Mereka adalah ibubapa kepada anak-anak istimewa ini.
Telah ramai anak istimewa yang aku didik.
Telah ramai ibubapa yang aku temui.
Banyak perkara yang aku pelajari daripada
setiap pertemuan. Banyak perkara yang
aku pelajari
daripada setiap perbincangan.
Ada antara mereka yang terima dengan redha apa yang
dikurniakan oleh Ilahi. Ternyata mereka memperolehi
kebahagiaan yang tidak disangka-sangka. Itulah yang
Allah berikan kepada hambanya yang bersabar dengan
ujian.
Telah ramai yang
menumpahkan air mata kesedihan
di hadapanku. Tidak kurang juga yang seperti marah
dengan takdir ilahi. Mereka terlupa bahawa mereka
sedang diuji. Mereka lupa dengan janji pahala daripada
Allah jika redha dengan apa
yang mereka miliki.
Allah buktikan
kata-kata ini melalui firmanNYA yang
bermaksud:“Dan
ketahuilah bahawa harta benda kamu dan
anak-anak kamu itu hanyalah menjadi ujian dan sesunggguhnya
di sisi Allah jugalah pahala yang besar.
(Al-Anfal. 8:28)
Allah
berhak untuk menjadikan setiap hamba mengikut kemahuannya.
Meskipun realitinya tidak ada ibubapa yang
gembira apabila dikurniakan
anak istimewa namun tiada siapa yang boleh menolak ketentuan ini.
Sesungguhnya Allah
yang lebih mengetahui.
Firman Allah lagi dalam
surah Al-An’am ayat 101
yang bermaksud:
“Dialah yang
menciptakan tujuh petala langit dan bumi tanpa
ada contoh yang terdahulu.
Bagaimana mungkin dia mempunyai anak
sedangkan dia tidak mempunyai isteri. Dialah
yang telah menciptakan
segala sesuatu dan dialah juga yang mengetahui sesuatu”.
Ada antara mereka yang menyalahkan orang lain dengan ujian
yang
diterima ini. Rasa tanggungjawap yang
sepatutnya di tunaikan tergadai.
Tugas mendidik anak ini dilupakan.
Perasaan menolak ketentuan telah membuatkan mereka lupa tentang
tanggungjawap. Alangkah beruntungnya jika mereka dapat membaca
hadis yang pernah aku baca ini.Ibnu Umar RA
katanya; “Saya mendengar
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Semua orang
dari engkau
adalah pengembala dan dipertanggungjawabkan terhadap apa
yang
digembalainya.
Seorang laki-laki adalah pengembala dalam keluarganya dan akan ditanya
tentang pengembalaannya.
Seorang isteri adalah pengembala di
rumah
suaminya akan ditanya tentang pengembalaannya. Seorang khadam juga
pengembala dalam harta tuannya dan akan ditanya tentang pengembalaannya.
Maka semua orang
dari kamu sekalian adalah pengembala dan akan ditanya
tentang pengembalaannya.”
Semoga mereka dapat memahaminya.
Semoga mereka terus tabah
Tiada ulasan:
Catat Ulasan