TIDAK SUKA HIJRAH
Sebagai isteri seorang tentera aku terlalu kerap berhijrah mengikut suami . Hijrah dari negeri Pahang, Kelantan, Negeri Sembilan dan akhir sekali ialah Melaka, tanah tumpah darahku.
Sekolah yang ada sekarang adalah sekolah ke enamku sepanjang 26 tahun bergelar seorang pendidik. Rasanya memang penat juga dengan penghijrahan ini.
Walaubagaimanpun ianya merupakan satu daripada sunnah Rasullah s.a.w. Apabila ianya adalah sunnah pasti ada ganjaran pahala apabila kita mengamal dan menerimanya dengan redha.
PERLU
Tahun 1996, sebaik sahaja suami menamatkan alam ketenteraannya, berlaku penghijrahan ku yang ke 4 selepas, Pahang ,Kelantan dan Negeri Sembilan.
Aku balik ke kampong dan ditempatkan di sebuah Program Pendidikan Khas bersebelahan kampungku dan merupakan sebuah program pendidikan khas terawal di Melaka iaitu SKUP.
Meskipun program rintisku di SKKG Port Dickson, namun SKUP Melaka telah membawa banyak kenangan dalam perjalanan hidupku dibumi Allah ini sebagai guru Pendidikan Khas.
Berkali-kali air mata tumpah, tidak kurang senyum dan tawa menyerlah. Banyak yang aku belajar disini untuk menjadi guru Pendidikan Khas yang baik.
Barisan pentadbiran, rakan-rakan guru lama dan baru samada di Pendidikan Khas mahupun perdana, ibubapa , murid-murid dan komuniti yang sering menjadikan aku makin matang dalam banyak perkara. Ternyata hijrah memang perlu dalam kehidupan.
Masalah yang timbul dan tenggelam banyak yang mendewasakan aku. Hingga kadangkala aku hampir lemas dan mengalah.
Disini telah menjadikan aku lali dengan masalah. Bagiku tidak ada masalah yang tidak boleh selesai selagi ada perbincangan dan keputusannya banyak kuserahkan pada yang maha kuasa menentukannya.
PADAKU…
Semakin ramai yang kutemui, semakin banyak masalah yang dibawa dalam pengurusanku semakin menjadikan aku matang dalam membuat keputusan.
Disamping ianya juga adalah satu titik mula aku memahami bahawa untuk mudah berurusan dengan orang lain janganlah dipandang keburukannya, tetapi pandanglah pada kebaikannya walaupun sedikit.
Kadangkala aku buntu juga, tetapi aku sering di temukan dengan rakan-rakan baik yang membantu dalam musafirku sebagai guru Pendidikan Khas.
Setiap kali berhijrah aku kehilangan insan-insan yang kusayangi. Kepastiannya yang patahkan tumbuh, yang hilang pasti berganti. Meskipun tidak serupa ianya perlu diterima dengan tangan dan fikiran terbuka.
Meskipun banyak kenangan yang tidak boleh dilupa , tetapi perjalanan tetap harus diteruskan. Masalah perlu diatasi, arahan mesti dipatuhi, banyak urusan yang perlu kuselesaikan dalam setiap pengijrahan ku ditempat baru.
BUKAN NOKTAH
Yang pasti penghijrahanku kali ini bukanlah satu noktah. Ianya baru bermula. Disekolah aku adalah seorang ketua. Dalam Pendidikan Khas pula aku masih perlu berdiri dan berlari bersama membantu anak-anak istimewa ini dalam menjadikan mereka insan yang berdikari melalui blog ini.
INSYAALLAH….
Tiada ulasan:
Catat Ulasan