Sabtu, 14 Januari 2012

BICARA GURU PENDIDIKAN KHAS/DIA MASUK DALAM MIMPI SAYA

PENAT

Setiap  kali  habis waktu mengajar dan semua murid telah pulang , selalunya aku dan rakan-rakan  akan duduk berbual-bual  sebentar di anjung tamu bagi menghilangkan lelah dari pagi hingga tengah hari melayan anak-anak ini. Itupun jika tidak ada perbincangan atau mesyuarat tentang perkembangan program. 

Tajuk perbualan kami selalunya ialah tentang telatah anak-anak istimewa ini.

Memang  terasa penatnya pada waktu itu.  Semasa berkejar dengan mereka, kami terlupa semuanya..  Bila dah  tengah hari dan berlebih lagi kalau dah tiba di rumah terasa  badan  lenguh di sana, lenguh di sini. 

Pernah seorang guru pelatih yang datang latihan mengajar bertanya kepadaku. "Kenapa kak,  saya selalu lenguh-lenguh dan sakit-sakit  seluruh badan semenjak datang mengajar di sini?". Aku tersenyum mendengar soalan itu. 

Setelah kujelaskan kepadanya baru dia perasan bahawa melayan berbagai keranah anak-anak ini adalah penyebabnya.  

BUDAK KUNCI

Dalam bicara sebelum ini aku  ada bercerita tentang  budak kunci.  Budak kunci adalah salah seorang daripada insan istimewa dari program ku   yang sentiasa membuat kami tidak tenang dan kelam kabut. 

Kalau dia terlepas lari,  semua yang ada dalam program termasuk murid-murid akan kelam kabut keluar mengejar. Dalam sekelip mata dia dah lesap, kadangkala ke dalam kantin dan ada sekali terlepas ke jalan besar.

Kalau waktu rehat selalunya dia akan berada di tengah-tengah antara 2 orang guru.  Itupun  terlepas juga .Dia lari melalui bawah meja semasa  kami sedang leka menikmati hidangan.

Itulah perjalanan hidup kami sebagai  guru-guru pendidikan khas. Walauapapun, kami rasa seronok dan ceria sentiasa kerana telatah anak-anak ini adalah penghibur hati.

DIA MUNCUL DALAM MIMPI SAYA
 Pada suatu hari semasa sedang berbual, tiba-tiba seorang daripada  guru sementara di programku  mencelah.
"Budak kunci  memang betul-betul nakal lah kak" " Mengapa?" tanyaku inginkan kepastian.

"Tak cukup kat sekolah dia buat kacau sampai dalam mimpi saya malam tadipun dia muncul dan buat kacau "

Aku dan kawan-kawan lain ketawa mendengar cerita guru tersebut.

TAK KENAL MAKA TAK CINTA....DEKATILAH MEREKA  PASTI SENYUMAN TAK KAN LEKANG DARI BIBIR KERANA MEREKA MEMANG ISTIMEWA.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan