AWAL TAHUN 2011
Awal tahun 2011 aku dan rakan-rakan program Pendidikan Khas telah mengadakan satu lawatan ke Kelantan. Objektif lawatan itu antaranya ialah memberi pengalaman dan pendidikan luar bilik darjah kepada murid-murid Pendidikan Khas.
Disamping itu juga, ianya bertujuan membuat lawatan balas terhadap sebuah program Pendidikan Khas dari Pengkalan Chepa yang pernah melawat program kami .
Kami juga menyusun jadual lawatan ke sebuah program Pendidikan Khas di Pasir Mas (SK Baroh Pial) . Program baru ini telah dirintiskan oleh En Zulkifli bin Wok iaitu bekas guru dari Program Pendidikan Khas kami.
Aku amat gembira apabila melihat Program Pendidikan Khas yang diterajuinya. Walaupun baru, banyak perkara yang telah dilaksanakan menyamai sebuah program lama. Aku amat bangga dengan apa yang cikgu Zul telah buat. Dia telah berjaya menaikkan nama semua guru Pendidikan Khas lain melalui usahanya ini.
NAK RAIKAN GPK HEM
Sebenarnya, tujuan lain lawatan kami ialah nak raikan GPK HEM kami yang akan bersara. Dia memang selalu ikut kemana sahaja lawatan Program Pendidikan Khas. Dia berhajat nak naik keretapi kelas pertama yang ada tempat tidur. Jadi sebagai meraikannnya lawatan ini kami susun. Kami begitu menghormatinya kerana dia amat memberi kerjasama diatas segala aktiviti yang kami lakukan. Selain itu dia juga amat menyayangi anak-anak murid kami.
PERGI NAIK KAPAL TERBANG, BALIK NAIK KTM
Dalam lawatan itu, semasa menghala ke Kelantan kami naik kapal terbang Air Asia dan perjalanan balik dari Kelantan ke Melaka kami menaiki KTM dari Pasir Mas ke Tampin.
2 jenis pengangkutan ini memang mengembirakan anak-anak murid kami. Begitu juga dengan kami semua.
Semua aktiviti yang telah disusun berjalan dengan jaya sekali. Ternyata Ketua Projek kami ini iaitu Cikgu Rahimin walaupun baru tapi telah berjaya jalankan misi dengan begitu baik sekali.
Sebenarnya melalui lawatan ini banyak perkara baru yang anak-anak murid kami pelajari. Antaranya, ialah kami ajar dia bagaimana hendak mendirikan solat jamak. Tidak kiralah samada solat Jamak Takdim ataupun solat JamakTakhir. Semua ahli rombongan termasuk ibubapa dari programku membantu melaksanakan semua yang telah disusun.
TANDAS BERBAU BUSUK
Seronok juga dapat rasa tidur dalam keretapi. Yang menjadi masalah besar pada kami di dalam keretapi ialah tandas. Apabila ke tandas aku agak terkejut kerana ianya terlalu berbau busuk. Aku merungut dan keluar semula. Tak jadi nak gunakan tandas tersebut. Tapi bila fikir balik macamana pula nak ambil wuduk.
Rakan-rakan guru juga menyatakan masalah yang sama. Padaku takkan nak dibiarkan sahaja. Kami semua perlu gunakan tandas. Tak ada seorangpun pekerja yang lalu dan bolehku minta tolong.
Akhirnya aku yang mencucinya sendiri dengan menggunakan syampu yang diberikan oleh seorang rakan guru. Dah wangi sikit baru seronok nak guna. Semua rakan-rakan ketawakan aku. Apa tidaknya GPK PK basuh tandas dalam keretapi.
Yang kelakarnya ialah selepas aku mencuci tandas, barulah seorang pekerja keretapi masuk dan mencuci tandas tersebut.
GELI HATI JUGA...MUNGKIN DIA BARU TERSEDAR TENTANG TANGGUNGJAWAPNYA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan