Selasa, 31 Mei 2011

Sehari Di Taska Raudhatul Sakinah

Awal pagi selepas urusan dengan Allah selesai, aku berkejar membantu anak di Taska Raudhatul Sakinah. Hari itu anak sulung dan isterinya  tidak dapat masuk kerja. Ada urusan di Kuala Lumpur.  Aku terpaksa membantu puteri ke duaku menguruskan Taska Raudhatul Sakinah.

Seronok lihat anak-anak kecil datang dengan senyuman. Ada juga yang datang dengan tangisan. Bersama mereka terasa seolah-olah macam baru keluar maktab tahun 1985. Bermain dan belajar. Masa berlalu begitu pantas. Tak perasan dah tengahhari. Ada yang balik separuh hari dan ada dijaga  sepenuh hari.

Sebenarnya di Taska Raudhatul Sakinah ini, kami menerima anak-anak istimewa. Setakat ini kami hanya hadkan kepada 2 orang murid istimewa.

Seorang menghadapi kecacatan anggota(cacat bahagian kaki) dan seorang menghadapi masalah (tubby sindrome). Ini pertama kali aku menemui masalah pelajar sebegini dalam menjalankan tugas sebagai guru Pendidikan Khas.

Apapun, dengan sedikit ilmu dan pengalaman membantuku mengurus anak-anak ini, ternyata anak-anakku tidak kekok dan seronok melayan kerenah anak-anak istimewa ini.    Walaubagaimanapun mereka tidak kulepaskan sendiri  tanpa bimbingan.

Aku akan membuat mesyuarat apabila perlu iaitu pada hari Khamis selepas asar bagi mendapatkan laporan perkembangan murid-murid ditaska dan program intervensi awal  yang cuba dilaksanakan oleh anak-anak dan menantuku.

Yang paling ketara kulihat ialah, perkembangan jasmani, rohani intelektual dan emosi anak-anak istimewa ini lebih memberansangkan kerana mereka dikelilingi oleh anak-anak normal. Tambahan lagi usia tiga atau empat tahun adalah usia yang masih sesuai untuk menjalankan intervensi awal keatas mereka.

Tengah hari... yang balik dari sekolah.  Wah... mereka dah boleh solat dan baca doa lepas solat dengan baik juga. Dah boleh ambil wuduk dengan baik .

Tahniah anak-anakku. Untuk puteri keduaku... aku tahu memang mencabar mengurus sebuah taska dalam usiamu yang terlalu muda. Banyak yang kau telah lalui selama 5 bulan ini. Tapi cuba buat yang terbaik. Insyaallah kau boleh lakukannnya.

Berakit-rakit ke hulu berenang-renang ketepian.  Bersakit-sakit dahulu  bersenang-senang kemudian.  Pesanan untuk  putera, puteri dan menantuku. ialah jaga amal terutama solat dan mengaji.  Banyakkan doa agar semuanya berjalan dengan baik.

Segala kepayahan yang dilalui sekarang adalah sebagai satu persediaan untuk menghadapi cabaran masa mendatang.  Sabar itu pahit namun buahnya manis

Azamku dan anak-anakku hanya satu, iaitu dalam masa lima tahun Taska Raudhatul Sakinah akan mengorak langkah kehadapan dengan membawa lebih ramai anak-anak istimewa belajar dan bermain bersama-sama anak normal dibawah satu bumbung tanpa sempadan.






Hanya inilah usaha kecil yang dapat kami lakukan untuk membantu anak-anak istimewa ini dan seterusnya memertabatkan pendidikan khas di negeri Melaka. Inyaallah..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan