Sabtu, 17 Disember 2011

BICARA GURU PENDIDIKAN KHAS/ BUKA N SEBAB KENAN




BANYAK   KENANGAN

Mula   mengajar  di Program Pendidikan  Khas  pada  tahun  1992  meninggalkan  banyak  kenangan.  Ada kenangan manis dan ada   juga   yang  menjadi  kenangan  pahit .   Tidak kurang  yang  mencuit  hati.   Segalanya  masih   segar  bagai  embun  pagi.

Apabila  rakan-rakan  lama  bertemuku  secara  tidak  dirancang,   ramai   yang bertanyakan   di mana aku  bertugas   pada  masa  itu.   Apabila  menyebutkan  nama    sekolah  serta  tugasku membuka   Program  Pendidikan  Khas ,  begitu  pantas  mereka  bertanya ,   Tak  takut  kenan  ke?

Masa itu  aku sedang  mengandungkan   anak   yang ke tiga.  Selalunya  sambil   tersenyum   aku   akan  menjawap ” Mana ada istilah    kenan dalam  Islam,  khurafat   sesiapa  yang  mempercayainya”


TERSENTUH

Meskipun  mulut berkata  begitu ,tetapi   sebagai  manusia,  hati   ini  tersentuh  juga.   Hanya   pada  Allah  tempat   aku mengadu  hal .   Bohonglah aku,  jika  tidak  terasa  apa-apa  bila ditegur   terlalu kerap dengan ayat  itu. 

Dalam solat aku sering memohon pada  Allah agar  diberi  kekuatan  dalam mengharungi   cabaran besar itu.  Memang  aku kerap menangis  pada masa itu,   minta Allah  pelihara  kandunganku   dari segala kekurangan.

 Alhamdulillah,   4  orang   bayi  kurniaan Allah   kepadaku   dari  mulaku  menceburi  bidang  Pendidikan  Khas  hingga kini.  Semuanya dalam  keadaan normal dan sihat-sihat belaka. Yang lelakinya telah lebih besar dan tinggi dari ayahnya . Manakala yang perempuan  hampir  sama  tinggi dengan  emaknya.  Itulah  kekuasaan   Allah.

MASIH   BARU

Bagiku  semua anggapan  ini muncul  kerana pada masa itu Pendidikan Khas masih  terlalu baru di Malaysia.  Oleh itu, ramai orang belum faham tentang  golongan  ini.  Aku  dapat lihat  tanggapan itu semakin hari  semakin  berkurangan sekarang.

Rasanya  guru-guru baru  kini  tidak melalui  cabaran dan dugaan  sebagaimana  yang kulalui . Kini   semua  orang  telah  boleh  menerima  dan ramai   yang telah  memahami  akan pentingnya Pendidikan  Khas kepada  anak-anak  istimewa.

SEBENARNYA 

Sebenarnya   dalam  fikiranku    jika   berlaku  sesuatu  kecacatan atau masalah  yang   serupa   ianya   bukanlah  kenan.  Sebaliknya ia adalah  ujian  Allah   pada hambanya .  Ianya  samada untuk  menghapuskan dosa,  atau  untuk meningkatkan  keimanan  kita kepadanya. 

SESUNGGUHNYA   DIA   YANG LEBIH  MENGETAHUI   DI  ATAS   SEGALA   APA   YANG   DIJADIKANNYA.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan