Siapakah kita?
Mencurahkan karya melalui blog ini bukan bererti aku adalah yang terbaik dari kalangan pembaca. Menulis disini adalah satu perkongsian idea dan pengalaman selama 19 tahun berkecimpung dalam dunia Pendidikan Khas.
Terlalu ramai guru yang pernah sepasukan denganku untuk memajukan program. Yang lebih berusia dan akan bersara pun ada. Terlalu ramai jumlahnya yang sudah menganggur lama akibat ketandusan kerja. Ada juga yang voilenteer kerana terlalu teruja dengan apa yang pendidikan khas ada.
Tak kurang juga yang suka-suka nak menimba pengalaman baru. Apapun dalam penilaianku yang cukup tidak sempurna ini dapatlah kugolongkan guru-guru pendidikan khas dalam kegtegroi yang berikut.

Meskipun begitu, jangan sekali-kali ada yang tersentuh dengan apa yang dibaca ini. Semua ini adalah satu pemerhatian daripada seorang insan yang serba lemah yang tidak layak untuk menjatuhkan hukum kepada sesiapapun.
Jika kebetulan ianya tepat kena pada pembaca atau pembaca ingin mengarah kepada ciri-ciri tersebut minta segeralah berubah agar program yang dipimpin , murid yang dbimbing dapat dibangunkan seperti kehendak Falsafah Pendidikan Khas dan Falsafah Pendidikan Negara. Jika tidak kena mengena langsung jadikan ia sebagai satu bahan bacaan hiburan sahaja.

Cebisan coretan ini kunamakan Siapakah kita?
1. Ada sedikit pengalaman, ada sedikit ilmu tapi buat-buat tak tahu , tidak mahu bertanya, tidak
mahu mencuba.
Kena atasi segera, kalau tidak murid jadi mangsa.
2.Tidak ada ilmu, tidak ada pengalaman tetapi ingin belajar dan kuat berusaha.
Boleh cepat berjaya. Teruskan usaha
3. Banyak ilmu , sedikit pengalaman tetapi kuat bekerja.
Cepat jadi penyelia.
4. Masuk Pendidikan Khas untuk mudah dapat sambung belajar, dapat elaun, mengajar
sambil lewa, berkira, tak boleh lebih kerja.
Fikir baik-baik jangan terus buat dosa.
5. Masuk Pendidikan Khas sebab rasa Pendidikan Khas tak banyak kerja.
Terlalu bahaya, cepat-cepat jumpa KETUA UNIT convert semula
6. Banyak pengalaman, banyak ilmu tapi dah tiba zon tak kuasa.
Bahaya, lebih baik jumpa kaunselor, kalau tidak program huru hara.
7. Orang lama, banyak ilmu, banyak pengalaman. Tak pernah putus asa terus berkerja walau tak
dapat apa-apa. Selalunya mereka ini mulut laser menegur orang tak kira siapa. Ramai orang tak
suka, walaupun apa yang ditegur betul belaka.
Jangan takut,selalu jumpa mereka untuk menimba ilmu insyallah boleh berjaya.
Sebagai insan biasa bukan niat ini untuk mengenakan sesiapa. Jauh dari sudut hati untuk mengata dan mencerca kelemahan orang lain.
Apa yang kucurahkan ini adalah sebagai memikul amanah menegur sesama manusia agar segala kekurangan dapat dibaiki semula. Adakalanya aku juga tergolong dengan kategori no 6 diatas . Ini membuat aku takut pada diri sendiri dan memaksa diri untuk bangun, cari idea baru untuk program dan anak-anak didikiki agar ianya berubah .

Nasihat untuk diri ini juga rakan-rakan mahupun adik-adik tidak kira kita berada di kategori yang keberapa, yang penting ialah buka minda untuk terus berusaha menjadi guru Pendidikan Khas yang berjaya . Banyakkan belajar melalui lawatan, bertukar-tukar pendapat dan pandangan dan membuat kajian tentang murid-murid ini.
Berhadapan dengan anak istimewa menuntut banyak kesabaran dan komitmen. Oleh itu jangan alpa dengan kemudahan yang disediakan hingga lupa untuk mengkaji dan mencipta sesuatu yang baru dalam dunia Pendidikan Khas. Pengajaran dan pembelajaran di dalam dan luar bilik darjah amat penting dan ianya adalah seiring dengan pengurusan tingkahlaku untuk anak-anak istimewa ini.
Tidak kira siapakah kita. Apa yang penting ialah memikul amanah sebaik mungkin demi kepentingan anak-anak isitimewa ini.
Must do everything to get something
Tiada ulasan:
Catat Ulasan