Sabtu, 3 Mac 2012

BICARA GURU PENDIDIKAN KHAS/KISAH IBU BAPA 4

ANAK  HAIPERAKTIF
Haiperaktif   adalah  salah  satu  masalah  yang  selalu  dihadapi  oleh   murid-murid  pendidikan  khas.   Setiap  program pendiidkan khas selalunya  mempunyai murid yang  bermasalah  haiperaktif.  Tingkahlaku   mereka memang amat mencabar  kesabaran  sesiapa  sahaja yang  terlibat.
Seorang  ibu  sering   menangis di hadapanku  kerana  kerenah  anak  haiperkatifnya Ketidaksediaan  suaminya  menerima  kehadiran  anak  ini telah  menambah  kesulitan  sedia  ada.  Dia   amat  bingung   dan  sedih  serta menunjukkan sikap berputus  asa dalam  menghadpi  situasi  itu. 
TADAH  TELINGA
Kadangkala   jika  tidak dapat  bertemuku di sekolah dia  akan  menghubungiku  melalui  telefon untuk  berkongsi   masalah  yang  dirasakan  amat berat itu.   Aku  hanya  menadah telinga mendengar  dan  kadangkala  memberi   pandangan  yang dirasakan  boleh  membantu  menyelesaikan masalah.
Sikap haiperaktif  anaknya  itu  bukan sahaja  berlaku  di  dalam rumah.   Malahan  jika  anak  itu  terlepas  dia akan menggaggu  rumah-rumah  jiran tetangga.  Oleh  itu  pergerakan ibu  ini agak terhad.   Banyak  perkara  yang  seharusnya  diselesaikan  di luar rumah  tergendala.   Suami  langsung  tidak  membantu, malah  saling menyalahkannya  dengan  kehadiran  anak  ini. 
TERGAMAK
Satu  hari  ibu  itu  datang  ke sekolah  menemuiku.   Kehadirannya  kali ini amat berbeza.  Sebaik  sahaja  sampai  di dalam pejabat  dia  memelukku  seerat-eratnya  dan menangis  . 
Aku  tergamam dan memujuknya  agar bertenang.   Aku minta  dia  ceritakan  kepadaku  masalah  sebenar  yang dihadapinya.   Bagiku, persoalan pokok mestilah  tentang  suaminya.   Tindakan  suaminya memang  kerap  melukakan  hatinya.   Aku  boleh   membacanya  walaupun  dia belum bercerita.
Dari ceritanya  aku  dapat  tahu bahawa  suaminya bercadang hendak menghantar anaknya  yang  bermasalah  haiperaktif  masuk  ke Hospital  Permai Johor Baharu.  Ada  orang  yang  menasihati  suaminya  bahawa  di sana  anak itu  boleh  pulih.  Aku  agak  terperanjat  mendengar  berita itu.   Ada  juga  bapa yang tergamak  melakukan sedemikian kepada  anak  sendiri.
TIDAK  MUNGKIN
Untuk meredakan   kerunsingan  ibu  itu  aku  menjelaskan bahawa  perkara  itu  tidak mungkin  akan berlaku.   Anak itu haiperaktif  dan bukannya  bermasalah  mental.   Tambahan  pula  syarat  kemasukan ke sana bukanlah  semudah  kata-kata.  Banyak  pemeriksaan  yang  perlu dijalankan  ke  atas  anak  itu  jika  ingin  dimasukkan  ke sana.
Aku  memberI   jaminan  ianya  memang  tidak  akan berlaku.  Akhirnya  khabar  kuterima anak  ini  dihantar   ke sebuah  institusi  pemulihan  akhlak .
SEDIH MENGENANGKAN  BAPA YANG  TIDAK  SEDAR   AKAN  KELEBIHAN  MEMBESARKAN AHLI  SYURGA.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan