Alhamdulillah. Diizinkan untukku menulis.
Maha suci Allah.
Yang Maha Mengetahui.
Mengenali insan yang layak untuk diuji.
Ibu ini...
Anak yang dilahirkannya
jantung berlubang,
bermasalah penglihatan juga pendengaran.
Semoga beliau tabah dan redha
Memaparkan catatan dengan label mereka. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label mereka. Papar semua catatan
Ahad, 27 September 2015
Rabu, 23 September 2015
BICARA GURU PENDIDIKAN KHAS/ KENANGAN
Alhamdulillah. Dizinkan untukku menulis.
Bila telah tersepit manusia sanggup lakukan
apa sahaja untuk melepaskan diri.
BOHONG
Cerita bapa muda yang marah-marah itu tidak
habis begitu sahaja.
Setelah menyelesaikan beberapa urusan
aku melangkah ke pejabat semula.
Sebaik melangkah masuk, Puan Hjh Zainon
bersuara.
"Orang lelaki tadi bohonglah cikgu".
"Kenapa pula? " soalku.
"Sebenarnya dia tak pernahpun mendaftarkan
anaknya dimana-mana sekolah sebelum ni.
Belakang surat beranak anaknya langsung
tidak ada dicop mana-mana sekolah". Jelasnya.
"Oh ye ke? .
Sudahlah lambat mendaftar. Bohong pula"
Balasku.
Geram tak terkira. Ikutkan hati ingin aku menelefonnya pada
masa itu. Pulangkan semula kemarahan yang
dilontarkan tadi.
Setelah difikir-fikirkan, aku membatalkan niat.
"Orang serupa itu tidak boleh dilayan" Bisik hati
kecilku.
Ya Allah. Itulah manusia. Apabila telah melakukan
kesilapan jari menuding kepada orang lain sebagai
menutup kelemahan.
Macam-macam ragam manusia sekarang.
Sabarlah wahai hati.....

Isnin, 21 September 2015
BICARA GURU PENDIDIKAN KHAS/ KENANGAN
Alhamdulillah. Diizinkan untukku menulis.
Hidup akan menjadi lebih mudah apabila kita boleh menerima
sesuatu dengan cara mudah dan menganggap sebagai ujianNYA
bagi meningkatkan keimanan.
KEMARAHAN
"Apa hak puan nak menghadkan jumlah murid di dalam
setiap kelas?"
"Mengapa puan tidak membuat permohonan bangunan baru
bagi menampung pertambahan murid?"
"Takkanlah cucu saya seorang pun tidak boleh diterima?"
"Sekolah yang puan cadangkan itu susah nak pergi, bas
sekolah tidak lalu".
"Kawan-kawan cucu saya ramai di sini"
"Saya pun senang nak uruskan dia kalau bersekolah di sini.
Mak dia akan bekerja nanti."
Semua soalan yang diajukan telah kujawab dengan cara
yang paling berhemah beserta alasan kukuh.
Cuba memberi pandangan bagi setiap masalah yang sengaja
ditimbulkan. Pun begitu, dia terus merayu.
Keputusan muktamad. Bilangan murid di setiap kelas
sudah penuh. Rayuan untuk cucunya tidak aku terima.
Akhirnya........
"Saya juga bekas penjawat awam. Sudah berurusan dengan ramai
pegawai kerajaan, Tetapi saya tak pernah jumpa orang macam puan,
Tak boleh dibuat berbincang langsung".
Kata-kata dilontarkan kepadaku dengan nada angkuh dan menghina.
Benarlah. Setiap perkara yang berlaku, menjadi sepertimana
yang kita terima .
Sabar dan senyum. Akhirnya di permudahkan.
Alhamdulillah.

Dia bangun dan meninggalkan pejabat dengan rasa marah
yang tergambar jelas di wajah. Hatinya terbakar.
Aku bersalaman dengan isteri dan anak perempuannya.
Memohon maaf.
Hakikatnya hatiku juga terbakar. Keegoaanku sebagai seorang
guru besar benar-benar tercabar ketika itu.
Pun begitu, alhamdulillah. Allah mengasihiku. Aku dipelihara
daripada terbakar sama.
guru besar benar-benar tercabar ketika itu.
Pun begitu, alhamdulillah. Allah mengasihiku. Aku dipelihara
daripada terbakar sama.
Sabar memang pahit. Namun buahnya manis.
Hingga kini masih terkenang.
Benarlah. Setiap perkara yang berlaku, menjadi sepertimana
yang kita terima .
Sabar dan senyum. Akhirnya di permudahkan.
Alhamdulillah.
Khamis, 18 Jun 2015
BICARA GURU PENDIDIKAN KHAS/ AKTIVITI SKDDH
Warna-warni SKDDH
Program bertemu ibubapa murid Tahun 6
Segala pandangan yang diberikan tentang
guru SKDDH amat kuhargai.
