PENAT
Terasa penat kerana terpaksa berkali-kali mengegur pekerja pembersihan di sekolah. Kebersihan sekolah memang kurang memuaskan. Telah dapat teguran terakhir daripada audit dalaman tahun lepas.
Aku hairan mengapa pekerja-pekerja itu seolah-olah buat tidak nampak apa yang sepatutnya dilaksanakan. Banyak perkara terpaksa ditegur. Banyak kerja kena tunggu diarah.
Kali ini apabila naik tangga ke pejabat kulihat sebatang pokok bunga yang telah layu di sudut warisan. Aku hanya merungut dalam hati. Hampir 3 hari ku perhati dan kubiarkan sahaja.
Tidak tahan melihatnya kuminta salah seorang pekerja menyiramkannya . Jawapan yang kuterima daripadanya ialah bukan kerja dia tapi nama seorang lagi pekerja yang disebut. Aku mengharapkan agar berita itu disampaikan kepada pekerja yang sepatutnya.
17 Januari 2012
2 orang pegawai dari kementerian pelajaran dah sampai awal pagi lagi bagi melaksanakan kaji selidek pemantapan proffesion guru. Aku baru teringat pokok bunga yang layu itu. Tapi nak buat macam mana pegawai dah sampai depan pejabat.
Tempat itu dah pun dilaluinya. Mustahil dia tidak perasan dengan pokok bunga tersebut. Nasiblah, nak kata macam mana nasi dah jadi bubur.
TAKUT MATI KERING
Esok paginya semasa membawa murid ke pondok moral, kuminta seorang murid mengalihkan pokok yang layu itu. Pucuk dicita ulam mendatang. Semasa waktu pendidikan moral berakhir kulihat penyelia pekerja sampai.
Aku menegurnya dan berkata " En Dolah saya lihat ada sebatang pokok bunga yang dah layu tak disiram di tepi tangga, jadi saya dah alihkan keluar takut mati kering pula". Tanpa berhenti seperti selalu untuk berbincang dengannya aku terus naik ke pejabat. Aku harap ia boleh faham bahawa aku memang benar-benar marah dengan kejadian itu.
Aku rasa dia memang terperanjat dengan teguran itu. Bukan apa, dia mesti teringat bahawa aku telah berjanji dengannya untuk memotong bayaran yang sepatutnya diterima bulan Januari jika aku tidak puas hati dengan kebersihan sekolah.
BANYAK TEGURAN
Memang semenjak aku datang ke sekolah itu telah terlalu banyak teguran kulakukan kepada pekerja bagi memastikan sekolah sentiasa kelihatan bersih. Rasanya penyelia sendiripun dah bosan dengan leteranku.
Malangnya perubahan tidak berlaku dan masih berada di takuk lama. Baru minggu lepas datang lagi seorang pekerja baru. Harap pekerja ini tahu tugas sendiri tanpa selalu diberi peringatan.
Pada hari yang sama selepas waktu rehat dalam perjalanan ke makmal komputer kulihat dua orang pekerja sedang sibuk memasang getah paip dan menyiram pokok-pokok bunga. Hatiku berbisik, "En Dolah faham rupanya yang aku memang betul-betul marah".
HUJAN PULA
Sedang aku sibuk mencari bahan di internet dalam makmal komputer kudengar hujan turun dengan lebatnya. Tiba-tiba aku teringat kepada 2 orang pekerja pembersihan yang sedang menyiram pokok tadi.
ITULAH HAKIKATNYA , JIKA SEMUA PERKARA TUNGGU DIKERAH, KERJA JADI TAK TENTU ARAH.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan