Ahad, 31 Mac 2013
BICARA GURU PENDIDIKAN KHAS/KISAH SERUPA.
Mendengar cerita guru itu membuat aku muhasabah diri.
Mengapa dia yang Allah hantar untuk bersamaku dalam
mesyuarat pada hari itu.
Adakah sebagai penambah dosa yang
ada atau aku perlu berkata sesuatu supaya guru itu sedar
akan kesilapan yang sedang dilakukannnya.
Siapalah aku? Tidak ada sedikit kuasapun untuk memberi
hidayah kepadanya. Banyak dosa-dosa lalu yang aku pernah
lakukan melalui kejadian serupa, Mencari kelemahan dan kesalahan
rakan-rakan dan pentadbir sendiri.
Aku pura-pura menukar tajuk cerita, tapi maih hampa.
Akhirnya Allah beri idea.
"Beginilah ...saya cadangkan awak buat aje kerja awak.
Doa banyak-banyak biar dia berubah." kataku padanya.
"Memang saya dah buat begitu, tapi setiap kali mencuba
hati saya sakit. Semua kerja aya kena buat . Dia lepas tangan"
Guru itu meluahkan rasa hatinya.
Aku memahami. Aku pernah melaluinya. Kisah kami serupa.
"Lupakan soal sakit hati. , fikirkan bahawa awak sedang belajar
mengurus sebuah sekolah. Rezeki milik Allah, mana tahu awak
pula dipilih menjadi guru besar. Mudahlah nanti."
Dia diam dan merenung mataku. Mungkin memikir apa
yang kukatakan.
"Saya sebenarnya pun macam awak dulu. Selalu mengata
orang lain sebab merasa diri hebat dan boleh buat semua"
"Dua tiga kali terdengar sendiri staff mengata saya, membuatkan
saya muhasabah diri, bahawa saya juga banyak kelemahan
dan tidak sepatutnya mencari kesalahan orang lain ."
"Dua tiga kali itu jugalah yang membuat saya terfikir
bahawa sejarah akan sentiasa berulang semula"
"Jika saya suka mengata, akan tiba masa saya pula yang dikata"
Dia berhenti bercerita. Diharap Allah pilih dia tidak mengulangi
kesilapan yang serupa..
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan