MERUNGUT
Mendengar rakan-rakan guru selalu merungut penat apabila mengajar di program pendidikan khas membuatkan aku ingin menulis sesuatu. Sebenarnya jika kena cara rungutan seperti ini tidak akan timbul.
Mungkin untuk memulakan tulisanku ini aku terpaksa bercerita semula tentang situasai di program pendidikan khas tempat aku bertugas dahulu. Seikhlasnya kukatakan sesiapa sahaja yang masuk melapur diri di program itu perlu sentiasa bersedia dari segi mental dan fizikal .
Budaya kerja yang telah aku amalkan selama bertugas di sana memang amat mencabar. Perancangan pembelajaran yang fleksible telah aku susun sejak dahulu lagi. Ianya memaksa semua guru yang datang mengajar di programku menjadi orang yang sentiasa tidak duduk diam sepanjang waktu persekolahan.
TIGA BULAN PERTAMA
Bagi kami tiada istilah waktu free yang dapat kami jadikan sebagai waktu rehat untuk bersembang-sembang atau berbual kosong. Semuanya terisi dengan aktiviti. Selalunya tiga bulan pertama waktu persekolahan adalah waktu paling sibuk bagi kami semua.
Pada masa ini murid-murid pendidikan khas yang mempunyai masalah tingkahlaku yang kritikal akan menjalani intervensi awal dan pengajaran secara individu bagi membantu mereka pulih dengan lebih cepat . Kaedah ini telah lama aku perkenalkan di program pendidikan khas tempat aku bertugas.
Jadual waktu yang disusun melibatkan semua waktu free guru-guru termasuk aku. Pada waktu itu kami bergilir-gilir mengajar murid-murid ini secara individu di bilik yang disediakan khas. Rakan-rakanku tidak pula merungut tentang tidak ada waktu free, malah kulihat mereka gembira bekerja bersama-sama.
BERSETUJU
Sebenarnya aku memang selalu beruntung kerana setiap kali apabila merancang sesuatu aktiviti baru, rakan-rakan tidak pernah membantah. Mereka sentiasa memberikan sokongan dengan cara bersungguh-sungguh untuk menjayakannya.
Memang ada seorang atau dua daripada guru-guru ini yang macam bercanggah pendapat , tetapi setelah berbincang dan melihat hasil daripada pelaksanaan aktiviti yang dirancang, mereka juga turut berubah dan sama-sama membantu menjayakannya.
Rasanya sepanjang berada di SKUP aku tidak pernah kecewa dengan apa yang telah dilakukan oleh rakan-rakan guru di sana. Tidak salah jika kukatakan ini semua berlaku kerana aku sentiasa memantau dan juga turut turun padang bersama-sama untuk menjayakan semua perancangan.
Memang sukar jika berhadapan dengan guru yang mempunyai budaya kerja yang berkira. Aku tidak menafikannya. Walaubagaimanapun, aku mempunyai pandangan tersendiri dalam mengatasi masalah guru serupa ini.
JIKA SEMASA MENERIMA JAWATAN BARU KETUA UNIT PEND KHAS MENGHANTAR SMS KEPADAKU IAITU: BOS- BUAT ORANG SENANG BUKAN BUAT ORANG SUSAH. PADAKU PULA BOS MEMBAWA ERTI BUAT OPERASI SAMA-SAMA.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan