Ahad, 15 Januari 2012

BICARA GURU PENDIDIKAN KHAS/ BETUL KE?

TANYA
Seorang rakan guru besar pernah bertanya kepadaku.  Apa pandanganku tentang guru-guru pendidikan khas yang ada di sekolahku.  Jawapanku mudah aje. OK,  semuanya bagus-bagus belaka.

Rajin kerja, ikut arahan dan tidak   menimbulkan masalah kepada pengurusanku. Aku berkata begitu bukan kerana aku adalah  bekas guru pendidikan khas, tetapi ianya memang ada kebenarannya.


Mereka semua banyak membantu dalam kemajuan dan pembangunan sekolah. Meskipun tidak membantu di  dalam bilik darjah, tetapi mereka banyak membantu dalam perkara-perkara lain.

Kalau tidak ada mereka di sebuah sekolah kecil seperti tempatku bertugas maknanya kerja guru-guru di aliran perdana semakin bertambah.

BETUL KE?

Berbalik pada  pertanyaan guru besar tadi aku sedikit curiga.  Apakah maksud sebenar di sebalik pertanyaannya itu. Bila kutanyakan  lebih lagi baru aku tahu yang dia kurang puas hati dengan guru-guru pendidikan khas di sekolahnya.


Persoalan yang ada   dalam  fikiranku  ialah betulkah katanya" Guru-guru pendidikan khas yang ada disekolahnya,  apabila buat sesuatu kerja untuk sekolah hanya sambil lewa, tidak memuaskan hati. Sebaliknya jika melibatkan program pendidikan khas kerja mereka TERBAIK".

AKU TIDAK DAPAT MENJAWAPNYA KERANA AKU TIDAK PERNAH TERFIKIR UNTUK BERBUAT DEMIKIAN

Tiada ulasan:

Catat Ulasan