Ahad, 12 Mei 2013

BICARA GURU PENDIDIKAN KHAS/CERITA

Anak-anak istimewa punya perasaan seperti kita semua.
Rasa cinta, kasih dan sayang tetap sama. Beza   yang ada 
adalah dari sudut  kesetiaan.

Anak -anak istimewa  yang pernah kukenali mempunyai  kesetiaan
yang sejati  berbanding kita yang kerap berbelah bagi apabila
bertemu yang baru dan lebih memikat hati.

"Awak. sayang ke suami awak? "aku menyoal remaja
yang bermasalah slowlearner itu. 

"Mestilah sayang. Cikgu, dia cinta pertama saya" jawapannya
sambil tersenyum.

"Kalaulah macam tu janganlah selalu marah dan bertengkar dengan dia, dia
kan keluar bekerja bukan ke mana pun". Aku menasihatinya.

Dia kelihatan muram dan seperti ingin menceritakan sesuatu.
"TApi cikgu , saya  rasa dia ada makwe  baru" katanya  sambil
merenung mataku.

"Mana awak tahu?"
Aku Menyoal lagi  ingin kepastian. 

"Saya terbaca sms kat handphone dia, selalu perempuan tu tulis 
macam-macam"

"AWak tak tanya  suami awak sendiri  siapa perempuantu". Aku menyoal semula.

"Dah cikgu, dia kata kawan  biasa aje" jawabnya .

"Tak cerita pada mak mertua awak ke hal ni?" 
 
"Dah cikgu, tapi mak mertua saya kata jangan marah suami saya,kalau saya marah
nanti suami saya kahwin lain"

Aku terdiam apabila mendengar jawapan daripadanya.

Beginilah nasib anak-anak istimewa ini. Harapkan orang dewasa  melindungi
namun perkara sebaliknya terjadi.

Usia perkahwinan yang masih muda hancur  begitu saja.  Perkhabaran ku dengar
anak ini diceraikan selepas  6 bulan melayari bahtera rumahtangga. 

SIapa lagi yang boleh membela mereka jika bukan kita.

Anak ini adalah tanggungjawab kita bersama.



Jumaat, 10 Mei 2013

BICARA GURU PENDIDIKAN KHAS/ ENTAH DI MANA














\



Sebagai orang yang beragama, semua kita yakin akan adanya
kematian.  Samada kita adalah insan sempurna mahupun  bergelar
istimewa kematian adalah penghujung  sebuah perjalanan.

Cara kematian, bukan kita yang tentukan.  Ia adalah ketetapan
Tuhan .  Meskipun begitu, amalan semasa hidup akan mempengaruhi
cara kita dijemput   menghadapNYA.

Percaya atau tidak, ingin aku tuliskan sedikit kisah. Tentang seorang
insan istimewa yang bermasalah terencat akal.  Dia adalah  anak
saudara sulongku

Perjalanan hidupnya  meskipun istimewa tidaklah dipersiakan oleh
ahli keluarga.

Meskipun tidak pernah belajar di program Pendidikan Khas,
tidak  tahu menulis   dan membaca , namun atas didikan keluarga
dia  boleh  berdikari.


Remajanya  dihabiskan di surau dan masjid. Membersih, dan
mencuci apa yang telah diamanahkan kepadanya.

Siangnya dia bertugas sebagai tukang cuci.  Yang indahnya dapat
kutuliskan disini ialah dia tidak pernah tinggal solat magrib, isya dan
subuh berjemaah. Diterima atau tidak pahalanya  Allah yang tentukan.


Kayuhan basikalnya akan membelah dingin subuh seawal 5.30 pagi.
Allah sentiasa memeliharanya.  Meskipun penghidap lelah yang
serius tetapi dia tidak pernah mengalah untuk meneruskan kehidupan.


Suatu malam, semasa duduk  di masjid mendengar ceramah  agama dia
rebah.   Dia dikejarkan kehospital.  Semua ahli keluarga bergegas kehospital
menziarahinya.

Sarat  tubuhnya dilekatkan bermacam alat bantuan  bagi membantu
dia bernafas kembali.   Kami sekeluarga berkumpul di luar bilik kecemasan.

Membaca yasin berarami-ramai  minta Allah permudahkan segalanya.

Yang pergi tetap akan pergi bila telah tiba masa. Dia pergi juga tengah malam
itu semasa berusia 38 tahun.  Meskipun telah berlalu beberapa tahun, namun aku
 masih terkenang akan satu kisah.

Tepat 10 Muharam  yang lalu dia datang dalam mimpiku.

Subhanallah, terlalu kacak hingga aku tidak mengenalinya.  Seperti
raja sehari. Wangi  semerbak kasturi. Senyumannya hingga kini dapat
aku bayangkan. Dia memelukku. Nafasnya dapat aku rasakan.

Mimpi terganggu. Allah  mengejutkanku. Pertemuan singkat  di alam
roh  membuat aku semakin  yakin.  Maha  suci Allah telah meletakkan
insan istimewa itu disyurganya.

Kita yang serba sempurna, penuh dosa yang dibawa, entah akan
berada di mana.


Rabu, 8 Mei 2013

BICARA GURU PENDIDIKAN KHAS/ CERITA

Dalam  hidup  ada banyak cerita yang kita ada. Sebahagiannya
boleh dilupakan. Tidak  kurang yang sentiasa berlegar diingatan.

Cerita remaja perempuan  bermasalah slowlearner  itu sukar
untuk aku lupakan.     2 bulan yang lalu ceritanya aku dengar
daripada mulut seorang rakan. Kesohihannya  kuragukan.

Hari ini Allah menghantarnya di hadapan sekolah untuk memberi
ingatan kepadaku. Nasib anak istimewa ini sebenarnya memang
tidak terbela.

Pengesahan dari mulutnya sendiri amat melukakan hatiku.
Tanpa aku sedari airmata ini mengalir. Apalah nasib malang
yang dia ada.

Setelah dirogol beramai-ramai di dalam ladang sawit dia telah
diberhentikan persekolahannya .  Selama 3 tahun dia diasuh  akhlaknya
dipusat pemulihan .

Terlalu panjang dan beronak duri cerita perjalanan hidupnya.
Tidak tergamak untuk aku menulisnya di sini.  Yang pasti aku
menasihatinya untuk berubah.

Allah tidak pernah zalim pada hambanya.  Allah  lebih mengetahu
segalanya. Pasti ada hikmah  disebalik apa yang berlaku.

Kuberikan kepadanya seutas tasbih sebagai hadiah sebelum
dia meninggalkan pejabat sekolah. Kupesankan dia untuk terus
bertaubat dari dosa lalu.  Jaga aurat dan jangan tinggal  solat.

Apa  yang ada pada anak  remaja ini lagi, selain melalui sisa
hidup dengan disahkan menghidap kanser rahim dalam usia
yang begitu muda.

Kudoakan dia akan selamat dan terus  tabah.

Semoga  ada sinar mentari  buat anak-anak istimewa yang senasib
dengannya.





Selasa, 7 Mei 2013

BICARA GURU PENDIDIKAN KHAS/ BELAJARLAH DARIPADA MEREKA

























Melihat anak-anak autisme membuatkan kita selalu
memberi tanggapan  bahawa mereka tidak
peka  kepada persekitaran.

Dalam fikiran kita semua, mereka ada dunia tersendiri.
Sukar untuk dibantu.

Meskipun begitu, pengalaman  yang kulalui memberi aku
ruang untuk berfikir dari sudut yang berbeza.

Sepertimana  biasa, setiap kali perhimpunan pagi,  3 atau
4 buah kerusi akan disusun oleh Pembantu Pengurusan Murid
untuk menempatkan  2 orang murid yang severe serta tidak
boleh berdiri lama.

Apabila tamat perhimpunan, kerusi itu biasanya diletakkan
semula  oleh Pembantu  Pengurusan Murid  ditempat asalnya.

Namun pagi itu kemungkinan besar PPM terlupa.  Aku melihat
semua murid dan  guru yang lalu di situ mengelak  supaya kerusi
itu tidak mengganggu perjalananan mereka.

Allahhuakhbar.  Allah yang lebih mengetahui  segala rahsia
yang tersimpan di  dalam seketul hati.  Tanpa bicara tiba-tiba
seorang  murid autisme mengangkat kerusi  itu dan meletakkannya
di  tempat asal.

Tidak ada siapa yang terperasan dengan bakti  yang telah
dia  curahkan. Tidak ada  pujian dari orang sekeliling kerana
dia hanya seorang murid istimewa.

Aku yang melihat daripada jauh, mengucap subhanallah di
dalam hati  kerana sebenarnya autisme adalah lebih peka
pada  persekitaran daripada kita  semua yang normal.

Belajarlah daripada anak-anak istimewa ini kerana dalam

beberapa perkara adakalanya mereka lebih mulia daripada 

kita  semua.



Isnin, 6 Mei 2013

BICARA GURU PENDIDIKAN KHAS/ FIKIRKAN






















Daripada  200 orang Pembantu Pengurusan Murid   yang hadir  dalam
kursus  pada hari itu,    beberapa oranng  daripadanya  datang bertemuku
di hadapan dewan sebaik  usai sesi  ceramah.

Seorang daripadanya   kelihatan  teragak-agak  untuk berterus terang.
Meskipun didesak dia tetap  tidak mahu  memberitahu tempat bertugasnya.
Mungkin dia mencurigaiku  akan menyampaikan  semula masalah
yang dia ceritakan.

"Saya kasihan melihat budak-budak Pendidikan Khas itu puan".
Dia memulakan ceritanya. Aku  merenung matanya.
Ada  keikhlasan diwajahnya.

"Tiap-tiap  hari budak-budak tu hanya mewarna gambar
dan menyambung titik-titik. Tak ada aktiviti  lain".
Dia  menambah lagi.

"Cikgu-cikgunya  buat apa?. Aku menyoal.

"Kadangkala ditinggalkan saja  budak-budaktu dengan saya,  dia pergi
duduk  bersembang dengan guru yang free" . Jawab PPM itu.

"Awak  tak cuba tanya guru tersebut  tentang  aktiviti-aktiviti lain  yang sepatutnya

 budak-budak  tu buat?" aku menyoal semula.

"Tak pula puan, saya baru lagi,  tak  tahu apa-apa, hanya ikut arahan".
Dia  menjawab jujur.

"Kalau macamtu apa  yang boleh  saya buat untuk membantu awak
menyelesaikan  masalah ?" Aku inginkan kepastian.

"Saya hanya nak tahu apa yang sepatutnya saya buat?"
Dia menjawab lagi.

Aku mencadangkannya untuk menghubungi Unit Pendidikan
Khas. Ketua  Unit   boleh membantu menyelesaikan
masalahnya itu.

Dia setuju  dengan  cadanganku  itu. 

"Awak  doakan saja agar guru-guru  itu berubah dan sedar
tentang tanggungjawab sendiri". Aku menasihatinya.

"Dalam masa yang sama,  saya harap awak tidak jadi
seperti mereka..  Kasihan budak-budak tu".

Nasihat aku  berikan sebelum kami  berpisah.

Meskipun bukan  semua yang bertindak sedemikian, namun
untuk kita semua yang bergelar guru, fikirkan  bersama tentang
tanggungjawab sendiri. 

Kalau  kita sebagai orang yang telah di amanahkan tidak menjalankan
tugas yang sepatutnya, bagaimana pula  orang lain dapat melaksanakannya
dengan lebih baik.

Murid istimewa tanggungjawab kita bersama.



.




Jumaat, 19 April 2013

BICARA GURU PENDIDIKAN KHAS/

BERTAUT  KASIH  BERTANDANG SAYANG

TAHNIAH KEPADA SEMUA YANG TERLIBAT
DALAM PROGRAM MOTIVASI KEIBUBAPAAN
PENDIDIKAN KHAS.

SMK NYALAS
SK NYALAS
SK FELDA BUKIT SENGGEH

TERIMA KASIH KERANA  SUDI MEMBERI RUANG
KEPADAKU BERKONGSI PENGALAMAN.






BICARA GURU PENDIDIKAN KHAS/ TAHNIAH

TAHNIAH... KALIAN  HEBAT DAN BOLEH  LAKUKAN  DENGAN
BAIK  APABILA DIBERI  KEPERCAYAAN


















PERSEMBAHAN TARIAN MURID PEND KHAS DI KARNIVAL PENDIDIKAN

















TAHNIAH KEPADA PEGAWAI UNIT DAN RAKAN-RAKAN GURU .
ANAK-ANAK  ISTIMEWA YANG  DIKASIHI. KALIAN MEMANG HEBAT

   




BERSAMA  BEKAS MURID SKUP
















BEKAS MURID  DAN  RAKAN GURU






















Isnin, 8 April 2013

BICARA GURU PENDIDIKAN KHAS/ KITA ATAUPUN MEREKA

Dalam kesamaran awal pagi itu kami masuk ke pejabat. Berbekalkan
cahaya daripada jendela,  kami  menyemak isi fail  yang baru
diambil  daripada rak.

Sama menyemak ialah Cikgu  Siti  Zairin.  Ada perkara penting
yang harus kami selesaikan  pada pagi itu.  Maklumatnya ada
di dalam fail tersebut.

Puas  menyelak namun  masih tidak pasti. Kedua-dua kami  merapatkan
pandangan ke arah tulisan  yang kami rasa agak samar pagi itu.  Mengapa ya?
tidak  tahu puncanya.

Tiba-tiba kesuraman pejabat itu bertukar ceria. Subhanallah.  Rupa-rupanya 
kerana  tergesa-gesa lampu yang sepatutnya membantu,  kami terlupa.

Dan berdiri dipintu  pejabat, sedang memetik suis lampu seorang anak istimewa
bermasalah autisme. Rupa-rupanya dia   boleh membaca apa yang sepatutnya
ada. Dengan ikhlasnya  dia membantu  tanpa diminta.

Hanya Allah  yang tahu perasaan kami pada masa  itu. Menilai sebenarnya
siapa yang lebih mulia hatinya . Kita ataupun mereka?

Hanya Allah Yang  Lebih Tahu







Ahad, 31 Mac 2013

BICARA GURU PENDIDIKAN KHAS/KISAH SERUPA.















Mendengar  cerita guru  itu  membuat aku  muhasabah  diri.
Mengapa  dia yang   Allah  hantar  untuk bersamaku  dalam
mesyuarat pada hari itu.

 Adakah  sebagai   penambah  dosa  yang
ada  atau  aku  perlu  berkata  sesuatu   supaya  guru  itu  sedar
akan   kesilapan  yang sedang  dilakukannnya.

Siapalah  aku? Tidak  ada  sedikit  kuasapun  untuk  memberi
hidayah  kepadanya.  Banyak  dosa-dosa  lalu  yang aku  pernah
lakukan  melalui  kejadian  serupa, Mencari  kelemahan dan kesalahan
rakan-rakan  dan pentadbir  sendiri.

Aku pura-pura  menukar  tajuk  cerita, tapi  maih  hampa.
Akhirnya  Allah  beri idea.

"Beginilah ...saya  cadangkan awak buat aje  kerja awak.
Doa  banyak-banyak  biar  dia berubah." kataku  padanya.

"Memang  saya  dah  buat  begitu, tapi  setiap  kali   mencuba
hati   saya  sakit.  Semua  kerja aya  kena   buat .  Dia  lepas  tangan"
Guru   itu  meluahkan  rasa  hatinya.

Aku  memahami.  Aku  pernah melaluinya.  Kisah  kami serupa.

"Lupakan   soal  sakit   hati. , fikirkan  bahawa awak  sedang  belajar
 mengurus   sebuah   sekolah.   Rezeki  milik Allah,   mana tahu  awak
pula  dipilih  menjadi  guru  besar.  Mudahlah  nanti."

Dia   diam  dan  merenung mataku.  Mungkin  memikir   apa
yang kukatakan.

"Saya  sebenarnya pun  macam  awak  dulu.  Selalu  mengata
orang lain  sebab  merasa  diri  hebat  dan   boleh buat  semua"

"Dua  tiga  kali  terdengar  sendiri staff  mengata saya,   membuatkan
saya  muhasabah  diri, bahawa  saya juga  banyak  kelemahan
dan  tidak  sepatutnya  mencari   kesalahan  orang lain ."

"Dua  tiga  kali itu  jugalah  yang membuat  saya  terfikir
bahawa  sejarah   akan   sentiasa  berulang  semula"

"Jika saya  suka  mengata,  akan  tiba  masa saya pula  yang dikata"

Dia  berhenti bercerita.  Diharap  Allah  pilih  dia tidak   mengulangi
kesilapan  yang serupa..




Selasa, 26 Mac 2013

BICARA GURU PENDIDIKAN KHAS/ PERASAAN















Berkongsi perasaan dengan  seseorang yang   tidak pernah aku
kenali membuatkan aku ingin menulis sesuatu.

Melalui SMS  yang panjang lebar menjadikan aku tersentuh.
Perasaan keibuan  ingin kukongsikan bersama sesiapa
juga yang membaca blog ini.

Kasih  sayang, simpati,  bertanggungjawab, prihatin  dan berbagai
lagi perasaan  lain  amat diperlukan  apabila bergelar  guru
kepada anak-anak istimewa ini.

Pun begitu, ianya masih belum menyamai jika kita boleh memikirkan
satu perkara   iaitu:

"Andaikata itu adalah anak kita"

Jika persoalan itu boleh ditimbulkan dalam hati setiap guru PK,
maka SMS yang panjang  lebar itu tidak mungkin aku terima.
Ianya  datang  daripada seorang  ibu yang kecewa dengan perkara
yang sering berlaku.


Seperti dianaktirikan. Ditinggal dan dicutikan setiap kali
terapi di luar sekolah dilaksanakan.   "HAIPERAKTIF " satu
alasan  kukuh untuk mengecewakan hati seorang  ibu dan seorang anak
istimewa.

Hanya seorang ibu yang boleh memahami.
Hanya seorang ibu yang sering menangis dalam hati.
Hanya seorang ibu yang sering mencari ruang untuk berkongsi,
Kesedihan, kekecewaan anak yang dicutikan apabila ada
aktiviti terapi.

Apakah yang dapat ibu itu lakukan selain memujuk anak apabila
dicutikan.

Apakah yang boleh ibu itu lakukan selain
menyembunyikan kesedihan setiap kali anak merayu agar tidak
ditinggalkan.

Dan apa yang boleh dia lakukan selain terfikir dalam hati.

"Agak-agaknya anak  itu akan dibawa bersama oleh guru aktiviti
terapi  jika dia  telah tidak berkaki".

Aku  tidak  mahu menyalahkan sesiapa. Sebagai  manuia
kita mempunyai persepsi berbeza  dalam  setiap perkara.
Maaf jika ada yang terasa.

Hingga kini pengirim sms masih rahsia. Tidak kuketahui asal usulnya.

Pun begitu, jika berlaku kupinta lakukan sesuatu.
Jangan hampakan mereka.

Mereka ada perasaan yang perlu dihargai.
Mereka ada harga  diri  yang perlu di hormati.

Fikirkah  satu perkara iaitu:
"Andaikata  anak itu adalah anak kita"

Apakah  perasaan kita jika berlaku kejadian serupa?

Jumaat, 22 Mac 2013

BICARA GURU PENDIDIKAN KHAS/ TAHAN KERETA

Anak-anak istimewa terlalu tulus hati mereka. Sukar untuk
dinilai dengan kata-kata.  Meskipun tidak  semua orang
boleh memahaminya  namun ketulusan  mereka tetap  menyentuh
hati.

Setelah  aku  diarahkan berpindah  ke  sebuah  sekolah lain,
anak bongsuku tidak aku  pindahkan  sesi  sekolah agamanya
pada waktu petang.  Dia  amat menyayangi  rakan-rakan
lama. Perkara ini  telah memaksa  aku menghantarnya ke sekolah
tersebut pada setiap petang Rabu  sehingga  Jumaat.



















Pada suatu petang, aku dikejutkan oleh satu perisitiwa .
Semasa  sedang memandu melalui   sebuah lorong pintas
untuk ke sekolah  tersebut,  tiba-tiba muncul seorang kanak-kanak
lelaki berdiri  ditengah-tengah lorong sambil mendepa tangan
sebagai isyarat menyuruh  aku berhenti.


Mujur kereta tidak kupandu laju. Aku merungut  kerana marah
dan  terkejut.


"Nak mati agaknya budak ni?"

Apabila  telah  berada dijarak dekat dengan kanak-kanak itu,
aku memberhentikan kereta. Anakku yang duduk di sebelah  telah
mula ketawa geli hati.

"Anak murid  mak lah" celah anakku.

Daripada marah, aku turut ketawa. 

" Kenapa  dia tahan kereta?", aku menyoal di dalam hati.

Dia merapati tingkap kereta di sebelahku. Aku lantas menurunkan
cermin kereta.

"Kenapa ni", aku menyoal.

"Saya  nak salam cikgu".

Tidak jadi  aku hendak memarahinya.
Dia adalah seorang murid istimewa(haiperaktif) yang belajar
di sekolah aku  bertugas sebelum ini.

Begitu ikhlasnya dia.  Ingin menujukkan kasih sayang dan hormat
tanpa mengetahui  perbuatannya itu merbahaya.  Hanya untuk
bersalam dia sanggup menahan  kereta yang sedang bergerak
tanpa memikirkan keselamatan diri sendiri.

Terkenang aku anak-anak normal bijak yang pernah aku ajar.
Adakalanya,  berselisih bahupun mereka tidak akan menegur.

Itulah yang dikatakan ketulusan hati  yang sukar untuk kita
cari di  dunia ini.  Hanya orang dipilih Allah dapat merasai.




Isnin, 18 Mac 2013

BICARA GURU PENDIDIKAN KHAS/ KENANGAN

 Setiap cerita hidup adalah kenangan yang sukar untuk dilupakan.
                                            Bersama para pensyarah  daripada IPG
                                                Rakan lama yang terpisah sejak  tahun 1984

 
                                          Bersama  bekas Ustazah  yang mendidik  semasa
                                          di  sekolah  rendah.
Bersama ibu  mertua

                                                   Ibu mertua  dan  anak-anak                             


Bersama  anak-anak lelaki

Anak-anak dan menantu
                                                                Bersama suami tercinta

Sabtu, 9 Mac 2013

BICARA GURU PENDIDIKAN KHAS/ PERGI JUA

Tahun   2011 pada hari yang sama   peperiksaan  PMR  diumumkan,
anak  ini aku  temui  di  sebuah  pusat membeli   belah bersama ibu  dan
adik-adiknya. Berkerusi  roda  khas . Petah  berkata-kata meskipun
OKU.  Melalui  cerita  ibunya, anak ini menjadi  pelajar cemerlang OKU
negeri  Melaka  dalam  peperiksaan tersebut.

Hari  Khamis  7 Mac 2013  semasa taklimat berlangsung di  kediaman
Ketua  Menteri  Melaka sebuah  tabung derma diedarkan  kepada semua
pengetua  dan guru  besar negeri  Melaka.

Sumbangan untuk  keluarga  anak  ini. Rupa-rupanya anak  ini telah
 meninggal  dunia  di dalam  bilik  darjah pada 4  Mac 2013.

Pilu  hati   apabila  menerima khabar    ini. Dia  pergi  juga menemui tuhan.
Meskipun  harapan menggunung untuk  belajar dan  meneruskan  sisa-
sisa hidup   sebagai  OKU  yang berjaya, namun  Allah  lebih  mengetahui
segala rahsia.

Innalillahiwainnailaihirajiun....Semoga  rohnya  dirahmati  Allah.
Beruntunglah  insan-insan  yang pernah membantu  sepanjang
hayatnya  masih  ada. Diluar sedar sebenarnya kalian  telah  berbakti
kepada ahli  syurga.

















Wajah  masih  dalam kenangan
















Ada  cerita  di sebalik  setiap  pertemuan.





BICARA GURU PENDIDIKAN KHAS/ TUALA MANDI

Tidak   ada  apa pun  yang boleh  dibanggakan tentang diri kita.
Harta, kekayaan, pangkat dan  rupa  paras semuanya milik
Allah.  Tiba masanya semua akan kita tinggalkan .

Jika  hari  ini  kita boleh  mendabik  dada dengan
yang ada.  Jangan  lupa satu hari  kita  akan sendiri
tanpa teman di sisi. Meninggalkan segala yang pernah
kita miliki.

" Tanya bos  awak, mengapa servis hotel ni    teruk  sangat?"
tanya seorang  guru pendidikan khas  kepada pekerja  hotel  tersebut.

Kasihan  aku  melihatkan pekerja   itu. Terkebil-kebil  tak tahu
nak jawab  apa. Berdiri  tegak  macam orang salah.

"Ha,  satu  lagi,  bagi   tahu  bos  awak  tuala  mandi  yang
ada di bilik  I tu  teruk   sangat.   Kalau kat  rumah,  I  dah
buat lap  kaki aje".

Aku  pula  merasa malu mendengar   kata-kata itu. Kasihan
pekerja yang tidak  tahu apa-apa menjadi mangsa keadaan.

Betapa megahnya apabila  bergelar orang kaya. Boleh  marah
siapa sahaja  ikut suka.

Maruah orang tidak pernah  kita fikirkan.

Itulah  dialog yang bukan   rekaan, tetapi yang pernah
didengar  dan lihat dengan  telinga dan mata sendiri  semasa terlibat
dalam  satu mesyuarat  pemurniaan Kurikulum  Pendidikan Khas
satu  masa dahulu.

Apalah  yang boleh  dibanggakan... semua pinjaman. Apabila tiba
masa ianya   perlu  dipulangkan.