Khamis, 31 Januari 2013

BICARA GURU PENDIDIKAN KHAS/ MANA MILIK KITA






































































































































































































































BICARA GURU PENIDIKAN KHAS/MANA MILIK KITA


Mana milik kita
Tidak ada milik kita
Semua yang ada
Allah yang punya
Tidak ada kita punya
Kita hanya mengusahakan saja
Apa yang kita dapat
Allah sudah sediakannya

Kita Allah punya
Dunia ini ciptaan-Nya
Miliklah apa saja
Tidak terlepas dari ciptaan-Nya
Mana kita punya
Tidak ada kepunyaan kita
Kita hanya mengusahakan
Apa yang telah ada
Mengapa kita sombong
Memiliki Allah punya
Mengapa tidak malu
Kepada Allah yang empunya
Patut bersyukur kepada Allah
Yang memberi segalanya
Malulah kepada Allah
Kerana milik Ia punya
Janganlah berbangga
Apa yang ada pada kita
Kalau Allah tidak beri
Kita tidak punya apa-apa
Janganlah mengungkit
Mengungkit jasa kita
Jasa kita di sisi-Nya
Yang sebenarnya Allah punya
Marilah kita bersyukur
Bukan berbangga
Bersyukur kepada Allah
Bukan mengungkit jasa
Gunakanlah nikmat Allah itu
Untuk khidmat kepada-Nya
Selepas itu lupakan saja
Agar tidak mengungkit-ungkitnya
Tajuk Nasyid : Mana Milik Kita
Artis : Rabbani



BICARA GURU PENDIDIKAN KHAS/ ISTIMEWA

Tidak   mudah  lupa   adalah  satu nikmat Allah. Nikmat
yang  sukar untuk  dicari jika telah  kehilangannya.
Tiada   siapa  yang ingin jadi pelupa.

Jika telah jadi  pelupa,semua perkara  akan tergendala.
Masa tidak  akan   dapat diurus  dengan  baik apabila
kerap terlupa.

Terlupa  parking  kereta  di mana, terlupa kasut susun di mana.
Itulah  yang  berlaku  semalam.  Berpusing  mencari tempat
parking kereta.  Merata  mencari  kasut yang tidak dijumpai.

Bila  diuji  dengan mudah  terlupa baru  terasa  diri  semakin berusia.
Teringat  akhirnya  bahawa  kita  semua  juga  akan  jadi
ISTIMEWA.





















Isnin, 28 Januari 2013

BICARA GURU PENDIDIKAN KHAS/BUKAN KEBETULAN

4  hari  mengurus ibu mertua  adalah  satu pengalaman baru.
Menguruskannya ke tandas, menguruskan  dirinya mandi,
berpakaian dan makan minum memberi peluang kepadaku
beribadah  melalui cara yang berbeza.

Memang mencabar, pinggang jadi sakit, tubuh  terasa letih  dan
lenguh dimana-mana.  Meskipun bercuti, namun terasa rehat tidak
mencukupi. Inilah agaknya yang dilalui oleh kakak iparku selama
menguruskan ibu mertua.

Hari ini bangkit daripada tidur aku rasa seperti kehilangan sesuatu.
Ada kenangan  yang dia tingglkan meskipun dirinya telah kupulangkan
semula kepada kakak ipar  semalam.





 




Dilahirkan- bayi-kanak-kanak-remaja-dewasa-dan tua. Dari
insan yang sempurna kita juga akan istimewa. Bertongkat dan
berpampers. Buang air kecil  dan besar merata-rata.
Segalanya perlu bantuan penuh  dari orang sihat disekitar kita.


Fikirkanlah jika  hari ini kita tidak menunaikan tanggungjawap
dengan  sempurna  sebagai guru kepada anak-anak  istimewa.
Tugas yang sepatutnya kita lakukan  ditolak  dengan berbagai
alasan.

Jangan kesal jika tiba masa kita jadi OKU  anak-anak
pula akan membiarkan  kita sepertimana kita membiarkan
anak-anak  istimewa.

Putaran hidup  bukan satu  kebetulan. Itu adalah satu ujian ataupun
satu balasan.



Rabu, 23 Januari 2013

BICARA GURU PENDIDIKAN KHAS/ MAULIDUR RASUL

Selawat  dan  salam  ke atas  junjungan Nabi Muhammad s.a.w.
Semoga  kita dapat meneruskan usaha   mengamalkan segala sunnah
baginda  di dalam  kehidupan.

SELAMAT MENYAMBUT MAULIDUR RASUL.





BICARA GURU PENDIDIKAN KHAS/MEREKA



Mereka adalah  ibubapa  kepada anak-anak istimewa ini. 















Telah ramai anak istimewa yang aku didik.
Telah ramai ibubapa yang aku temui. 
Banyak perkara yang aku pelajari daripada 
setiap pertemuan.  Banyak perkara yang aku pelajari
daripada setiap perbincangan.

Ada antara  mereka yang terima dengan redha apa yang
dikurniakan oleh Ilahi. Ternyata mereka memperolehi
kebahagiaan yang tidak disangka-sangka. Itulah yang 
Allah berikan kepada hambanya yang bersabar dengan
ujian.

Telah ramai yang menumpahkan air mata kesedihan
di hadapanku. Tidak kurang juga yang seperti marah 
dengan takdir ilahi. Mereka terlupa bahawa mereka
sedang diuji.  Mereka lupa dengan janji pahala daripada
Allah jika redha dengan apa yang  mereka miliki.

Allah buktikan kata-kata ini melalui  firmanNYA   yang
bermaksud:“Dan ketahuilah bahawa harta benda kamu dan 
anak-anak kamu itu hanyalah menjadi ujian dan sesunggguhnya
di sisi Allah  jugalah pahala yang besar. (Al-Anfal. 8:28)

Allah berhak untuk menjadikan setiap hamba mengikut kemahuannya. 
Meskipun realitinya tidak ada ibubapa yang gembira apabila dikurniakan 
anak istimewa namun tiada siapa  yang boleh menolak ketentuan ini. 
Sesungguhnya  Allah   yang lebih mengetahui.

Firman Allah lagi dalam  surah  Al-An’am ayat  101  yang bermaksud:
“Dialah   yang    menciptakan tujuh petala langit dan bumi tanpa 
ada contoh yang  terdahulu.  Bagaimana mungkin dia mempunyai anak
sedangkan dia tidak mempunyai isteri.  Dialah  yang telah menciptakan 
segala sesuatu dan dialah juga yang mengetahui sesuatu”.

Ada  antara mereka yang menyalahkan orang lain  dengan ujian  yang
diterima ini. Rasa tanggungjawap yang  sepatutnya di tunaikan tergadai.
Tugas mendidik anak ini dilupakan.

Perasaan menolak ketentuan telah membuatkan mereka lupa tentang 
tanggungjawap. Alangkah beruntungnya jika mereka dapat membaca
hadis  yang pernah aku baca ini.Ibnu Umar RA katanya; “Saya mendengar
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Semua orang dari engkau
adalah pengembala dan dipertanggungjawabkan terhadap apa
yang digembalainya.

Seorang laki-laki adalah pengembala dalam keluarganya dan akan ditanya 
tentang pengembalaannya. Seorang isteri adalah pengembala di rumah
suaminya akan ditanya tentang pengembalaannya. Seorang khadam juga
pengembala dalam harta tuannya dan akan ditanya tentang pengembalaannya.
Maka semua orang dari kamu sekalian adalah pengembala dan akan ditanya 
tentang pengembalaannya.”

Semoga mereka dapat memahaminya.  Semoga mereka terus tabah 
dalam mengharungi ujian ini. Insyaallah.

Selasa, 15 Januari 2013

BICARA GURU PENDIDIKAN KHAS/KALIAN

















Kalian adalah insan  mulia yang sering  bersamaku dalam 
menempuh cabaran mendidik anak  isitimewa  ini.

Tugas mulia
Menjadi seorang guru adalah satu tugas mulia.  Seorang 
perdana menteri dapat  jawatannya juga dengan berkat 
didikan  seorang guru biasa. Betapa mulianya apabila 
bergelar guru.  Sehingga telah berada di  liang lahad 
kita tetap di panggil cikgu.

Menjadi  guru kepada yang istimewa lebih mulia.  
Kerana berada dekat  dengan ahli syurga. Meskipun
ada yang  menjadi guru  kerana terpaksa namun 
petunjuk Allah datang juga. Ada juga yang  berminat. 
Semua usaha  membawa berkat.   Apapun amanah 
mulia  perlu  terus  diusahakan  dengan seberapa ikhlas
demi anak-anak  istimewa ini.

Perbezaan
Kalian yang datang   membawa bersama  cara berfikir 
dan  cara bekerja yang berbeza.  Adakalanya aku 
hampir mengalah apabila berhadapan  dengan masalah 
yang tidak diduga.

Pun  begitu, aku menyedari semua masalah  yang disusun
oleh Allah mempunyai jalan penyelesaiannnya. Aku belajar
menghargai  setiap  perkara  yang kalian  lakukan serta '
menghormati setiap  perbezaan.

Nampak  nyata ianya adalah  satu jalan  lurus  petunjuk 
daripada Allah yang berjaya menyelasaikan  masalah 
yang ada.  Semoga  semua  yang bergelar guru pendidikan
khas cuba untuk  mengamalkannya.

Pasukan
Berat sama dipikul, ringan sama  dijinjing. Bagai  aur 
dengan tebing tidak boleh dipisahkan.  Dua pepatah 
Melayu ini memang  dalam pengetahuan semua.  
Meskipun hanya  dengan berpegang kepada dua pepatah ini , 
banyak perkara  baik yang dapat kita lakukan demi masa
depan anak-anak istimewa ini.

Dengan izin Allah  juga.  Berkat  pepatah Melayu ini 
muncul satu pasukan kerja dalam sebuah program 
pendidikan khas  yang dikenali  di Negeri Melaka.

Pasukan yang ada meskipun kecil, namun kuasanya 
besar dan telah membawa  program  pendidikan khas
kita program cemerlang  sepanjang aku  bergelar guru
pendidikan khas.  




BICARA GURU PENDIDIKAN KHAS/ISTIMEWA


ANAK  ISTIMEWA ADALAH CIPTAAN ALLAH.

Kelebihan
Mereka masih mempunyai kelebihan tertentu meskipun bergelar istimewa. 
Mereka layak untuk dihargai.  Bagaimana  hendak menghargainya banyak
bergantung kepada kepakaran guru yang mengajarnya.

Cara kita menilai kelebihan yang mereka miliki amat penting. Ianya  boleh 
membantu  dalam membimbing mereka  menjadi anak isitmewa yang lebih 
berdikari.Kelebihan mereka meskipun hanya  kecil  seharusnya digunakan
untuk mendapat manfaat yang lebih besar. Anggaplah bahawa meskipun
istimewa mereka boleh berjaya. Bukan  untuk masuk  university, tetapi
untuk menjadi insan  berdikari. 

Kuasa Allah
Lahirnya anak istimewa ini adalah dengan kuasa Allah.  Mereka 
menjadi istimewa juga dengan kehendak Allah.  Dengan melihat 
kekurangan yang mereka ada membawa kita selalu berfikir tentang
kekuasaan Allah.

Allah berhak menjadikan sesuatu tanpa meminta kebenaran kita 
berbanding  kita yang  boleh  melakukan sesuatu hanya setelah 
mendapat keizinananya. Kuasa Allah tidak ada tolok bandingnya.
Kekurangan  yang Allah ciptakan punya rahsia tersendiri di luar 
pengetahuan kita.  Dalam diri anak istimewa ini Allah meminta kita
berfikir bahawa DIA  boleh lakukan apa sahaja yang diingin kerana
kekuasaannya.


Merenung
Allah   menjadikan  anak-anak  istimewa  ini  sebagai  agen  untuk 
kita  merenung. Merenung tentang  kekurangan yang anak-anak ini
miliki. Merenung  juga akan nikmat yang  kita punyai . Merenung 
sejauhmana kita  rasa syukur  meskipun nikmat yang diterima hanya 
sedikit.

Berapa kali kita mengeluh dan berputus asa apabila  kita diuji.
Allah meminta kita merenung bahawa ada insan  yang lebih malang 
daripada kita di dunia yang fana ini. Apa yang kita guru-guru lakukan
selama ini dalam membantu mereka. Apakah telah tertunai amanah
yang diserahkan kepada kita? 




Anak  ini telah dijemput Allah menjadi  tetamunya 
yang mulia, Kita entah bila.
 Al-fatihah








 



Adakah kita merenung akan hakikatnya mereka sebenarnya beruntung
dengan kenikmatan  akhirat  yang kekal abadi berbanding kita yang 
sempurna tetapi akan dipersoalkan dengan setiap perkara yang kita miliki.

KEISTIMEWAAN MERERA ADALAH SATU AMANAH  KEPADA KITA.
. 


Isnin, 14 Januari 2013

BICARA GURU PENDIDIKAN KHAS/ KALAU BOLEH

Tidak ada siapa yang mahukan anak bergelar istimewa.
Apatah lagi jika empunya diri  dan isteri adalah istimewa.

"Kalau boleh saya tak mahu anak saya  masuk ke kelas
 khas puan"  kata bapa itu kepadaku.

Hatiku  hiba tak terkira, melihat pasangan OKU  dihadapan
ku itu.

Dapat aku bayangkan kerunsingan yang ada di hati mereka.
Pun begitu, siapalah aku untuk menentukan segalnya.

"Baiklah encik, saya akan  cuba ikhtiarkan yang termampu,
ketentuannya adalah  ditangan  Allah" kataku .

Pun begitu,aku hanya mampu berjanji.  Pembelajaran  anak
nya di kelas  aliran  perdana adalah besama guru lain , bukan
bersamaku.

Apa yang aku fikir tidak  sama dengan rakan-rakan.
Apa yang aku cita-citakan untuk anak  ini  seperti
menyusahkan rakan-rakan.

Bukan semua orang ingin cuba memberi tumpuan kepada
anak-anak  seperti ini.  Jarang kutemui rakan yang ingin
mencuba sesuatu yang baru untuk melihat perubahan
anak seperti ini.

Jawapan yang mereka ada ialah "susahlah cikgu, saya tak
ada pengalaman untuk ajar anak  ini, saya tak boleh buat
apa-apa".

Mungkin mereka tidak dapat merasai kesedihan sepasang
suami isteri bermasalah penglihatan yang  berkata "Kalau
boleh saya tidak mahu anak saya jadi OKU, kerana saya
dan isteri saya adalah OKU.






Jumaat, 11 Januari 2013

BICARA GURU PENDIDIKAN KHAS/AKU


Insan lemah memikul amanah  menjadi guru kepada insan istimewa.


















Berserah
Untuk menunaikan amanahsebagai seorang  guru pendidikan
khas bukanlah satu perkara mudah. Apabila kerap berjaya
mencapai sesuatu yang  kuingini  dalam bidang  ini adakalanya
aku merasakan semuanya adalah kerana kehebatanku.
Pun begitu jika setiap hela nafas adalah dengan izinnya, jika setiap
denyutan nadi juga dengan kemahuannya,aku mula menyedari 
siapalah aku tanpa bantuannya. 


Ujian yang silih berganti menjadikan aku mengalah dan mula tahu
untuk menadah  tangan  memohon kepada bantuannya.
Banyak perkara kukongsikan bersamaNYA. Banyak bantuan yang
dihulurkanNYA.  Aku jadi orang yang rapat denganNYA.  
Begitulah cara Allah  membimbing hambanya. Sesungguhnya 
Allah adalah tempat aku berserah  dalam  menyelesaikan 
segala masalah dalam kehidupan sebagai guru pendidikan khas.

Kesungguhan dan keikhlasan
Lorong-lorong cabaran  yang telah kuselusuri  berjaya  
membuka minda tentang betapa pentingya kesungguhan
dan keikhlasan dalam melaksanakan sesuatu amanah.  
Tanpa kesungguhan, keikhlasan  yang diiringi doa dan tawakkal,
kita akan jadi orang yang kecewa apabila gagal. Itulah realiti 
yang pernah aku lalui.  Akhirnya aku menyedari  bahawa kerjaya
sebenarnya akn menjadi  satu ibadah jika dilakukan dengan
sunguh-sungguh dan ikhlas lillahitaala.  Usahakanlah dalam kehidupan
ini.

Rezeki milik Allah
Allah  adalah pemilik kekal alam ini dan  segala isinya. Betapa ajal maut, 
jodoh pertemuan dan rezeki adalah dalam genggamannya  tidak
dapat dinafikan.  Nikmat rezeki  yang dikurniakan kepadaku menjadikan 
aku lebih yakin dengan janji dan kekuasaaanya.  Dia berhak memberikan
kepada siapa yang diingini.
Daripada seorang guru penolong kanan pendidikan khas melangkah terus 
sebagai seorang guru  besar amat mengujiku.  Muga sifat riyak dapatku
gantikan dengan  rasa syukur  di  atas kurniaannya
Tiada apa yang boleh aku lakukan dalam membalas segala nikmat  yang 
kuperolehi selain terus berjuang untuk anak-anak istimewa ini..
Aku sering membayangkan betapa besar nikmat yang kumiliki. Tidak 
diuji mendapat anak istimewa, tetapi diberi nikmat pekerjaan dengan 
kelahiran anak istimewa.
Aku berjaya  dalam kerjaya,  Aku berjaya menjadi insan   yang  
mengenali dan mensyukuri nikmat Allah  adalah kerana adanya   
kelahiran  anak-anak istimewa.

SYUKUR  PADAMU  TUHAN