Melihat anak-anak autisme membuatkan kita selalu
memberi tanggapan bahawa mereka tidak
peka kepada persekitaran.
Dalam fikiran kita semua, mereka ada dunia tersendiri.
Sukar untuk dibantu.
Meskipun begitu, pengalaman yang kulalui memberi aku
ruang untuk berfikir dari sudut yang berbeza.
Sepertimana biasa, setiap kali perhimpunan pagi, 3 atau
4 buah kerusi akan disusun oleh Pembantu Pengurusan Murid
untuk menempatkan 2 orang murid yang severe serta tidak
boleh berdiri lama.
Apabila tamat perhimpunan, kerusi itu biasanya diletakkan
semula oleh Pembantu Pengurusan Murid ditempat asalnya.
Namun pagi itu kemungkinan besar PPM terlupa. Aku melihat
semua murid dan guru yang lalu di situ mengelak supaya kerusi
itu tidak mengganggu perjalananan mereka.
Allahhuakhbar. Allah yang lebih mengetahui segala rahsia
yang tersimpan di dalam seketul hati. Tanpa bicara tiba-tiba
seorang murid autisme mengangkat kerusi itu dan meletakkannya
di tempat asal.
Tidak ada siapa yang terperasan dengan bakti yang telah
dia curahkan. Tidak ada pujian dari orang sekeliling kerana
dia hanya seorang murid istimewa.
Aku yang melihat daripada jauh, mengucap subhanallah di
dalam hati kerana sebenarnya autisme adalah lebih peka
pada persekitaran daripada kita semua yang normal.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan