Isnin, 6 Mei 2013
BICARA GURU PENDIDIKAN KHAS/ FIKIRKAN
Daripada 200 orang Pembantu Pengurusan Murid yang hadir dalam
kursus pada hari itu, beberapa oranng daripadanya datang bertemuku
di hadapan dewan sebaik usai sesi ceramah.
Seorang daripadanya kelihatan teragak-agak untuk berterus terang.
Meskipun didesak dia tetap tidak mahu memberitahu tempat bertugasnya.
Mungkin dia mencurigaiku akan menyampaikan semula masalah
yang dia ceritakan.
"Saya kasihan melihat budak-budak Pendidikan Khas itu puan".
Dia memulakan ceritanya. Aku merenung matanya.
Ada keikhlasan diwajahnya.
"Tiap-tiap hari budak-budak tu hanya mewarna gambar
dan menyambung titik-titik. Tak ada aktiviti lain".
Dia menambah lagi.
"Cikgu-cikgunya buat apa?. Aku menyoal.
"Kadangkala ditinggalkan saja budak-budaktu dengan saya, dia pergi
duduk bersembang dengan guru yang free" . Jawab PPM itu.
"Awak tak cuba tanya guru tersebut tentang aktiviti-aktiviti lain yang sepatutnya
budak-budak tu buat?" aku menyoal semula.
"Tak pula puan, saya baru lagi, tak tahu apa-apa, hanya ikut arahan".
Dia menjawab jujur.
"Kalau macamtu apa yang boleh saya buat untuk membantu awak
menyelesaikan masalah ?" Aku inginkan kepastian.
"Saya hanya nak tahu apa yang sepatutnya saya buat?"
Dia menjawab lagi.
Aku mencadangkannya untuk menghubungi Unit Pendidikan
Khas. Ketua Unit boleh membantu menyelesaikan
masalahnya itu.
Dia setuju dengan cadanganku itu.
"Awak doakan saja agar guru-guru itu berubah dan sedar
tentang tanggungjawab sendiri". Aku menasihatinya.
"Dalam masa yang sama, saya harap awak tidak jadi
seperti mereka.. Kasihan budak-budak tu".
Nasihat aku berikan sebelum kami berpisah.
Meskipun bukan semua yang bertindak sedemikian, namun
untuk kita semua yang bergelar guru, fikirkan bersama tentang
tanggungjawab sendiri.
Kalau kita sebagai orang yang telah di amanahkan tidak menjalankan
tugas yang sepatutnya, bagaimana pula orang lain dapat melaksanakannya
dengan lebih baik.
Murid istimewa tanggungjawab kita bersama.
.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan