Sabtu, 14 Januari 2012

BICARA GURU PENDIDIKAN KHAS/ CIKGU BILA LAGI NAK AJAR MASAK?

SINGGAH

Dua hari lepas aku singgah sebentar di sekolah lama aku bertugas.  Hilang rindu jumpa kawan-kawan dan bekas anak-anak murid. Keadaan program masih macam sediakala.  Menurut penyelaras, semenjak aku bertukar masih belum  ada GPK PK yang menggantikan tempatku.

Masa itu sesi pembelajaran sedang berjalan. Jadi aku masuk ke setiap kelas untuk menemui bekas anak-anak murid. Tiba di sebuah kelas ,  seorang murid lelaki bertanya padaku. "Cikgu bila nak   ajar kami masak  lagi?" Aku tersenyum lebar dan menjawap " insyaallah".

TIDAK TAHU

Rupanya anak ini tidak tahu yang aku tak akan mengajarnya memasak lagi sebab aku kini telah bertukar bidang. Banyak  kenangan yang masih terpahat dihati semasa mengajar anak-anak ini memasak. Semuanya kadangkala membuat  aku tersenyum   sendiri.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan