Tahun 2011 pada hari yang sama peperiksaan PMR diumumkan,
anak ini aku temui di sebuah pusat membeli belah bersama ibu dan
adik-adiknya. Berkerusi roda khas . Petah berkata-kata meskipun
OKU. Melalui cerita ibunya, anak ini menjadi pelajar cemerlang OKU
negeri Melaka dalam peperiksaan tersebut.
Hari Khamis 7 Mac 2013 semasa taklimat berlangsung di kediaman
Ketua Menteri Melaka sebuah tabung derma diedarkan kepada semua
pengetua dan guru besar negeri Melaka.
Sumbangan untuk keluarga anak ini. Rupa-rupanya anak ini telah
meninggal dunia di dalam bilik darjah pada 4 Mac 2013.
Pilu hati apabila menerima khabar ini. Dia pergi juga menemui tuhan.
Meskipun harapan menggunung untuk belajar dan meneruskan sisa-
sisa hidup sebagai OKU yang berjaya, namun Allah lebih mengetahui
segala rahsia.
Innalillahiwainnailaihirajiun....Semoga rohnya dirahmati Allah.
Beruntunglah insan-insan yang pernah membantu sepanjang
hayatnya masih ada. Diluar sedar sebenarnya kalian telah berbakti
kepada ahli syurga.
Wajah masih dalam kenangan
Ada cerita di sebalik setiap pertemuan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan