Di dalam tulisan sebelum ini saya ada menerangkan teknik
yang pernah
saya gunakan untuk mengajar
murid Pendidikan Khas Bermasalah
Pembelajaran membaca.
Saya juga ada menerangkan bahawa
semakin banyak pancaindera yang
murid gunakan untuk belajar, ia dapat membantu
murid mudah mengingat.
Kita lihat apa yang dikatakan oleh
Mahfuzah Zainol dalam buku tulisan
beliau yang bertajuk Teknik Persediaan Sensori
Dalam Pendidikan Khas.
Setiap manusia mempunyai tujuh (7)
jenis deria yang terdiri daripada
deria sentuhan, rasa, bau, pendengaran,
penglihatan, keseimbangan dan
pergerakan.
Setiap komponen deria ini mempunyai peranan penting
untuk meneriam
segala input daripada persekitaran dan menghantarnya
ke otak untuk diproses
membentuk sesuatu perbuatan atau tindakbalas
bermakna. (Mahfuzah Zainol 2014)
Saya berikan satu contoh di sini:
Diperingkat memperkenal huruf vokal atau konsonan, berbagai
aktiviti
boleh dijalankan dengan menggunakan
berbagai bahan bantu mengajar
yang boleh melibatkan berbagai jenis deria murid.
Bil
|
Peralatan
|
Deria yang digunakan semasa
belajar
|
1
|
Kad huruf abjad dengan menggunakan kertas pasir.
|
i. Penglihatan(Melihat
huruf)
ii Pendengaran (Mendengar nama
huruf disebut oleh guru)
iii. Sentuhan( menyentuh huruf
daripada kertas pasir)
iv. Pergerakan (menggerakkan
jari
mengikut bentuk huruf)
|
2
|
Puzzle huruf (a-z) pecahan 2
|
i.
Penglihatan
ii.
Pendengaran
iii.
Sentuhan
|
3
|
Puzzle huruf (a-z)
|
i.
Penglihatan
ii.
Pendengaran
iii.
Sentuhan
|
4
|
Tanah liat untuk membentuk huruf
|
i.
Penglihatan
ii.
Pendengaran
iii.
Sentuhan
iv.
Pergerakan
|
5
|
Kad huruf abjad kecil
|
i.
Penglihatan
ii.
Pendengaran
iii.
Sentuhan
iv.
Pergerakan
|
6
|
Huruf abjad ditulis di penyepit baju
|
i.
Penglihatan
ii.
Pendengaran
iii.
Sentuhan
iv.
Pergerakan
|
7
|
Video lagu mengenal huruf a-z
|
i.
Penglihatan
ii.
Pendengaran
iii.
Pergerakan
|
8
|
Pasir
|
i.
Penglihatan
ii.
Pendengaran
iii.
Pergerakan
iv.
Sentuhan
|
9
|
Kad gambar huruf
|
i.
Penglihatan
ii.
Pendengaran
iii.
Sentuhan
|
10
|
Lembaran kerja
|
i.
Penglihatan
ii.
Pendengaran
iii.
Sentuhan
|
Kita dapat me lihat bagaiman peralatan
yang digunakan oleh murid untuk belajar
melibatkan sekurang-kurangnya 3 deria.
Ia sangat membantu murid mengingat
huruf-huruf yang dipelajari.
Aktiviti yang pelbagai juga sangat
penting untuk mengelakkan murid merasa
bosan dengan satu aktiviti yang sama di
dalam masa yang lama. Dalam erti kata
lain, untuk mengajar huruf vokal ataupun konsonan kita boleh melakukan 10
aktiviti seperti
saya cadangkan.
Walaubagaimanapun, guru-guru dan
ibu bapa boleh juga memilih aktiviti dan
peralatan lain yang bersesuaian dengan tahap
kanak-kanak tersebut.
Banyakkan berdoa semoga anak yang
dididik mudah menerima dan memahami.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan