewa ke mercu jaya.

Banyakkan doa di dalam setiap usaha.

Rabu, 18 Julai 2018

BICARA YB/ SOLUSI

Alhamdulillah. Diizinkan saya menulis.

Solusi keluaran 114.




















Mengenengahkan kisah Tuah Anak Istimewa oleh
Ustaz Mohamad Zarifi Hj. Mohamad Daud dan
isteri beliau Norhayati Hj Ahmad Mansor.

7 pesanan untuk ibu bapa anak istimewa:

1. Bawa anak ke mana sahaja ibu bapa pergi.
2. Ibu bapa perlu banyak pengorbanan.
3. Hantar anak ke sekolah.
4. Bimbing anak solat.
5. Hantar ke fisioterapi.
6. Beri pendidikan agama.
7. Tidak malu mengaku ada anak istimewa.


Isnin, 16 Julai 2018

BICARA YB/ DOA

Alhamdulillah. Diizinkan saya menulis.

Mengiringi setiap langkah anak istimewa dengan doa
akan mententearamkan jiwa.

Jangan berhenti berdoa. Selagi hayat dikandung badan

BICARA YB/ SEMARAK KASIH



Ujian kehidupan untuk setiap insan
adalah berbeza.
Mengikut kesesuaian seperti yang lebih
diketahui oleh Yang Maha Pencipta.

Bacalah buku "Semarak Kasih" selenggaraan
Tuan Mohamad Kholid ini.

Akan timbul rasa bersyukur kerana ramai 
rakan kita di luar sana yang lebih teruji 
kehidupan mereka daripada kita.

Sebuah buku mengisahkan pengalaman sebenar
mengurus anak istimewa.

Banyak yang boleh diambil ibrah, untuk kita
menjadi lebih tabah.



















Tahniah Tuan  Mohamad Kholid dan "team".

Sabtu, 7 Julai 2018

BICARA YB/ LABEL

ALhamdulillah. Diizinkan saya menulis.

LABEL

Ada di kalangan murid-murid kita yang lewat kematangannya.
Guru-guru jangan terlalu cepat "melabel".

"Budak ini istimewa".

Banyak aspek yang perlu dilihat untuk memastikan mereka
"istimewa". Bukan pemerhatian sekali lalu.

Murid perlu disahkan masalah mereka oleh  pengamal perubatan
berdaftar disamping laporan jujur daripada  ibu bapa serta guru
sebelumnya.

Memang ada di kalangan murid di sekolah  rendah yang mempunyai
satu atau dua  ciri "istimewa", namun mereka bukan total "istimewa".

Mereka tidak memerlukan Pendidikan Khas.

Mereka cuma memerlukan perhatian yang lebih daripada guru
dan ibu bapa.

Semoga bermanfaat.

BICARA YB/ TIPS

Alhamdulillah. Diizinkan saya menulis.

Mengajar membaca murid-murid yang bermasalah
pembelajaran memerlukan "kerja lebih" dan penyusunan
langkah pengajaran di kalangan ibu bapa ataupun guru.

Tips yang boleh digunakan.

Tajuk: Huruf vokal.

1. Bina bahan bantu (huruf vokal) dalam bentuk
    tulisan yang besar. (flash card/carta)
    # Boleh menarik minat dan perhatian minat murid.

2. Jangan mengajar terlalu banyak isi pelajaran
    dalam satu sesi pembelajaran.
    Contoh: Kenalkan huruf "a"sahaja.
    # Isi pelajaran yang banyak akan membuatkan
       kanak-kanak keliru dan sukar untuk mengingat.
    # Punca mereka merasakan pelajaran itu sangat "susah"
       dan membebankan.
    # Punca mereka tidak mahu belajar.

Bersambung ...

 

   

Ahad, 1 Julai 2018

BICARA YB/ MURID

Alhamdulillah. Diizinkan saya menulis.


Wanita muda  ini adalah bekas anak murid saya
20 tahun yang lalu.

Disebelah adalah  anak beliau yang baru berusia 4 tahun.

Tadi, beliau tiba daripada Kuala Lumpur,  dan saya mengambil
beliau di Melaka Central lalu membawanya pulang
beraya di rumah saya.

Allah!
Daripada semalam dia merancang untuk bertemu saya.
Sungguh panjang cerita, nak ditulis tak larat rasanya.
Berbelit-belit.

Nak gelak ada, nak marahpun ada.

Apapun, alhamdulilah.
Dia tiba di rumah saya. Hajat kami Allah sampaikan juga.
Setelah saya anak beranak  dan dia juga sama-sama pening kepala.

Anak murid istimewa. Cikgupun kadang-kadang serupa juga.

Ha...ha....ha...💕

Selasa, 29 Mei 2018

BICARA YB/ PENGALAMAN


Alhamdulillah. Diizinkan saya menulis.

Pengalaman mengajar  anak-anak istimewa ini selama 
hampir 19 tahun sebenarnya banyak menyuluh kegelapan
hati saya. Kadangkala, terasa mereka sebenarnya lebih
ikhlas melakukan sesuatu berbanding  kita yang sempurna.

Pemberian  kita mengharap ganjaran.  Bantuan  kepada yang 
boleh memberi balasan. Sedangkan mereka tidaklah 
demikian.

Malah  mereka  sebenarnya tidak tahu bagaimana mahu
menagih sanjungan.  Bantuan  yang dihulurkan adalah 
lahir daripada sikap tanggungjawab dan bukan pujian 
yang di harap.





Khamis, 24 Mei 2018

BICARA YB/ BOTOL SPRAY


Alhamdulillah. Diizinkan saya menulis.



Menggunakan botol spray sebagai satu aktiviti pembelajaran adalah
amat menyeronokkan murid-murid.

Botol spray yang mengandungi air yang dibancuh warna dapat membantu
perkembangan murid-murid seperti berikut:

1. Perkembangan motor halus-menggunakan jari untuk memicit
    pemetik botol spray.

2.Tumpuan- murid memberi tumpuan untuk melihat air berwarna
   yang melimpah di kertas.

3. Warna- murid diajar mengenal warna.












Setiap usaha pasti akan ada hasilnya andai dilakukan
secara istiqamah.

Rabu, 23 Mei 2018

BICARA YB/ PENYEPIT BAJU

Alhamdulillah. Diizinkan saya menulis.

Kalau kita melihat gambar penyepit baju ini kita mungkin
tidak menduga ianya boleh memberi kesan positif yang
banyak kepada proses perkembangan murid-murid, terutama
yang mengalami Masalah Pembelajaran.

Suka ingin saya kongsikan kebaikan penyepit baju ini
andai dapat digunakan semasa sesi pembelajaran.

1. Murid tidak merasa bahawa mereka sedang belajar,.
    Kerana tugas mereka ialah memilih huruf dan menyepitkannya
    di kad  huruf.

2. Murid dapat meningkatkan kemahiran motor halus iaitu
    membuka dan memasang penyepit di kad huruf.

3. Murid dapat mengenal warna.

4. Murid dapat mengira jumlah sepit.

5. Murid dapat mengenal huruf a.

6. Murid dapat mengenal perbezaan dan persamaan huruf dan warna.

Lihat.  Hanya dengan penyepit baju dan kad huruf ini murid telah dapat
meningkatkan banyak kemahiran asas yang membantu mereka untuk
berkembang dengan lebih baik.

Oleh itu, kurangkan pensel dan kertas. Gantilah dengan bahan-bahan
Bantu yang boleh menarik minat murid untuk duduk belajar.

Banyakkan doa kerana pencapaian murid adalah dengan izin Allah.

Selasa, 22 Mei 2018

BICARA YB/ BELAJAR ATAU BERMAIN

Alhamdulillah. Diizinkan saya menulis.

Seringkali saya mendengar rungutan ibu bapa
tentang anak yang tidak mahu belajar serta
sangat fobia dengan perkataan " belajar".

Saya juga pernah mengalami situasi ini dengan
seorang murid yang bermasalah slow learner.

Dia langsung tidak mahu masuk kelas apatah
lagi duduk di kerusi.

Alhamdulillah. Sedikit ilham Allah berikan.

Saya memujuk beliau dengan berkata.

"Jom kita bermain sama-sama".

Dia mula merapati saya dan duduk di kerusi
meskipun masih belum bersedia untuk membuat
aktiviti pembelajaran.

Saya langsung tidak menunjukkan pensel, lembaran
kerja ataupun buku kepada beliau.

Namun saya mengeluarkan peralatan permaian
seperti lego, puzzle huruf, straw dan sepit  baju,
tanah liat dan sebagainya yang bersesuaian.

Dengan permainan itu saya mengajar beliau mengenal
nombor, warna dan huruf.

Setelah beberapa kali pertemuan akhirnya
murid tersebut masuk kelas dengan sukarela
dan duduk di kerusi untuk "bermain" bersama saya.

Selamat mencuba.


Selasa, 8 Mei 2018

BICARA YB/ INTERVENSI

Alhamdulillah.Diizinkan saya menulis.

Anak-anak istimewa yang diberikan intervensi
awal adalah lebih cepat berkembang kemahiran
kognitif mereka berbanding anak istimewa
yang tidak diberikan intervensi awal.

Apapun, banyakkan berdoa. Semoga Allah
permudahkan.

Ahad, 6 Mei 2018

BICARA YB/ LATIHAN

ALhamdulillah. Diizinkan saya menulis.

Latihan membuat kerja rumah yang mudah adalah
sangat penting untuk anak-anak istimewa.

Ianya boleh membantu perkembangan  kemahiran berikut:

Saya berikan contoh.

1. Membuka dan menutup pintu:
   i. Kemahiran mendengar dan mematuhi arahan.
  ii. Kemahiran motor halus (memegang dan memulas
       tombol pintu)

2. Menyusun kasut di rak kasut.
   i.  Kemahiran mendengar arahan.
  ii.  Kemahiran motor halus
  iii. Kemahiran kognitif. ( susun kasut ikut pasangan)


3. Menyusun pinggan mangkuk dan yang seumpama
    dengannya.
  i. Kemahiran mendengar arahan.
 ii. Kemahiran motor halus
iii  Kemahiran .kognitif. (sama saiz. Sama warna, urutan)


Ada banyak lagi latihan asas di rumah yang boleh dilakukan oleh
anak-anak istimewa bagi membantu berbagai perkembangan diri
mereka, terutama pengurusan diri.

Banyakkan berdoa. Allah akan membantu kita kerana anak-anak
isitmewa adalah satu hadiah



Jumaat, 4 Mei 2018

BICARA YB/ PENGAJARAN INDIVIDU.

Alhamdulillah. Diizinkan saya menulis.

Mengajar anak-anak istimewa meskipun di dalam kumpulan
kecil, (6 orang) namun ianya adalah satu cabaran besar.

Tingkahlaku mereka yang berbagai disamping tahap 
kemahiran dan pencapaian yang berbeza menyukarkan 
guru untuk mengajar secara "kelas". 

Untuk mengajar secara individu pula memerlukan
tahap kemahiran dan kepakaran pada diri seseorang 
guru. Andaikata, guru yang baru menjalankan tugas
sebagai guru Pendidikan Khas ianya adalah sangat
mencabar.

Saya pernah lakukan begini.

1. Bahan bantu mengajar dan latihan bertulis untuk murid
    perlu disediakan terlebih awal sebelum pdp.

2.Setelah seorang murid diajar, terus berikan latihan bertulis
   kepada murid tersebut, sementara guru mengajar murid lain.

3.Andai murid tersebut telah berjaya menyelesakan tugasan, 
   sedangkan murid lain masih belum  diajar secara individu, 
   guru boleh menambah lagi latihan bertulis kepada murid tersebut.

4. Jika murid telah bosan, guru boleh selang selikan dengan aktiviti
    lain yang membantu perkembangan kognitif mereka, ( bermain lego,
    plastesin, puzzle dsbnya).

    Boleh juga diberikan aktiviti yang mereka suka, asalkan membantu
    perkembangan.

-Saya berikan satu contoh:
 Kes pertama:
 Saya pernah mengajar seorang murid downsindrome yang haiperaktif.
 Beliau suka berlari apabila tidak diberi perhatian kepada guru.

 Saya mengenalpasti beliau suka mengasah pensel.
 Oleh itu, setiap kali tugasan beliau selesai, saya akan memberikan
 kepada beliau pensel-pensel warna untuk di asah.

 Pada masa melakukan aktiviti tersebut, tanpa  kita sedari sebenarnya
 beliau sedang menguasai kemahiran motor halus, pengamatan dan
 pengurusan tingkahlaku.

  Kes kedua:
  Seorang murid autisme haiperaktif yang suka melukis dan mewarna. 
  Setiap kali siap tugasan dan ingin bangun daripada tempat
  duduk saya akan mengulurkan kertas lukisan dan pensel warna
  untuk beliau melakukan aktiviti yang diminatinya itu.

  Hasil yang boleh didapati daripada kaedah yang saya gunakan ini ialah:

 1. Setiap murid dapat merasa pengajaran secara individu, disamping
     saya tidak mengabaikan murid lain.

2. Dapat meningkatkan perkembangan kemahiran motor halus, 
    pengamatan dan pengurusan tingkahlaku.

3. Mereka belajar berdikari dengan melakukan aktiviti kesukaan
    mereka tanpa bantuan guru.

4. Mereka juga belajar untuk mematuhi arahan.

Jangan lupa untuk melibatkan kerjasama dengan Pembantu Pengurusan
Murid kerana  ia sangat penting bagi melancarkan sesi pembelajaran.

Semuanya adalah izin Allah juga. Sekecil manapun usaha kita,
banyakkan berdoa. Semoga berjaya.