TELEFON
Aku menerima panggilan telefon dari seorang rakan GPK. Dia adalah orang lama juga dalam Pendidikan Khas . Dari persoalan yang dikemukakan kepadaku, dapat disimpulkan yang dia menghadapi masalah dengan guru-guru dan PPM yang tidak mahu ikut arahannya dalam menjalankan semua aktiviti yang telah dirancang. Kalau buatpun sambil lewa dan bagai melepaskan batuk di tangga.
Aku sebenarnya tidaklah arif sangat dalam nak membantu menyelesaikan masalah GPK ini. Jadi apa yang kuceritakan kepadanya banyak berkisar kepada apa yang telah kulakukan selama menjadi guru Pendidikan Khas.
KETUA KENA BERTINDAK DAHULU
Setiap kali aku mencadangkan kepadanya tentang apa yang sepatutnya dilakukan, respond darinya sedikit negatif. Aku menasihatinya agar wujudkan semangat kerja berpasukan dalam memajukan program. Paling penting ialah apabila nak membuat sesuatu perkara, ketua yang perlu bertindak dahulu. jangan hanya beri arahan kepada orang bawahan, lepas itu dibiarkan tanpa pemantauan.
Sangat baik jika ketua yang lebih banyak tahu dalam apa juga bidang, agar dapat membantu anak-anak buah. Ketua adalah tempat untuk menyelesaikan masalah dan bukan pembawa masalah. Dia juga adalah contoh dan pemberi motivasi kepada orang bawahannya.
Ketua kena selalu merapati orang bawahan dan peka dengan setiap masalah yang berlaku. Tidak kirasamada masalah itu berkaitan guru, PPM, murid , ibubapa dan apa juga, asalkan ianya adalah tentang program Pendidikan Khas.
ITU BUKAN TUGAS SAYA
Jawapannya amat menyedihkan hatiku. "Saya hanya boleh beri arahan. Takkan nak tunggu pula sampai dia selesai buat kerja, itu bukan tugas saya" . Aku mati akal dengan jawapan yang kudengar. Di situ aku terhenti terus dari memberi apa-apa pandangan.
Dalam hatiku berkata "Kasihan GPK itu. Dia telah lupa bahawa apabila menjadi ketua kita adalah pemimpin sebuah keluarga. Jika dia seorang lelaki dia adalah seorang bapa dan jika dia seorang perempuan dia adalah seorang ibu. Nak jadikan anak-anak soleh dan solehah ibu dan bapa kena jadi soleh dan solehah juga".
FALSAFAHKU : TAK KAN JATUH MERTABAT SEBAGAI KETUA KALAU BUAT KERJA BERSAMA-SAMA DENGAN ORANG BAWAHANNYA.
Aku sering membuat kerja bersama pekerja apabila ada gotong royong. Tapi aku tetap juga dipanggil dengan jawatan yang aku pegang sekarang. Apa lah nak di banggakan sangat dengan jawatan yang kita ada, jika tanggungjawap tidak dilaksanakan sepenuhnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan