Bisikan pasangan muda yang berada di hadapanku petang itu membuat
aku teruja. Subhanallah, dia maha mengetahui. Rupanya nama program
pendidikan khas yang telah setahun kutinggalkan dikenali ramai ibu-bapa
yang mempunyai anak bekeperluan khas.
Aku bersyukur kepada Allah kerana segala usaha yang pernah dilakukan
bersama membawa erti besar dalam proffesionku sebagai guru
pendidikan khas.Program kami bukan sahaja menjadi sebuah program
contoh di negeri Melaka malahan di negeri berdekatan.
Pasangan itu berhijrah ke negeri Hang Tuah hanya kerana ingin mencari
sebuah program pendidikan khas yang mampu membantu perkembangan
dan kemajuan anak autismenya.
Kepada rakan-rakan yang masih tinggal, muga segala usaha yang telah
dimulakan dapat diteruskan dengan lebih baik.Jangan dibiarkann
dingin tanpa penambahbaikan.
Kerjasama perlu diteruskan terutama dalam pengurusan tingkahlaku.
Ini adalah kerana kejayaan mengurus tingkahlaku murid istimewa adalah
lambang kejayaan sebenar sebuah program pendidikan khas.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan