Isnin, 16 Januari 2012

BICARA GURU PENDIDIKAN KHAS/ HERO MENANG KEMUDIAN

TUKARKAN ANAK

Bertukar sekolah  baru telah memaksa aku membawa bersama anak yang bongsu ke sekolah sama  pada awal 2012. Agak sukar jika tidak ditukarkan kerana arah sekolahku yang baru dan lama  berbeza. Suami pula bekerja shift.  Berbagai alasan yang kuberikan agar dia bersetuju. Dalam keadaan terpaksa anak bongsuku terpaksa akur dengan permintaanku.

Dia sebenarnya telah kurang mendapat perhatian daripadaku hampir 3 tahun setengah. Ini adalah kerana aku sambung belajar.  Aku kurang berjaya  membahagikan masa dalam semua perkara  yang sepatutnya kulaksanakan.  Terutama memberi perhatian kepada perkembangan pembelajarannya. Dia telah banyak tertinggal.  Inilah usaha yang terpaksa kulakukan untuknya.


MUDAH


Memang terasa mudah bila  dia bersamaku.  Waktu solat  zohor dan asar dalam pemantauanku. Kerja rumah semua selesai  di sekolah. Waktu sekolah agama petang kuhantar dan kujemput semasa perjalanan balik lepas pejabat.  Tertunai semula amanah yang telah kuabaikan selama beberapa tahun.

MASALAH


Masalah baru pula timbul .  Dia tak seronok di sekolah baru ini.  Minggu kedua dah buat hal. Kawan-kawan tak suka dia atas alasan yang aku sendiri tidak pasti kebenarannya. Sebenarnya aku bukanlah jenis guru yang suka dengar cakap anak bulat-bulat.

Bila melihat keadaanya agak serius aku telah berbincang dengan seorang ustazah untuk membantuku.  Harap ianya berjaya. 

Dalam banyak hal selalunya anak-anak tidak berani mengadu padaku jika mereka tahu kesalahan sendiri kerana keputusan muktamad yang mereka dengar daripadaku ialah bukan kesalahan orang lain,  tapi kesalahan  datang daripada   mereka sendiri.  Walaubagaimanapun masalah ini agak merunsingkan aku takut dia berkeras untuk berpindah semula ke  sekolah lama.  Yang  akan dapat susah ialah diriku sendiri.

TERMENUNG

Pagi tadi dalam perjalanan ke sekolah kulihat dia termenung di cermin kereta. Melihat keluar dan tidak bersembang denganku macam biasa.  Bila kutanya sebabnya, dia diam dan aku dapat lihat kemurungan diwajahnya.


Malam tadi memang aku dengar dia menangis mengadu pada kakaknya yang dia tak suka sekolah dan kawan baru. Entah apa  yang dijawap  oleh kakaknya aku tak tahu , malas  nak  masuk campur.  Kubiarkan dia menangis agar lapang sedikit dadanya.

Melihat  keadaannya termenung tiba-tiba aku mendapat satu idea. Kutanyakan padanya " Adik,  adik kan suka tengok cerita Hindustan.? dia memandangku dengan wajah pelik. "Dalam cerita Hindustan yang adik tengok kan selalunya hero  dan  heroinnya  kalah atau susah dulu tapi menang dan gembira kemudian". Lagi dia tidak faham apa maksudku.

Tetapi dia tidak memberi apa-apa respond kepadaku.  Matanya menghala ke cermin kereta hadapan pula.  Aku menyambung lagi" Katalah adik jadi Kajol" dia memang peminat setia  pelakun Kajol . "Cuba adik ingat semula,  rasanya semua cerita lakunan Kajol menunjukkan  kesusahan, kesedihan pada permulaanya  dalam hendak mencapai sesuatu, tetapi akhirnya dihujung cerita dia gembira dan dapat apa yang diinginkannya. Itupun setelah melalui berbagai halangan dan rintangan".

"Jadi untuk sementara ini apabila kawan-kawan tidak mahu berkawan dengan adik   adik buat tak tahu aje, buat macam biasa tumpukan perhatian pada pelajaran ". Aku menyambung lagi." Insyaallah kalau niat adik baik adik akan jadi macam Kajol gembira sentiasa dihujung cerita.  Tapi adik jangan pula perasan sebab hidung Kajol dengan hidung adik tak sama".  Dia ketawa geli hati dan  ceria semula.

Adakah masalah telah selesai. Bimbang pagi esok buat hal lagi.  Aku mudah naik angin bila anak buat hal bila nak ke sekolah.  Silap-silap naik tangan kat muka.

TERINGAT SEMASA BERTUGAS DI SEBUAH SEKOLAH  UNTUK MEMBUKA PROGRAM BARU AKU BERHADAPAN DENGAN SEORANG  GURU BESAR YANG SUKA MENCARI KESALAHANKU.  SETIAP KALI SESI MESYUARAT DIA AKAN MENGHENTAMKU DENGAN SINDIRAN. MEMANG TENSION MASA TU. SELALUNYA  BILA HABIS MESYUARAT  RAKAN-RAKAN YANG BERSIMPATI AKAN MENGHANTAR SMS BERBUNYI  "JANGAN SEDIH KAK,  HERO SELALU MENANG KEMUDIAN"

Tiada ulasan:

Catat Ulasan