Rabu, 23 Januari 2013

BICARA GURU PENDIDIKAN KHAS/MEREKA



Mereka adalah  ibubapa  kepada anak-anak istimewa ini. 















Telah ramai anak istimewa yang aku didik.
Telah ramai ibubapa yang aku temui. 
Banyak perkara yang aku pelajari daripada 
setiap pertemuan.  Banyak perkara yang aku pelajari
daripada setiap perbincangan.

Ada antara  mereka yang terima dengan redha apa yang
dikurniakan oleh Ilahi. Ternyata mereka memperolehi
kebahagiaan yang tidak disangka-sangka. Itulah yang 
Allah berikan kepada hambanya yang bersabar dengan
ujian.

Telah ramai yang menumpahkan air mata kesedihan
di hadapanku. Tidak kurang juga yang seperti marah 
dengan takdir ilahi. Mereka terlupa bahawa mereka
sedang diuji.  Mereka lupa dengan janji pahala daripada
Allah jika redha dengan apa yang  mereka miliki.

Allah buktikan kata-kata ini melalui  firmanNYA   yang
bermaksud:“Dan ketahuilah bahawa harta benda kamu dan 
anak-anak kamu itu hanyalah menjadi ujian dan sesunggguhnya
di sisi Allah  jugalah pahala yang besar. (Al-Anfal. 8:28)

Allah berhak untuk menjadikan setiap hamba mengikut kemahuannya. 
Meskipun realitinya tidak ada ibubapa yang gembira apabila dikurniakan 
anak istimewa namun tiada siapa  yang boleh menolak ketentuan ini. 
Sesungguhnya  Allah   yang lebih mengetahui.

Firman Allah lagi dalam  surah  Al-An’am ayat  101  yang bermaksud:
“Dialah   yang    menciptakan tujuh petala langit dan bumi tanpa 
ada contoh yang  terdahulu.  Bagaimana mungkin dia mempunyai anak
sedangkan dia tidak mempunyai isteri.  Dialah  yang telah menciptakan 
segala sesuatu dan dialah juga yang mengetahui sesuatu”.

Ada  antara mereka yang menyalahkan orang lain  dengan ujian  yang
diterima ini. Rasa tanggungjawap yang  sepatutnya di tunaikan tergadai.
Tugas mendidik anak ini dilupakan.

Perasaan menolak ketentuan telah membuatkan mereka lupa tentang 
tanggungjawap. Alangkah beruntungnya jika mereka dapat membaca
hadis  yang pernah aku baca ini.Ibnu Umar RA katanya; “Saya mendengar
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Semua orang dari engkau
adalah pengembala dan dipertanggungjawabkan terhadap apa
yang digembalainya.

Seorang laki-laki adalah pengembala dalam keluarganya dan akan ditanya 
tentang pengembalaannya. Seorang isteri adalah pengembala di rumah
suaminya akan ditanya tentang pengembalaannya. Seorang khadam juga
pengembala dalam harta tuannya dan akan ditanya tentang pengembalaannya.
Maka semua orang dari kamu sekalian adalah pengembala dan akan ditanya 
tentang pengembalaannya.”

Semoga mereka dapat memahaminya.  Semoga mereka terus tabah 
dalam mengharungi ujian ini. Insyaallah.

Selasa, 15 Januari 2013

BICARA GURU PENDIDIKAN KHAS/KALIAN

















Kalian adalah insan  mulia yang sering  bersamaku dalam 
menempuh cabaran mendidik anak  isitimewa  ini.

Tugas mulia
Menjadi seorang guru adalah satu tugas mulia.  Seorang 
perdana menteri dapat  jawatannya juga dengan berkat 
didikan  seorang guru biasa. Betapa mulianya apabila 
bergelar guru.  Sehingga telah berada di  liang lahad 
kita tetap di panggil cikgu.

Menjadi  guru kepada yang istimewa lebih mulia.  
Kerana berada dekat  dengan ahli syurga. Meskipun
ada yang  menjadi guru  kerana terpaksa namun 
petunjuk Allah datang juga. Ada juga yang  berminat. 
Semua usaha  membawa berkat.   Apapun amanah 
mulia  perlu  terus  diusahakan  dengan seberapa ikhlas
demi anak-anak  istimewa ini.

Perbezaan
Kalian yang datang   membawa bersama  cara berfikir 
dan  cara bekerja yang berbeza.  Adakalanya aku 
hampir mengalah apabila berhadapan  dengan masalah 
yang tidak diduga.

Pun  begitu, aku menyedari semua masalah  yang disusun
oleh Allah mempunyai jalan penyelesaiannnya. Aku belajar
menghargai  setiap  perkara  yang kalian  lakukan serta '
menghormati setiap  perbezaan.

Nampak  nyata ianya adalah  satu jalan  lurus  petunjuk 
daripada Allah yang berjaya menyelasaikan  masalah 
yang ada.  Semoga  semua  yang bergelar guru pendidikan
khas cuba untuk  mengamalkannya.

Pasukan
Berat sama dipikul, ringan sama  dijinjing. Bagai  aur 
dengan tebing tidak boleh dipisahkan.  Dua pepatah 
Melayu ini memang  dalam pengetahuan semua.  
Meskipun hanya  dengan berpegang kepada dua pepatah ini , 
banyak perkara  baik yang dapat kita lakukan demi masa
depan anak-anak istimewa ini.

Dengan izin Allah  juga.  Berkat  pepatah Melayu ini 
muncul satu pasukan kerja dalam sebuah program 
pendidikan khas  yang dikenali  di Negeri Melaka.

Pasukan yang ada meskipun kecil, namun kuasanya 
besar dan telah membawa  program  pendidikan khas
kita program cemerlang  sepanjang aku  bergelar guru
pendidikan khas.  




BICARA GURU PENDIDIKAN KHAS/ISTIMEWA


ANAK  ISTIMEWA ADALAH CIPTAAN ALLAH.

Kelebihan
Mereka masih mempunyai kelebihan tertentu meskipun bergelar istimewa. 
Mereka layak untuk dihargai.  Bagaimana  hendak menghargainya banyak
bergantung kepada kepakaran guru yang mengajarnya.

Cara kita menilai kelebihan yang mereka miliki amat penting. Ianya  boleh 
membantu  dalam membimbing mereka  menjadi anak isitmewa yang lebih 
berdikari.Kelebihan mereka meskipun hanya  kecil  seharusnya digunakan
untuk mendapat manfaat yang lebih besar. Anggaplah bahawa meskipun
istimewa mereka boleh berjaya. Bukan  untuk masuk  university, tetapi
untuk menjadi insan  berdikari. 

Kuasa Allah
Lahirnya anak istimewa ini adalah dengan kuasa Allah.  Mereka 
menjadi istimewa juga dengan kehendak Allah.  Dengan melihat 
kekurangan yang mereka ada membawa kita selalu berfikir tentang
kekuasaan Allah.

Allah berhak menjadikan sesuatu tanpa meminta kebenaran kita 
berbanding  kita yang  boleh  melakukan sesuatu hanya setelah 
mendapat keizinananya. Kuasa Allah tidak ada tolok bandingnya.
Kekurangan  yang Allah ciptakan punya rahsia tersendiri di luar 
pengetahuan kita.  Dalam diri anak istimewa ini Allah meminta kita
berfikir bahawa DIA  boleh lakukan apa sahaja yang diingin kerana
kekuasaannya.


Merenung
Allah   menjadikan  anak-anak  istimewa  ini  sebagai  agen  untuk 
kita  merenung. Merenung tentang  kekurangan yang anak-anak ini
miliki. Merenung  juga akan nikmat yang  kita punyai . Merenung 
sejauhmana kita  rasa syukur  meskipun nikmat yang diterima hanya 
sedikit.

Berapa kali kita mengeluh dan berputus asa apabila  kita diuji.
Allah meminta kita merenung bahawa ada insan  yang lebih malang 
daripada kita di dunia yang fana ini. Apa yang kita guru-guru lakukan
selama ini dalam membantu mereka. Apakah telah tertunai amanah
yang diserahkan kepada kita? 




Anak  ini telah dijemput Allah menjadi  tetamunya 
yang mulia, Kita entah bila.
 Al-fatihah








 



Adakah kita merenung akan hakikatnya mereka sebenarnya beruntung
dengan kenikmatan  akhirat  yang kekal abadi berbanding kita yang 
sempurna tetapi akan dipersoalkan dengan setiap perkara yang kita miliki.

KEISTIMEWAAN MERERA ADALAH SATU AMANAH  KEPADA KITA.
. 


Isnin, 14 Januari 2013

BICARA GURU PENDIDIKAN KHAS/ KALAU BOLEH

Tidak ada siapa yang mahukan anak bergelar istimewa.
Apatah lagi jika empunya diri  dan isteri adalah istimewa.

"Kalau boleh saya tak mahu anak saya  masuk ke kelas
 khas puan"  kata bapa itu kepadaku.

Hatiku  hiba tak terkira, melihat pasangan OKU  dihadapan
ku itu.

Dapat aku bayangkan kerunsingan yang ada di hati mereka.
Pun begitu, siapalah aku untuk menentukan segalnya.

"Baiklah encik, saya akan  cuba ikhtiarkan yang termampu,
ketentuannya adalah  ditangan  Allah" kataku .

Pun begitu,aku hanya mampu berjanji.  Pembelajaran  anak
nya di kelas  aliran  perdana adalah besama guru lain , bukan
bersamaku.

Apa yang aku fikir tidak  sama dengan rakan-rakan.
Apa yang aku cita-citakan untuk anak  ini  seperti
menyusahkan rakan-rakan.

Bukan semua orang ingin cuba memberi tumpuan kepada
anak-anak  seperti ini.  Jarang kutemui rakan yang ingin
mencuba sesuatu yang baru untuk melihat perubahan
anak seperti ini.

Jawapan yang mereka ada ialah "susahlah cikgu, saya tak
ada pengalaman untuk ajar anak  ini, saya tak boleh buat
apa-apa".

Mungkin mereka tidak dapat merasai kesedihan sepasang
suami isteri bermasalah penglihatan yang  berkata "Kalau
boleh saya tidak mahu anak saya jadi OKU, kerana saya
dan isteri saya adalah OKU.






Jumaat, 11 Januari 2013

BICARA GURU PENDIDIKAN KHAS/AKU


Insan lemah memikul amanah  menjadi guru kepada insan istimewa.


















Berserah
Untuk menunaikan amanahsebagai seorang  guru pendidikan
khas bukanlah satu perkara mudah. Apabila kerap berjaya
mencapai sesuatu yang  kuingini  dalam bidang  ini adakalanya
aku merasakan semuanya adalah kerana kehebatanku.
Pun begitu jika setiap hela nafas adalah dengan izinnya, jika setiap
denyutan nadi juga dengan kemahuannya,aku mula menyedari 
siapalah aku tanpa bantuannya. 


Ujian yang silih berganti menjadikan aku mengalah dan mula tahu
untuk menadah  tangan  memohon kepada bantuannya.
Banyak perkara kukongsikan bersamaNYA. Banyak bantuan yang
dihulurkanNYA.  Aku jadi orang yang rapat denganNYA.  
Begitulah cara Allah  membimbing hambanya. Sesungguhnya 
Allah adalah tempat aku berserah  dalam  menyelesaikan 
segala masalah dalam kehidupan sebagai guru pendidikan khas.

Kesungguhan dan keikhlasan
Lorong-lorong cabaran  yang telah kuselusuri  berjaya  
membuka minda tentang betapa pentingya kesungguhan
dan keikhlasan dalam melaksanakan sesuatu amanah.  
Tanpa kesungguhan, keikhlasan  yang diiringi doa dan tawakkal,
kita akan jadi orang yang kecewa apabila gagal. Itulah realiti 
yang pernah aku lalui.  Akhirnya aku menyedari  bahawa kerjaya
sebenarnya akn menjadi  satu ibadah jika dilakukan dengan
sunguh-sungguh dan ikhlas lillahitaala.  Usahakanlah dalam kehidupan
ini.

Rezeki milik Allah
Allah  adalah pemilik kekal alam ini dan  segala isinya. Betapa ajal maut, 
jodoh pertemuan dan rezeki adalah dalam genggamannya  tidak
dapat dinafikan.  Nikmat rezeki  yang dikurniakan kepadaku menjadikan 
aku lebih yakin dengan janji dan kekuasaaanya.  Dia berhak memberikan
kepada siapa yang diingini.
Daripada seorang guru penolong kanan pendidikan khas melangkah terus 
sebagai seorang guru  besar amat mengujiku.  Muga sifat riyak dapatku
gantikan dengan  rasa syukur  di  atas kurniaannya
Tiada apa yang boleh aku lakukan dalam membalas segala nikmat  yang 
kuperolehi selain terus berjuang untuk anak-anak istimewa ini..
Aku sering membayangkan betapa besar nikmat yang kumiliki. Tidak 
diuji mendapat anak istimewa, tetapi diberi nikmat pekerjaan dengan 
kelahiran anak istimewa.
Aku berjaya  dalam kerjaya,  Aku berjaya menjadi insan   yang  
mengenali dan mensyukuri nikmat Allah  adalah kerana adanya   
kelahiran  anak-anak istimewa.

SYUKUR  PADAMU  TUHAN

Khamis, 10 Januari 2013

BICARA GURU PENDIDIKAN KHAS/ PENSEL WARNA

 Setelah mengira dan mendapati pensel warnanya telah kurang sebatang.
anak muridku itu merengek.   "Saya hendak pensil  warna oren (jingga)
saya."

Ok, esok  kita cari, Mi  balik  dulu ayah dah tunggu" aku memujuknya.

"Tak mahu balik, pensel warna oren  saya hilang. Tadi ada, ni dah
tak de "dia terus merengek.

"Mesti Tika ambik,  dia duduk sebelah saya tadi" Mi mula membuat
tuduhan.



















Berbagai helah kuberikan untuk memujuknya tetapi  dia tetap berdegil.
Ayahnya di luar kelas mula resah menanti. Akhirnya  setelah jemu
ayahnya melangkah ke dalam kelas dan berjaya memujuknya
untuk pulang.

Anak ini memang cermat dengan barang keperluannya.  Mungkin
telah dilatih dirumah oleh ibubapanya. Setiap hari sebelum balik dia akan
memastikan semua peralatan sekolahnya cukup sepertimana dibawa
semasa datang ke sekolah.


Keeseokan paginya aku terus memeriksa beg sekolah  murid perempuan
yang disebut oleh Mi  pada hari kejadian. 

Aku tergamam kerana memang betul ada sebatang pensel warna yang
berwarna oren(jingga) dalam beg murid itu.

Yang menjadi tandatanya kepadaku bagaimana Mi boleh mengenalpasti
pensel warna yang hilang itu adalah berwarna oren(jingga) kerana ada 24
batang pensel warna di dalam kotak itu dan setiap warna utama mempunyai
beberapa batang pensel warna yang hampir serupa sedangkan dia tidak
nampakpun pensel warna yang diambil oleh Tika.

Hebatnya Allah menjadikan anak autisme.

Selasa, 8 Januari 2013

BICARA GURU PENDIDIKAN KHAS/ SALAH DI MATA

Kritikan orang lain  adalah aset pada  insan yang ingin berjaya.
Berapa  ramai  antara kita  yang sudi  menerima kritikan  sebagai
sesuatu yang positif? Rasanya aku sendiri  akan terasa hati apabila
mendengarnya.

Mengapa  puan tidak  hantar anak ke program pra sekolah  pendidikan
khas? soalku  kepadanya.
Tanpa  teragak-agak ibu itu menjawap.
"Takut tidak dapat membantu  kemajuan pendidikan  anak saya"

"Mana puan dapat maklumat ini ?"

"Daripada  doktor pakar kanak-kanak yang memberi rawatan kepada
anak saya". jawapnya ringkas.

Pada masa itu  fikiranku jauh melayang.  Hatiku  bersuara, jika  doktor
pakar sudah tidak meyakini kemampuan  guru-guru di program pendidikan
khas, siapa lagi  yang boleh diharapkan untuk membantu meyakinkan
ibubapa ini.

Mengapa ini boleh berlaku. Adakah  salah pandangan mata?  atau salah
tafsir  di hati... di kalangan mereka yang tidak memahami dan  tidak bersama
kita berkejaran di padang cabaran ini.

Atau  segala pengalaman yang ibu ini lalui  dan  doktor itu ketahui di program
pendidikan khas  merupakan  satu realiti.



BICARA GURU PENDIDIKAN KHAS/ TERUJA

Bisikan  pasangan  muda yang berada  di hadapanku petang itu membuat
aku  teruja.  Subhanallah, dia  maha mengetahui.  Rupanya nama  program
pendidikan khas  yang telah setahun kutinggalkan dikenali  ramai ibu-bapa
yang mempunyai anak bekeperluan khas.

Aku  bersyukur kepada Allah kerana  segala usaha yang   pernah dilakukan
bersama membawa   erti  besar dalam  proffesionku  sebagai guru
pendidikan khas.Program  kami bukan  sahaja  menjadi sebuah program
contoh  di  negeri  Melaka malahan di negeri berdekatan.

Pasangan itu  berhijrah ke negeri  Hang Tuah   hanya kerana ingin mencari
sebuah program pendidikan khas yang mampu membantu perkembangan
dan kemajuan anak autismenya.

Kepada  rakan-rakan yang masih tinggal, muga  segala usaha yang telah
dimulakan dapat diteruskan dengan lebih  baik.Jangan  dibiarkann
dingin   tanpa  penambahbaikan.

Kerjasama perlu  diteruskan terutama  dalam pengurusan  tingkahlaku.
Ini  adalah kerana kejayaan mengurus  tingkahlaku  murid istimewa adalah
lambang kejayaan  sebenar  sebuah program  pendidikan khas.


BICARA GURU PENDIDIKAN KHAS/LOKAP



















Selalu dikatakan  bahawa ujian  Allah  untuk  hambanya yang
dikasihi. Ujian kesedihan,  cabaran  dan  kepayahan hidup.

Sebagai  orang dewasa kita dapat melaluinya. Namun anak-anak
yang kita  didik  di  sekolah masih  terlalu kecil  dan  tidak  layak
untuk  merasakannya. Pun begitu ianya  adalah ketentuan yang
punya hikmah tersendiri. Tiada  siapapun  tahu akan rahsianya.

Di  awal  persekolahan  ini aku  memantau bagi mengenalpasti
anak-anak  yang  bermasalah  dari  segi  kehadiran  dan  tidak
boleh  membaca  dengan  baik.

" Mengapa  selalu  tidak  datang sekolah?. Soalan  pertama
yang aku  ajukan.

"Bangun lambat  cikgu" jawapnya  bersahaja.

"Emak kerja  apa?" aku menyoal lagi.
"Tak  kerja cikgu,duduk  rumah jaga adik."

"Ayah kerja apa?" soalan ketiga kuutarakan .
"Ayah  masuk lokap,keluar lokap cikgu" jawapnya  selamba.

Aku  tergamam. Tidak  dapat  untuk  bersuara.
Ujian besar  buat anak  ini. Dia  tidak  tahu apa-apa.
Masih terlalu muda  untuk  memahami apa  yang diperkatakannya.

Lebih  besar ujian  buatku sebagai  pemimpin sebuah  sekolah.
Amanah yang perlu kutunaikan. Apa  yang   harus  kulakukan
agar   anak  ini   tidak  mewarisi jejak  ayahnya apabila  dewasa kelak.

Selasa, 1 Januari 2013

BICARA GURU PENDIDIKAN KHAS/ WAJAH-WAJAH TAHUN 1

Hari   pertama  persekolahan    Tahun   1.

Tidak mahu  masuk  kelas

 


jauh





sedikit dekat






makin  dekat






dipangkuan







                                                                     
alhamdulillah sudah  masuk dalam  kumpulan







guru dan murid bersemangat
untuk  memulakan pengajaran
dan  pembelajaran