Rabu, 14 Disember 2011

BICARA GURU KHAS/ KASIHAN

Mendapat  pekerja pembersihan yang baru di sekolah agak menggembirakan hatiku.  Aku sempat berkenalan dengannya.  Melalui perbualan ringkas aku mengagak pemuda ini sebenarnya juga insan istimewa.

Bila ditanya nama,  jawapannya jelas. Bila ditanya umur,  aku agak terkejut, kerana umurnya tidak menampakkan langsung yang dia sudah berusia 30 tahun. Macam masih belasan tahun.

Mengikut rancangan yang telah disusun di awal  cuti persekolahan,  minggu ini adalah minggu gotong royong pekerja di bilik-bilik khas. Malangnya banyak kerja-kerja yang kuamanahkan sebelum aku pergi berkursus macam belum selesai.

Jalan mudah kuambil.  Pekerja baru ini kuminta bersamaku membersihkan stor PJ. Pekerja lain kubiarkan menyiapkan tugasan yang masih belum selesai.

Semakin lama aku  dekat dengannya,  semakin mengingatkan aku kepada bekas-bekas insan istimewa yang pernah bergelar  murid kepadaku sepanjang menjadi guru pendidikan khas.

Dia tidak tahu membaca dan menulis.  Datang bekerja dengan basikal. Bila ditanya tentang solat juga jawapannya sama." Saya tidak  tahu cikgu" .

Ternyata  dia boleh buat kerja dengan baik, tetapi semua tunggu arahan. Tak pandai nak mencuri tulang dalam tugas . Buat kerja tanpa henti.

Bila kutanya,  mengapa dia buat kerja yang sepatutnya orang lain buat, dia jawap telus denganku,
" Saya orang baru,  belum confirm,  jadi kena buat semua yang diarahkan". Kasihan... beginilah nasib anak-anak istimewa ini,   digunakan orang atas kekurangan yang ada pada diri mereka.

Peranan kita guru Pend.Khas ... cuba didik  anak-anak didik kita yang slowlearner agar mereka tahu hak yang sepatutnya mereka dapat . Insyaallah,  jika dari peringkat sekolah rendah kita membantu mereka, sekurang-kurangnya dapatlah memberi manfaat kepada mereka  apabila berada di alam pekerjaan.

Harap ada rakan-rakan ustaz disekolahku yang  dapat  membantu anak ini mendirikan solat apabila sekolah dibuka nanti. Insyaallah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan