Isnin, 14 Januari 2013

BICARA GURU PENDIDIKAN KHAS/ KALAU BOLEH

Tidak ada siapa yang mahukan anak bergelar istimewa.
Apatah lagi jika empunya diri  dan isteri adalah istimewa.

"Kalau boleh saya tak mahu anak saya  masuk ke kelas
 khas puan"  kata bapa itu kepadaku.

Hatiku  hiba tak terkira, melihat pasangan OKU  dihadapan
ku itu.

Dapat aku bayangkan kerunsingan yang ada di hati mereka.
Pun begitu, siapalah aku untuk menentukan segalnya.

"Baiklah encik, saya akan  cuba ikhtiarkan yang termampu,
ketentuannya adalah  ditangan  Allah" kataku .

Pun begitu,aku hanya mampu berjanji.  Pembelajaran  anak
nya di kelas  aliran  perdana adalah besama guru lain , bukan
bersamaku.

Apa yang aku fikir tidak  sama dengan rakan-rakan.
Apa yang aku cita-citakan untuk anak  ini  seperti
menyusahkan rakan-rakan.

Bukan semua orang ingin cuba memberi tumpuan kepada
anak-anak  seperti ini.  Jarang kutemui rakan yang ingin
mencuba sesuatu yang baru untuk melihat perubahan
anak seperti ini.

Jawapan yang mereka ada ialah "susahlah cikgu, saya tak
ada pengalaman untuk ajar anak  ini, saya tak boleh buat
apa-apa".

Mungkin mereka tidak dapat merasai kesedihan sepasang
suami isteri bermasalah penglihatan yang  berkata "Kalau
boleh saya tidak mahu anak saya jadi OKU, kerana saya
dan isteri saya adalah OKU.






Tiada ulasan:

Catat Ulasan