Kalian adalah insan mulia yang sering bersamaku dalam
menempuh cabaran mendidik
anak isitimewa ini.
Tugas mulia
Menjadi seorang guru adalah satu
tugas mulia. Seorang
perdana menteri
dapat jawatannya juga dengan berkat
didikan seorang guru biasa. Betapa
mulianya apabila
bergelar guru. Sehingga
telah berada di liang lahad
kita tetap di panggil cikgu.
Menjadi guru kepada yang istimewa lebih mulia.
Kerana berada dekat dengan ahli syurga. Meskipun
ada yang menjadi guru
kerana terpaksa namun
petunjuk Allah datang juga. Ada juga yang berminat.
Semua usaha membawa berkat. Apapun amanah
mulia perlu terus diusahakan dengan seberapa ikhlas
demi anak-anak istimewa ini.
Perbezaan
Kalian yang datang membawa bersama cara berfikir
dan cara bekerja yang berbeza. Adakalanya aku
hampir mengalah apabila
berhadapan dengan masalah
yang tidak
diduga.
Pun begitu, aku menyedari semua masalah yang disusun
oleh Allah mempunyai jalan
penyelesaiannnya. Aku belajar
menghargai
setiap perkara yang kalian
lakukan serta '
menghormati setiap
perbezaan.
Nampak nyata ianya adalah satu jalan
lurus petunjuk
daripada Allah yang
berjaya menyelasaikan masalah
yang ada.
Semoga semua yang bergelar guru pendidikan
khas cuba
untuk mengamalkannya.
Pasukan
Berat sama dipikul, ringan
sama dijinjing. Bagai aur
dengan tebing tidak boleh
dipisahkan. Dua pepatah
Melayu ini
memang dalam pengetahuan semua.
Meskipun hanya dengan berpegang kepada dua pepatah ini ,
banyak perkara
baik yang dapat kita lakukan demi masa
depan anak-anak istimewa ini.
Dengan izin Allah juga.
Berkat pepatah Melayu ini
muncul satu pasukan kerja dalam sebuah
program
pendidikan khas yang
dikenali di Negeri Melaka.
Pasukan yang ada meskipun kecil,
namun kuasanya
besar dan telah membawa
program pendidikan khas
kita
program cemerlang sepanjang aku bergelar guru
pendidikan khas.
kerja pasukan sgt penting. saya berharap mempunyai pasukan guru pendidikan khas yang kuat, namun saya belum ketemu lagi.. :( moga akan datang ketemu jua
BalasPadam