Jumaat, 13 Januari 2012

BICARA GURU PENDIDIKAN KHAS/ TAHNIAH UNTUK PPKI SKBC


PENGURUSAN TINGKAH LAKU SECARA INDIVIDU
Mengurus tingkahlaku anak-anak istimewa yang severe  bukan satu perkara mudah. Aku begitu gemar
menguruskannya secara individu.  Di  sekolah lama  aku bertugas,  aku   begitu  seronok bersama rakan-rakan guru PK melaksanakan pengurusan tingkahlaku anak-anak istimewa secara individu. 

Ramai yang telah berjaya kami pulihkan dan sudah boleh masuk   belajar bersama-sama rakan lain  dalam kumpulan .

Melalaui cara ini ianya lebih berkesan dan objektif modifikasi tingkah laku akan tercapai dengan  lebih mudah. Masa pembelajaran anak-anak ini kami singkatkan sehingga waktu rehat. 

Sepanjang kehadiran ke sekolah, kami menyusun aktiviti-aktiviti pembelajaran yang dapat membantu anak-anak ini menguasai kemahiran motor kasar, motor  halus, pengamatan serta   pengurusan tingkahlaku secara individu.  Semuanya yang dilakukan oleh murid-murid ini dicatatkan dalam borang senarai semak. Selepas 3 bulan kami akan menghantar laporan kepada ibubapa.


Guru-guru kugilirkan bersama senarai semak PTL  bagi setiap murid yang menjalani program ini.  Aku masih ingat selalunya 3 bulan pertama persekolahan semua guru termasuk aku tidak pernah ada masa free.  Semuanya kulibatkan  dengan progam  secara individu ini. 

Selapas tempuh tersebut biasanya murid-murid ini telah mula berubah dan mudah untuk  di kawal.  Jika adapun yang masalahnya severe akan mengambil masa 6  bulan untuk program PTL secara individu ini . Selepas tempuh itu semuanya akan duduk belajar dalam kumpulan dengan batuan  PPM.


TAHNIAH GURU-GURU DAN PPM SKBC

Aku begitu berminat agar program PTL secara individu ini dilaksanakan di SKBC. Alhamdulillah, setelah  berbincang,  semua guru-guru PPKI menyetujuinya. Tahniah kerana kalian telah cuba buat yang terbaik. Teruskan usaha, pasti akan berjaya. 

DEMI   ANAK-ANAK INI KADANGKALA KITA TERPAKSA  BERKORBAN MASA DAN TENAGA  AGAR  SEMUA  OBJEKTIF   TERCAPAI.

SEMASA MEMEGANG JAWATAN GPK KHAS AKU JARANG BERKESEMPATAN  DUDUK DI KERUSI  PEJABAT GARA-GARA TERLIBAT SAMA DENGAN PROGRAM  PTL SECARA INVIVIDU.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan