Selasa, 24 Mei 2011

Sajak hari lahir

Telah terlalu jauh kurasakan perjalanan ini,
Kerapkalinya aku leka,
Dalam menunaikan tanggungjawap,
Yang  diamanahkan  olehnya.

Ini adalah kerana ......
Ke langit  tinggi  harapan ingin  kugapai,
Ke lurah dalam cita-cita  ingin kugali,
Walaupun  ada kalanya,
Terasa letih,   , bediri,   berjalan dan berlari,
Namun  keinginan  tetap tidak mencukupi.

Dalam keliru aku sering bertanya,
Apakah pengakhiran sebuah cerita ,
Apakah pengakhiran sebuah cita-cita,
Bila semakin banyak impian dapat kugenggam,
Semakin hati   menaruh dendam.

Ya  Tuhan.... ya Rahman,
Janganlah  selalu kau biarkan aku,
Pandangilah aku dengan pandangan rahmatmu...
Tanpamu siapalah aku,
Insan kerdil yang sering tertipu,
Oleh hasutan syaitan dan nafsu.

Dalam sedar dapat kurasakan,
Sedikit bekal amal yang kubawa,
Banyak dosa yang akan kugalas,
Ngeri dalam hati,
Muga aku diampuni,
Apabila bertemunya nanti.
Amin...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan