Selasa, 26 Mac 2013
BICARA GURU PENDIDIKAN KHAS/ PERASAAN
Berkongsi perasaan dengan seseorang yang tidak pernah aku
kenali membuatkan aku ingin menulis sesuatu.
Melalui SMS yang panjang lebar menjadikan aku tersentuh.
Perasaan keibuan ingin kukongsikan bersama sesiapa
juga yang membaca blog ini.
Kasih sayang, simpati, bertanggungjawab, prihatin dan berbagai
lagi perasaan lain amat diperlukan apabila bergelar guru
kepada anak-anak istimewa ini.
Pun begitu, ianya masih belum menyamai jika kita boleh memikirkan
satu perkara iaitu:
"Andaikata itu adalah anak kita"
Jika persoalan itu boleh ditimbulkan dalam hati setiap guru PK,
maka SMS yang panjang lebar itu tidak mungkin aku terima.
Ianya datang daripada seorang ibu yang kecewa dengan perkara
yang sering berlaku.
Seperti dianaktirikan. Ditinggal dan dicutikan setiap kali
terapi di luar sekolah dilaksanakan. "HAIPERAKTIF " satu
alasan kukuh untuk mengecewakan hati seorang ibu dan seorang anak
istimewa.
Hanya seorang ibu yang boleh memahami.
Hanya seorang ibu yang sering menangis dalam hati.
Hanya seorang ibu yang sering mencari ruang untuk berkongsi,
Kesedihan, kekecewaan anak yang dicutikan apabila ada
aktiviti terapi.
Apakah yang dapat ibu itu lakukan selain memujuk anak apabila
dicutikan.
Apakah yang boleh ibu itu lakukan selain
menyembunyikan kesedihan setiap kali anak merayu agar tidak
ditinggalkan.
Dan apa yang boleh dia lakukan selain terfikir dalam hati.
"Agak-agaknya anak itu akan dibawa bersama oleh guru aktiviti
terapi jika dia telah tidak berkaki".
Aku tidak mahu menyalahkan sesiapa. Sebagai manuia
kita mempunyai persepsi berbeza dalam setiap perkara.
Maaf jika ada yang terasa.
Hingga kini pengirim sms masih rahsia. Tidak kuketahui asal usulnya.
Pun begitu, jika berlaku kupinta lakukan sesuatu.
Jangan hampakan mereka.
Mereka ada perasaan yang perlu dihargai.
Mereka ada harga diri yang perlu di hormati.
Fikirkah satu perkara iaitu:
"Andaikata anak itu adalah anak kita"
Apakah perasaan kita jika berlaku kejadian serupa?
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan