Selasa, 8 Januari 2013
BICARA GURU PENDIDIKAN KHAS/LOKAP
Selalu dikatakan bahawa ujian Allah untuk hambanya yang
dikasihi. Ujian kesedihan, cabaran dan kepayahan hidup.
Sebagai orang dewasa kita dapat melaluinya. Namun anak-anak
yang kita didik di sekolah masih terlalu kecil dan tidak layak
untuk merasakannya. Pun begitu ianya adalah ketentuan yang
punya hikmah tersendiri. Tiada siapapun tahu akan rahsianya.
Di awal persekolahan ini aku memantau bagi mengenalpasti
anak-anak yang bermasalah dari segi kehadiran dan tidak
boleh membaca dengan baik.
" Mengapa selalu tidak datang sekolah?. Soalan pertama
yang aku ajukan.
"Bangun lambat cikgu" jawapnya bersahaja.
"Emak kerja apa?" aku menyoal lagi.
"Tak kerja cikgu,duduk rumah jaga adik."
"Ayah kerja apa?" soalan ketiga kuutarakan .
"Ayah masuk lokap,keluar lokap cikgu" jawapnya selamba.
Aku tergamam. Tidak dapat untuk bersuara.
Ujian besar buat anak ini. Dia tidak tahu apa-apa.
Masih terlalu muda untuk memahami apa yang diperkatakannya.
Lebih besar ujian buatku sebagai pemimpin sebuah sekolah.
Amanah yang perlu kutunaikan. Apa yang harus kulakukan
agar anak ini tidak mewarisi jejak ayahnya apabila dewasa kelak.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan