Selasa, 8 Januari 2013

BICARA GURU PENDIDIKAN KHAS/ SALAH DI MATA

Kritikan orang lain  adalah aset pada  insan yang ingin berjaya.
Berapa  ramai  antara kita  yang sudi  menerima kritikan  sebagai
sesuatu yang positif? Rasanya aku sendiri  akan terasa hati apabila
mendengarnya.

Mengapa  puan tidak  hantar anak ke program pra sekolah  pendidikan
khas? soalku  kepadanya.
Tanpa  teragak-agak ibu itu menjawap.
"Takut tidak dapat membantu  kemajuan pendidikan  anak saya"

"Mana puan dapat maklumat ini ?"

"Daripada  doktor pakar kanak-kanak yang memberi rawatan kepada
anak saya". jawapnya ringkas.

Pada masa itu  fikiranku jauh melayang.  Hatiku  bersuara, jika  doktor
pakar sudah tidak meyakini kemampuan  guru-guru di program pendidikan
khas, siapa lagi  yang boleh diharapkan untuk membantu meyakinkan
ibubapa ini.

Mengapa ini boleh berlaku. Adakah  salah pandangan mata?  atau salah
tafsir  di hati... di kalangan mereka yang tidak memahami dan  tidak bersama
kita berkejaran di padang cabaran ini.

Atau  segala pengalaman yang ibu ini lalui  dan  doktor itu ketahui di program
pendidikan khas  merupakan  satu realiti.



1 ulasan:

  1. setuju. ramai beranggapan begitu. masih banyak perlu diperjuangkan dan guru - guru pendidikan sendiri harus proaktif bagi memastikan program ini tidak dipandang enteng

    BalasPadam