Tidak mudah lupa adalah satu nikmat Allah. Nikmat
yang sukar untuk dicari jika telah kehilangannya.
Tiada siapa yang ingin jadi pelupa.
Jika telah jadi pelupa,semua perkara akan tergendala.
Masa tidak akan dapat diurus dengan baik apabila
kerap terlupa.
Terlupa parking kereta di mana, terlupa kasut susun di mana.
Itulah yang berlaku semalam. Berpusing mencari tempat
parking kereta. Merata mencari kasut yang tidak dijumpai.
Bila diuji dengan mudah terlupa baru terasa diri semakin berusia.
Teringat akhirnya bahawa kita semua juga akan jadi
ISTIMEWA.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan