Selasa, 17 Januari 2012

BICARA GURU PENDIDIKAN KHAS/ KENA MARAH

Melihat kerunsingan anak bongsuku  apabila ingin ke sekolah,  mengingatkan aku  apa yang pernah kulalui dulu.  Atas kehendak Unit Pendidikan Khas  aku diarahkan  membuka satu  program baru di sebuah sekolah berdekatan.  

Dengan berat hati  aku melangkah juga meninggalkan sekolah yang  banyak  membawa kenangan pahit manis sebagai guru Pendidikan Khas.

KENA  MARAH
Sama seperti anakku,  pada mulanya seronok di sekolah baru.. Selapas itu telah jadi sebaliknya. Jika anakku tidak seronok dengan kawan baru, aku pula tidak seronok dengan guru besar baru. Aku  sering  dimarahi  dan disindiri  di dalam mesyuarat. 

 Semua  kerja yang telah  hampir berbelas tahun aku lakukan  dan tidak mendatangkan masalah kepada program, tetapi apabila berada di bawah pimpinannya ianya menjadi satu kesalahan  dan aku kena berhenti  daripada melakukannya.  

Segala yang kubat serba tidak kena. Dia  seolah-olah tidak  ada toleransi  dengan  segala rayuanku.

TIDAK   FAHAM

Aku  jadi tidak faham, perkara  mana yang sepatutnya aku ikut.  Banyak  perkara yang terpaksa kurujuk  semula kepada Unit Pendidikan Khas  dan kadangkala  kepada seorang rakan yang telah menjadi nazir sekolah. 

 Jawapan yang kuterima ialah apa  yang pernah kubuat itu  memang betul.  Tetapi bagiku untuk meneruskannya  semula setelah di marahi di dalam mesyuarat  adalah sukar sedikit. 

Pilihan terakhir yang kubuat ialah pergi mengadap KU Pendidikan Khas minta agar  aku di pindahkan ke sekolah lain. Tidak kisah jika ianya jauh dari rumah sekalipun. Tidak jadi penyelaraspun tidak mengapa.  Asalkan aku seronok bekerja. 

Sebenarnya untuk  menjadi  guru pendidikan khas yang baik aku perlu bebas dari segala masalah.  Malangnya  masalah di sekolah baru ini memang membebankan fikiranku. Aku  jadi  fobia  apabila hendak masuk mesyuarat 

Apabila ada mesyuarat aku akan mencari tempat yang membolehkan aku tidak melihat wajahnya. Dari seorang yang berani  aku jadi penakut dan memendam  perasaan. Baru   terasa kerdilnya diri  ini masa itu. 

TIDAK  RESTU

Malang sungguh nasibku,  KU Pendidikan Khas tidak  merestui permintaanku.  Katanya,   yang bermasalah ialah guru besar itu,  bukan aku . Mengapa pula  aku yang perlu mengalah.  

Aku kena kuat semangat  dan setelah aku dikaunselingnya  (KU itu bekas guru kaunseling) semangatku  membara kembali.  Airmata   yang  mencurah sejak datang mengadapnya tiba-tiba betukar kepada  gelak ketawa. 

PETUA
Dalam kepayahan berhadapan  dengan kerenahnya semangatku  bangkit kembali.   Petua  yang diberikan oleh KU itu kuamalkan.  Tidak  boleh cerita disini  , macam kelakar  dan tak patut  tapi  berkesan  dalam  menghadapi  masalah yang kuhadapi.

Aku buat kerja macam biasa disamping mengamalkan petua  yang diberikan.  Alhamdulillah  semuanya  berjalan dengan baik.  Bagiku  kena marahpun , kena marahlah.  Perkara lebih penting ialah anak-anak istimewa ini. 

Dua orang murid yang kulatih  bercerita telah menjadi johan bercerita peringakt zon, peringakt negeri,  naib johan dan tempat ketiga di peringkat  kebangsaan.  Ianya berlaku dalam kesedihan dan kepayahanku  berdepan dengan kerenah guru besar baru itu.


SEMUA ADA HIKMAH DISEBALIKNYA. AKU TERPERANJAT APABILA  MELIHAT PRESTASI YANG KUTERIMA DARI GURU BESAR ITU IAITU 97%. SATU TAHAP  YANG TIDAK PERNAH KUDUGA  SEBAGAI ORANG YANG PALING KERAP KENA  MARAH. 





Tiada ulasan:

Catat Ulasan