BARU TAHU
Berikutan dengan kedatangan Audit di sekolah, baru aku menyedari dan mengetahui bahawa pekerja OKU tidak boleh menjadi pengawal keselamatan. Jika ingin juga menempatkan mereka ini di sekolah, perlu ada prosedur tertentu yang perlu aku patuhi sebagai pentadbir sekolah.
BERTUKAR TUAN
Bermula 1 hb Disember 2011 pengurusan pihak pengawal keselamatan di sekolahku telah bertukar tuan . Aku bercadang mengekalkan pekerja OKU yang ada disekolahku atas sebab-sebab tertentu.
Sebelum pergi berkursus, aku telah memanggil pengawal keselamatan tersebut. Aku menjelaskan pandanganku serta memintanya melakukan apa yang sepatutnya seperti diarahkan oleh pihak yang tertinggi bagi membolehkan dia terus bekerja. Begitu juga dengan pihak pengusaha keselamatan , perkara yang sama telah aku lakukan.
DIBUANG KERJA
Apabila pulang dari berkursus, pengawal keselamatan OKU itu dengan nada sedih dan kesal menjelaskan kepadaku bahawa dia tidak lagi diterima bekerja di sekolahku. Aku agak terperanjat apabila menerima berita itu.
Walaubagaimanapun, untuk meredakan perasaan sedih pengawal itu, aku menjelaskan kepadanya bahawa rezeki Allah maha luas. Minta dia cari kerja lain. Aku menjelaskan kepadanya bahawa semua itu pasti ada hikmah disebaliknya.
Selang 2 hari dia datang bertemuku di sekolah dan menyatakan bahawa dia telah diterima bekerja sebagai pekerja pembersihan di sebuah sekolah yang berdekatan. Aku rasa sedikit gembira kerana serba sedikit aku mengetahui bahawa pekerja OKU ini adalah ibu tunggal yang perlu menyara 2 orang anak yang masih bersekolah. Semuga pekerjaaan baru itu dapat membantu dia menyara keluarganya.
LEBIH BAIK OKU
Bertemu seorang rakan dari sekolah lain, aku bercerita tentang OKU disekolahku yang dibuang kerja. Respond dari rakanku ialah lebih baik ambil OKU bekerja dari orang normal yang lebih panjang langkahnya untuk meninggalkan POS berbanding OKU.
Dia serik sebab POS di sekolahnya sering kosong tanpa pengawal.
Itulah realiti.....kadangkala kita hanya nampak kekurangan, tanpa memikirkan kekurangan itu ada kalanya adalah lebih baik dari kesempurnaan .
Tiada ulasan:
Catat Ulasan