Jumaat, 18 Oktober 2019

BICARA YB/JEMPUTAN

Alhamdulillah.

28-30 September 2019 saya menerima jemputan memberi ceramah di SK Mukah
Sarawak.

Saya ditemani oleh suami ke sana.

Perbelanjaan tambang kapal terbang dan
penginapan saya dibiayai oleh PPKI SK Mukah. Manakala perbelanjaan tambang untuk suami kami biayai sendiri.


Ketibaan saya dan suami di Lapangan Terbang Mukah dijemput mesra oleh GPK PK Cikgu Angelia dan Cikgu Syafiqah.

Kemesraan terjalin melalui bidang yang sama iaitu Pendidikan Khas.

Alhamdulillah.

Usai minum petang di sebuah gerai,
kami dihantar ke  Kingwood Hotel untuk
berehat.

Saya sangat teruja  melihat pemandangan
yang aman damai di pekan kecil itu.


Apatah lagi suami saya yang merupakan penggemar dengan kehidupan di luar bandar.


Sambil merehatkan tubuh fikiran saya melayang jauh.

Rasa syukur tidak dapat saya gambarkan melalui perkataan dengan nikmat yang Allah kurniakan.

Sungguh. Dia mengetahui hajat saya untuk terus berkongsi pengalaman meskipun telah bersara.

Mukah masih dihati








Tiada ulasan:

Catat Ulasan