BUDAK HAFIZPUN SUKA FACE BOOK
Melawat anak di madrasah membuat aku terpanggil untuk menulis satu tajuk iaitu tentang face book. Setiap kali melawat anak-anak di madrasah , apabila selesai makan dan berbual-bual , 2 orang anak anak lelakiku terus meminta LAPTOP. Tujuannya tidak lain dan tak bukan ialah face book.
2 orang anak buah dari madarasah yang sama juga berkumpul sama-sama menghadap face book. Sambil melayari face book begitu hangat mereka bercerita tentang rakan-rakan di facebook. Bukan aku tidak mahu menyekat , tetapi itulah kehendak remaja walupun mereka bakal bergelar hafiz.
FACE BOOK SEBENARNYA BERGUNA
Face book sebenarnya berguna kepada kita. Aku sebenarnya pada awal kemunculan face book, amat tidak menyukainya. Selalunya aku marah anak-anak apabila sibuk menghadap face book sampai tak jadi kemas rumah. Memang ketagih bila dapat face book.
Anak yang membukakan akaun face book untukku. Itupun setelah adik mendesak kerana ada kawan lama (dan 25 tahun putus hubungan) yang pernah belajar bersamaku di Maktab Perguruan Melayu Melaka bertanyakan halku di face book adik.
Alhamdulillah… sebenarnya face book memang berguna . Aku dapat bersua semula dengan rakan itu melalui face book.
SALAH GUNA FACE BOOK
Ceritaku kali ini ialah tentang salah guna face book. Sekali , di program ku telah berlaku perselisihan faham antara staf-staf sokongan. Perkara itu diluar pengetahuanku.
Pada hari yang sama apabila membuka facebook, di wall ku, kulihat ada kenyataan seperti marah-marah dari seorang rakan lain. Tanpa usul periksa aku respond juga sebagai tanda memberi nasihat.
Esoknya di sekolah PPM datang menghadapku. Cerita kisah sebenar kepadaku tentang perselisihan yang berlaku dan mengatakan cerita tu telah ditulis di FB. Dia juga kata aku turut sama terlibat sebab aku juga ada respond .
Aku terkejut juga sebab tidak tahu apa-apa. Bila imbas kembali , baru teringat tentang respondku diFB pada hari sebelumnya. Menyesal juga aku sebab suka menyampuk tanpa usul periksa .
Semenjak itu arahan ku keluarkan bahawa seorangpun tidak dibenarkan menulis apa-apa juga masalah yang berlaku di sekolah di FB.
SEORANG RAKAN GPK TELAH BERCERITA PADAKU TENTANG DIA TERBACA GURU-GURU DI PROGRAMNYA MENGATA DIA DI FACEBOOK.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan