Rabu, 14 Disember 2011

BICARA GURU PENDIDIKAN KHAS/BERI 50 SEN DIBAYAR RM 5.00

Mendidik anak istimewa  perlukan kesabaran yang tinggi.  Semua perkara tentang mereka kita perlu tahu sepanjang mereka berada di sekolah. Sehingga duit belanja mereka pun kadangkala kita yang akan dipertanggungjawapkan.

Teringat aku satu kisah semasa mengajar di sebuah Program Pendidikan Khas. Seorang murid ADHD kulihat tidak makan pada waktu rehat. Bila kutanya mengapa. Dia menjawap mama tak bagi duit  belanja.

Tanpa banyak soal aku mengambil syiling 50sen didalam beg tangan dan menghulurkan kepadanya.(Masa tu wang 50sen macam RM 1 nilainya). Murid  itu  berlari dengan gembira ke kantin  untuk  membeli makanan.


Hari yang sama  pada sebelah petangnya  aku dan suami ke bandar Melaka  kerana ada urusan. Dalam perjalanan pulang  aku singgah di sebuah gerai untuk membeli burger.

Di situ aku bertembung dengan ibu kepada murid  yang kuceritakan diatas. Dia sedang  membeli burger.  Aku memesan 5 biji burger untuk anak-anakku. Selepas bersalam denganku dia beredar kerana pesanannya telah siap.


Apabila pesanan ku siap aku menghulurkan wang RM5 untuk harga burger yang ku pesan.(masa itu harga sebiji burger ialah RM1). Penjual burger menolak dengan alasan telah dibayar oleh ibu kepada muridku tadi.

Tiba-tiba aku teringat, pagi tadi aku beri anaknya 50 sen. Pada waktu petang aku dibayar semula dengan burger  berharga RM 5.

Itulah janji Allah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan