Terasa lama tidak dapat melahirkan idea dalam blog ini. Jawatan baru yang kupegang ini rupanya lebih mencabar dan tidak memberi ruang kepadaku untuk menulis.
Tidaklah semudah yang difikir menjadi ketua kepada sebuah sekolah berbanding ketua kepada sebuah program. Amanah semakin berat untuk kupikul. Tanggungjawap semakin besar untuk ditunaikan.
Berurusan dengan insan yang kurang memahami tanggungjawap sendiri memanglah amat sukar dan menguji kesabaran diri. Di dalam dunia ini, bukan semua orang sedar bahawa pekerjaan itu adalah amanah dan merupakan satu ibadah.
Jika semua orang mempunyai kesedaran ini, sudah pasti segala urusan dapat dilaksanakan tanpa tunggu arahan dan teguran. Sesungguhnya, untuk memberi kesedaran kepada orang lain juga bukanlah satu perkara mudah.
Kadangkala terfikir juga sebenarnya sebagai ketua kehendak kita tidaklah serupa dengan kehendak orang bawahan kita. Jika serupa, sudah tentu hidup tidak jadi mencabar.
Apapun mesti ada rahsia disebalik ujian ini. Dan yang lebih penting segala masalah perlu diselesaikan walau bagaimana cara sekalipun.
Pada yang mengenaliku, doakan kejayaanku..kerana ianya juga lambang kejayaan guru-guru kepada anak-anak istimewa.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan