Ahad, 11 Disember 2011

BICARA GURU PENIDIDIKAN KHAS/ SLOWLEARNER 2


Kesungguhan Dan  Latihtubi

Mendidik  slowlearner  tidaklah  semudah yang difikirkan.  Kurangnya mereka adalah dalam mengingat dan memahami pembelajaran, tetapi  mereka  ini mempunyai kekuatan fizikal yang tinggi .

Untuk menjadikan sowlearner berjaya dalam bidang  tertentu, perkara  utama yang perlu diingat  ialah kesungguhan guru. Perkara kedua ialah latihtubi dalam apa juga perkara yang ingin  diajarkan. Kepada ibubapa  pula,  tugas mereka adalah melakukan kesinambungan di rumah.

Penting

a.  Cuba ajarkan sehingga mereka boleh membaca,menulis dan mengira.  Jika boleh didiklah mereka sehingga berpeluang menduduki peperiksaan.

b. Kepada  yang berugama Islam,  tekankan  pembelajaran ke atas   mereka dalam  bidang  akidah, fardu ain, solat ,  dan hafazan surah kerana ianya  amat penting dalam kehidupan seharian mereka.  Jadikan ianya perkara  yang istiqamah supaya menjadi satu amalan dan bukan hanya  sebagai  pengetahuan .

c. Tidak kurang pentingnya  tentang  pengurusan kehidupan iaitu mengurus kebersihan diri  dan tempat tinggal. Ini amat berguna apabila mereka dewasa.

d. Jangan ambil mudah dengan pembelajaran ke atas murid  slowlearner,  kerana jika mereka   ini tidak dibantu oleh guru-guru di peringkat sekolah rendah mahupun menengah,  mereka ini adalah salah satu daripada golongan muda yang akan membawa masalah sosial kepada negara.

Yang disebut di atas adalah sebahagian daripada perkara  penting dalam  mengajar slowlearner.   Sebenarnya ramai  guru-guru yang lebih arif  di luar sana yang telah membantu anak-anak slowlearner ini untuk menjadi lebih berjaya.  Muga jadi satu perkongsian kepada   kita semua.

Pengalamanku..... telah menemui beberapa kes anak-anak slowlearner yang menjadi penimbul     masalah sosial kepada masyarakat.

Simpati  sahaja kadangkala kurang membawa erti   Teruskan  dalam  usaha  memperbaiki.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan