Khamis, 26 Januari 2012

BICARA GURU PENDIDIKAN KHAS/ IKAN BILIS

STAFF SOKONGAN 

Hari  ini  aku  mendapat panggilan telefon  daripada  salah seorang staf sokongan   yang telah lama bercuti.  Dia inginkan guarantee  letter  dari   sekolah  bagi tujuan  rawatan   salah seorang ahli keluarganya yang  masuk  hospital. 

Semenjak ketidak hadirannya  ke sekolah  akibat kecederaan  banyak  urusan di sekolah yang  tergendala. Staff  sokongan ini  baru di  sekolahku.  Orang lama dalam tugas,  usia muda sedikit daripada aku sendiri.  Dia dikatakan telah banyak membuat masalah di sekolah lamanya.  

Semasa   dapat tahu dia akan bertukar di sekolahku, semua guru-guru  runsing.  Bagi diriku,   berbagaI  usaha  cuba kulakukan untuk  membolehkan staf sokongan  yang lama kekal di sekolahku , dan staf baru ini tidak datang bertugas di sekolahku. 

Ketentuan yang Allah buat  tidak dapat menandingi usaha yang cuba kulakukan. DIA  lebih tahu segalanya.  Staff  sokongan   ini  akhirnya  menjadi juga sebahagian daripada ahli  keluargaku  di sekolah.

Nasihat yang kuberikan  kepada semua kakitangan sekolah ialah ,  terima kehadirannya   dengan baik dan berdoa selalu agar semuanya berjalan lancar.  Walaupun memang  berat,  aku tahu semua orang termasuk aku terpaksa  menerima  semua ini kerana ianya adalah arahan.

BUAT HAL

Hanya beberapa minggu sahaja urusannya telah berjalan dengan baik.   Hujung tahun  2011  dia dapat  cuti hampir sebulan kerana patah tangan.  Kini   cutinya disambung lagi hingga  pertengahan bulan Februari. Dalam erti  kata lain dia cuti sakit hampir dua setengah bulan.

Aku cuba menghubungi unit perkhidmatan agar mendapatkan staf  sementara bagi menggantikan tempatnya, tetapi gagal.  Memang banyak masalah timbul dengan ketidakhadirannya.  Banyak urusan sekolah tergendala. 

Aku mencuriagai surat  cuti sakit yang dimilikinya.  Walaupun  ianya dikeluarkan oleh Hospital  Kerajaan tetapi  adakah dia benar-benar sakit.  Beberapa orang rakan menemuinya  dalam keadaan sihat dan boleh buat kerja dengan baik.

GUARANTEE  LETTER
Aku ambil  langkah mencarinya.  Dua kali aku mencari dia di tempat dia selalu  ditemui oleh rakan-rakan guru.  Nasib tidak menyebelahiku.  Aku gagal bersemuka dengannya.  Hanya yang mampu kulakukan  minta   ahli keluarganya  sampaikan salam dan pesananku kepadanya.

Guarantee letter . Peluang  ini kugunakan untuk meluahkan apa yang sepatutnya.  Guarantee  letter yang dia minta  memerlukan tandangatan daripadaku.  Aku minta  guarantee  letter  itu diletakkan  oleh PT  di atas mejaku.  Dia mesti menghadap aku dahulu untuk dapat surat itu. 

Dia   telah mengenakan aku banyak kali.  Surat  cuti sakit  hanya diletakkan di kaunter pos tidak dihantar ke pejabat.   Talian telefonnya dimatikan.   Apa-apa urusan dia suka pesan  melalui orang lain dan tidak terus bersemuka denganku.   Selalu dia cakap dengan orang lain bahawa dia   ada call  dan aku tidak jawap.  Hidup-hidup  semua orang  ditipunya  dengan cerita dongengnya.

LETERAN

Aku bagai orang mengantuk  disorongkan bantal.   Sebelum kuserahkan surat yang diminta,  aku sampaikan khutbah  kepadanya.  Banyak sekali, semua perkara kusentuh ,  hampir  satu jam dia terpaksa mendengar khutbah daripadaku. 

Paling  penting  kutegaskan kepadanya bahawa dengan apa yang berlaku ini  dia  sebenarnya telah   menyusahkan aku   dan orang lain.

Dia   mengaku akan segala kesilapannya  terutama  berada  di tempat  yang tidak sepatutnya sedang dalam cuti kerana sakit. Dia berjanji  yang  aku boleh mendapatkan bantuannya jika ada perkara penting  walupun dia dalam cuti saklit lagi.  Dari cakapnya, dia  seperti  telah sedar akan kesalahan sendiri dan memohon kemaafan daripadaku. 

IKAN  BILIS

Sebenarnya  aku bukan tidak mahu percaya akan kelembutan lidahnya.   Tetapi aku tahu dia tidak pernah gentar  sedikitpun  dengan aku.  Jerung-jerung  besarpun dah  teruk  kena baham dengan masalah yang dibuatnya. 

Inikan aku,  ikan bilis yang baru pegang jawatan ini, mungkin dia rasa boleh digigit  dan masuk celah-celah gigi sahaja.  Apapun dia mungkin  tidak tahu aku adalah ikan bilis istimewa yang tidak akan putus asa  untuk belajar menangani  orang bermasalah macam dia.      

KADANGKALA  ORANG TIDAK SEDAR TENTANG PENTINGNYA  TANGGUNGJAWAB  SENDIRI SEBAGAI  AHLI PASUKAN  DI DALAM MEMAJUKAN SESEBUAH ORGANISASI. 





Tiada ulasan:

Catat Ulasan