Kami sebenarnya dalam proses menambahbaik
sikap sendiri untuk menjadi guru yang lebih baik.
Program bertemu ibubapa murid Tahun 6
Segala pandangan yang diberikan tentang
guru SKDDH amat kuhargai.
Kami sebenarnya dalam proses menambahbaik
sikap sendiri untuk menjadi guru yang lebih baik.
Jumaat, 16 Januari 2015
BICARA GURU PENDIDIKAN KHAS/HIJRAH
Selamat berhijrah En Izhar dan keluarga.
Tahniah di atas ketabahan membesarkan 3 orang anak-anak syurga.
Pengalaman kita berbeza namun cita-cita kita serupa
Perjuangan kita belum berakhir. Semoga Allah permudahkan semua
urusan dunia dan akhirat kita.
Insya Allah.

Selasa, 21 Oktober 2014
BICARA GURU PENDIDIKAN KHAS/ CERITA
Alhamdulillah. Aku diberi kesempatan untuk menulis.
Pagi itu, semasa sedang sibuk di pejabat seorang murid perempuan
dari tahap 1 menemuiku.
Dari raut wajahnya kelihatan seperti memerlukan bantuan.
Guru: Ada masalah ke?
Murid: Duit saya hilang cikgu.
Guru: Berapa?
Murid: 5 ringgit.
Guru: Banyaknya awak bawa duit ke sekolah.
Murid: Ayah pulangkan duit yang ayah pinjam 3 ringgit,
2 ringgit lagi duit belanja hari ni.
Guru: Ayah awak pinjam duit untuk apa?
Murid: Tuang minyak motor cikgu.
Bukan untuk menceritakan aib orang lain, namun terdapat
segelintir ibubapa yang kurang menyedari bahawa apabila
bergelar guru banyak masalah yang perlu kami diselesaikan.

Rabu, 4 Disember 2013
BICARA GURU PENDIDIKAN KHAS/ TANDAS ORANG CACAT
Sebuah kisah lama....
"Saya rasa nak buang air kecil lah" kata seorang daripada
pelawat yang datang ke PPKI hari itu kepada rakannya.
Aku yang berada tidak jauh dari situ memandang kearahnya.
Belum sempat untuk ku tunjukkan arah tandas, rakannya telah
menunjukkan kepadanya tandas yang ada di dalam PPKI.
"Tak mahu lah , itu tandas budak cacat". Jawabnya selamba.
Hatiku tersentuh mendengar kata-kata itu. sengaja aku mendiamkan diri.
Seolah-olah tidak mendengar apa-apa.
"Tak apalah guna aje" kawannya memujuk.
"Tak mahu " dia Berkeras dan berjalan keluar dari PPKI.
Aku yang berada tidak jauh dari situ hanya mampu menyoal dalam hati.
Maaf jika aku bersangka buruk .
Tingkahlaku pelawat itu sebenarnya membawa erti yang tersendiri dlm penilaian ku.
"Sampai bila ahli masyarakat hendak memandang rendah kepada anak-anak istimewa ini"
Di luar sedar sebenarnya kita lebih cacat lagi sebab Allah beri otak sempurna tapi tak tahu berfikir bahawa jenis apapun tandas ia tetap tidak boleh mengubah penggunanya dari sempurna menjadi istimewa.
Isnin, 2 Disember 2013
BICARA GURU PENDIDIKAN KHAS/ LAWATAN PENANDA ARAS
Nama sekolah: SK SRI AMPANG MUDA SIK KEDAH
Tarikh: 2 Disember 2013
Hari: Selasa
Jumlah peserta lawatan: 82 orang
Nama Guru Besar: En Mat Desa bin Ibrahim
YDP PIBG: Mat Jamel bin Mat Noh
Pegawai seranta: Pn Rusziah yahya (PPD Melaka Tengah)
Terima. Kasih atas kehadiran semua pada hari lawatan. Terima kasih atas segala kerjasama
Yang dihulurkan.
Semoga perkongsian ilmu dapat memberi manfaat kepada kedua-dua sekolah
Rabu, 20 November 2013
BICARA GURU PENDIDIKAN KHAS/SATUKAN DOA
Terlalu sukar bagiku memilih ayat yang sesuai bagi
menulis kisah ini. Pun begitu yang dapat di katakan ialah
selagi ia tidak tertulis terasa ada sesuatu yang belum
aku selesaikan .
Jadi.... kutuliskan ceritanya...
Seorang bapa datang berdiri disebelahku selepas aku menyampaikan
slip keputusan UPSR kepada murid-murid yang mendapat keputusan
5A dan 4A pada hari itu.
Dia meminta kebenaran untuk berbual sebentar. Daripada berdiri
aku mempelawanya duduk.
Rasanya tidak perlu aku tuliskan pandangan baik yang diberikan
sepanjang aku bergelar guru besar di sekolah hebat itu.
Pun begitu aku amat terharu dengan satu kenyataan ikhlas darinya.
"Saya rasa terkilan kerana semasa ingin memohon doa puan minta
semua ibubapa dan anak-anak ini datang agar doa dapat disatukan.
Agar permintaan Allah kabulkan. Dengan doa semua hasilnya walaupun
tidak cemerlang dapat kita perolehi hari ini.
Saya mengambil cuti sebagai memenuhi jemputan puan
Tetapi.... apabila keputusan diumumkan puan hanya meraikan yang
berjaya. Yang kurang berjaya dibiarkan begitu sahaja.
Puan tidak beri peluang kepada mereka untuk
bersalam buat kali terakhir sebelum mereka ke sekolah menengah.
Tidakkah puan dapat rasakan kehampaan dihati mereka dan ibubapa yang
hadir pada hari ini?"
Tiada jawapan dapat aku berikan selain memohon maaf.
Terasa satu kesilapan besar telah kulakukan.
Diluar sedar airmata mengalir.
Pun begitu sudah telewat. Mereka yang kurang berjaya gagal
untuk aku raikan. Mereka telah mula beredar setelah mengambil
keputusan peperiksaan daripada guru kelas masing-masing.
Segalanya masih segar dalam ingatan. Apa yang kuharapkan
ialah semoga kesilapan tidak berlaku lagi pada tahun hadapan.
Aku bersyukur kerana Allah menghantar seseorang untuk menegur
akan kesilapan yang telah kulakukan.
Terimakasih.... semoga kita menjadi insan yang saling ingat
mengingatkan. Insyaallah.

Sabtu, 28 September 2013
BICARA GURU PENDIDIKAN KHAS/ INTEGRITI
PELAN INTEGRITI NASIONAL DAN PEMBUDAYAAN INTEGRITI
DALAM PENDIDIKAn
SM Teknik Bukit Piatu,
Terima kasih dah tahniah kepada rakan-rakan guru SKDDH yang hadir.
Semoga Allah membantu kita untuk terus bekerja dengan penuh
Integriti.
Ahad, 22 September 2013
BICARA GURU PENDIDIKAN KHAS/ ELAUN MURID KHAS
untuk berusaha. Meskipun bukan semua antara kita bersikap
demikian, namun jika diteliti perkara ini banyak berlaku sekarang.
ELaun murid khas (EMK) Ini adalah salah satu daripada
bantuan yang diberikan kepada anak-anak istimewa.
Malangnya ia telah disalahguna oleh kalangan ibu bapa
yang kurang rasa tanggungjawab.
Tanpa segan silu ada antara mereka yang mengeluarkan
semua bantuan ini sehingga berbaki hanya Rm 10. Apabila
ada keperluan untuk aktiviti , elaun ini telah habis ibu apa gunakan.
Sehingga yuran pun tidak selesai dilunaskan.
Aku dan rakan lain sering menghadapi masalah apabila
cuba mempertahankan EMK anak-anak ini.
" Saya bukan tidak mahu bekerja puan, tapi saya tidak sihat"
Jawapan ku terima daripada bapa yang berusia lewat
30an itu. Dia ingin mengeluarkan semua EMK anaknya
untuk keperluan keluarga.
"Tubuh yang sasa dikatakan tidak sihat". Aku merungut dalam hati.
"Elaun ini bukan untuk baiki motorsikal atau beli baju raya anak-anak
yang lain. Itu semua adalah tabggungjawab encik sebagai ketua keluarga,
aku bersuara lagi.
"Saya tahu, tapi tak boleh buat apa puan, saya memang betul-betul
takde duit, itu sebab nak keluarkan duit EMK"
Perasaan sabar ku tercabar juga apabila berbalah dengan beliau.
Setiap cadangan mengatasi masalah yang ku berikan pasti ada
jawapan yang tidak masuk akal. Semuanya sebagai satu alasan
membela diri dan menutup kemalasan sendiri.
Akhirnya aku mengalah kerana aku tahu bahawa aku tidak berhak
menahan EMK daripada digunakan oleh ibu bapa. Meskipun niat ku
baik, namun aku bimbang mengundang masalah lain, kerana bapa
Itu dikatakan pernah menyerang pengetua di sebuah sekolah menengah
atas sebab sama.
Ternyata dia memilih jalan mudah untuk dapat wang,
Hidup hanya goyang kaki. Tulang empat kerat langsung tidak mahu
digunakan untuk mencari rezeki.
Aku amat terkilan, apabila sebelum meninggalkan pejabat bapa itu
berkata bahawa selama ini dia mendapatkan bantuan kewangan daripada
seorang datuk setiap kali menghadapi masalah kewangan.
Kasihan bapa itu. Kerana sentiasa bergantung kepada bantuan orang
lain, dia terlupa akan tempat yang sepatutnya dia meminta iaitu
ALLAH yang maha kaya lagi pemurah.....yang tidak pernah berkira
dalam membantu hambanya.
Sabtu, 21 September 2013
BICARA GURU PENDIDIKAN KHAS/UJIAN BERBEZA
Walaupun telah beberapa hari kisah itu berlalu, ia
masih jelas terbayang diruang mata. Setiap hujah
yang dilemparkan oleh ibu itu masih jelas ditelinga.
Renungan matanya yang merendahkan orang
lain, masih terbayang dan sukar dilupakan.
Betapa ibu itu sedang diuji. Ujian tidak suka mengaku
kelemahan diri sendiri. Ujian kerana suka menyalahkan
orang lain. Ujian tidak mahu berdepan dengan realiti yang
anaknya sedang menghadapi masalah rumit sekali
dan perlukan bantuan daripadanya.
Pada masa yang sama kesabaranku turut teruji.
Pun begitu aku mengucapkan subhanallah di dalam
hati. Minta Allah memberkati hasil perbincangan pada
hari itu.
Sesekali suaraku turut meninggi. Tujuan menjelaskan
perkara sebenar. Pun begitu, bukan satu perkara mudah
untuk mematahkan segala hujahnya. Dia bukan sembarangan
orang yang mudah untuk beralah dan menerima pandangan
orang lain apabila berhujah.
orang yang mudah untuk beralah dan menerima pandangan
orang lain apabila berhujah.
Apabila dapat berfkir dengan lebih baik suaraku mula
mendatar kembali. Dapat aku bayangkan kekusutan
tidak akan terlerai, masalah tidak akan selesai jika aku
mengikutkan nafsu amarahku pada ketika itu.
Hasil perbincangan akhirnya dicapai. Setelah hampir sejam
bersma ibu itu aku memohon mengundur diri kerana
ada urusan lain.
Sepanjang perjalanan balik, aku turut rasa bersyukur kerana
ujian merasa rendah diri dan tidak yakin apabila dipindah ke sekolah
baru mungkin lebih baik berbanding ibu itu yang diuji mempunyai
baru mungkin lebih baik berbanding ibu itu yang diuji mempunyai
sifat ego dengan keupayaan diri sendiri sehingga tidak menerima
pandangan orang lain.
Selasa, 9 Julai 2013
BICARA GURU PENDIDIKAN KHAS/ADAKALANYA
Adakalanya manusia begitu bangga dengan pangkat dan kuasa
yang dimiliki. Hingga sanggup mengeluarkan kata-kata tanpa
mengira perasaan orang lain. Itulah yang menimpa diriku.
Pun begitu, sebagai hambaNYA yang lemah Aku terima dengan redha.
Siapalah aku hendak melawan takdir tuhan. Siapalah aku
hendak menolak apa yang telah ditentukann . Aku tidak meminta
yang dimiliki. Hingga sanggup mengeluarkan kata-kata tanpa
mengira perasaan orang lain. Itulah yang menimpa diriku.
Pun begitu, sebagai hambaNYA yang lemah Aku terima dengan redha.
Mesti ada hikmah disebalik kisah itu. Pun begitu, jauh disudut hati,
luka itu higga kini masih terasa pedihnya.
Siapalah aku hendak melawan takdir tuhan. Siapalah aku
hendak menolak apa yang telah ditentukann . Aku tidak meminta
semua itu berlaku. Sebenarnya jika ada orang yang boleh menyelami
perasaan ini sudah pasti akan dapat diketahui apa yang aku rasai.
Selasa, 2 Julai 2013
BICARA GURU PENDIDIKAN KHAS/BADAN KEBAJIKAN
Badan kebajikan Ibu Bapa Guru Pendidikan Khas amat
penting didalam usaha membangunkan Program
Pendidikan Khas disetiap sekolah.
Berbagai aktiviti yang dilakukan oleh PPKI SKDDH
bersama Badan Kebajikan amat patut dicontohi.
Tahniah kepada semua guru , PPM PPKI dan Pengerusi
Badan Kebajikan serta ibubapa lain yang terlibat.
Terima kasih kerana memberiku peluang untuk
berkongsi sedikit pengalaman.
Sedikit gambar kengangan semasa sesi ceramah untuk
ibubapa yang dilaksanakan di makmal komputer SKDDH.

| Tambah kapsyen |
| Tambah kapsyen |
| Tambah kapsyen |
Langgan:
Catatan (Atom)