Semua guru yang berkecimpung dengan Pendidikan Khas mengetahui siapa murid slow learner. Kumpulan murid ini terlalu ramai di dalam Program Pendidikan Khas sekarang. Yang paling ramai pula adalah berbangsa Melayu. Hendak cari bangsa Cina, aku jarang-jarang jumpa, bangsa India dan lain-lain bangsa memang ada dan boleh dikira dengan jari.
Sebenarnya secara peribadi aku sedikit runsing dengan pertambahan bilangan mereka ini. Memang mereka bukan darah dagingku, tetapi mereka adalah anak bangsaku.
Mengapa ianya berlaku ? Persoalan yang rasanya ada berbagai versi jawapan. Kalau ditanya pada guru di aliran perdana, mereka akan menyalahkan ibubapa. Kerana terlalu sibuk cari duit, keluar rumah pagi balik malam, anak-anak ini terbiar. Itu yang jadi slowlearner.
Atau ada juga yang kata memang sudah keturunan dia, tak boleh buat apa. Dan tak kurang juga yang kata ibubapa mereka bercerai, jadi anak terabai.
Nak tanya ibubapa, kadangkala dapat jumpa, kadangkala guru-guru yang kena cari mereka. Kalau dapat jumpapun mereka akan kata " Saya dah suruh mereka belajar cikgu, tapi mereka yang malas."
Jika bertanya Guru di Program Pendidikan Khas pula, mereka menyalahkan guru di aliran perdana. Tidak mengajar betul-betul, dan tidak ada pemulihan dalam bilik darjah bagi murid lemah. Mereka yang lemah dibiarkan begitu sahaja. Itu yang makin ramai slowlearner.
Beralih kepada jawapan para guru besar pula, mereka akan kata " Guru-guru saya dah buat macam-macam untuk bantu mereka, tapi tak boleh juga membaca, nak buat macamana lagi. Jadi perlu masuk ke pendidikan khas, Jika murid ini ambil UPSR akan menjatuhkan prestasi sekolah".
Bangau! Oh bangau! itulah kesimpulannya apabila bercerita tentang murid slow learner.
Sebenarnya dari mata kasar mereka ini adalah murid yang nak dikatakan OKU pun tidak sangat , tetapi lebih kepada normal dari segi paras rupa dan tutur kata . Yang menjadikan mereka OKU adalah kelemahan dalam membaca, menulis dan mengira.
Apapun mereka semua adalah tanggungjawap kita bersama.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan