Ahad, 29 Mei 2011

Guru oh guru

Semalam sebaik habis program hari guru peringkat sekolah aku dan anak bongsu berkejar ke sebuah rumah yang memang akan kukunjungi setiap tahun pada  hari guru. Beliau yang kumaksudkan ialah bekas ustazahku  semasa  di sekolah rendah lagi. Kedatanganku  sepertimana biasa disambut oleh pembantu rumahnya.  Sebaik saja dia keluar dari biliknya aku dapat rasakan yang dia nampak kurang sihat.  Yalah, umur dan 70 tahun lebih .

Semalam memberi banyak pengertian dalam hidupku yang bergelar guru. Dia ucapkan ribuan terima kasih dengan kehadiranku. Aku akan memeluk dan mencium pipi dan dahinya setiap kali bertemu kerana ada sesuatu yang tidak  boleh kugambarkan dalam hati ini apa yang telah diberikan padaku sejak di bangku sekolah rendah lagi.

Dia memang bangga denganku dan  adik beradikku yang lain  kerana walaupun kami anak orang susah  tetapi semuanya telah berjaya.

Mungkin ada sesuatu yang terdetik dihatinya pada hari guru kali ini,  aku sendiri tidak dapat menyelaminya. Air matanya berlinang sepanjang   berbual denganku.  Hingga kini mataku  masih terbayang-bayang dan hatiku masih tertanya-tanya apakah erti  kesedihannya  itu.

Dia rupanya memendam rasa runsing selama ini kerana tidak dapat hadir majlis perkahwinan anakku pada bulan lepas. Dia takut aku kecil hati. Ku jelaskan yang aku tidak kisah semua itu.  Yang penting majlis yang kujalankan telah selamat.

Apa yang lebih menghibakan aku ialah dia bercerita  dia begitu runsing dan  banyak berdoa dari jauh untukku pada hari majlis itu berlangsung.  Ini adalah  kerana dia nampak cuaca memang amat buruk pada hari  tersebut. Rupa-rupanya ada doa dari seorang guru yang  membantu cuaca cerah kembali pada waktu berlangsungnya majlis perkahwinan anakku. Alhamdulillah.

Aku  amat terharu mendengar ceritanya itu. Sebelum aku melangkah pulang ada sesuatu yang lebih mengejutkan aku apabila dia menghulurkan kepada ku wang sebanyak RM 300 . Permintaannya ialah buat sesuatu yang kekal di Taska Raudhatul Sakinah milik anak-anakku agar pahalanya akan sampai kepadanya apabila dia telah pergi nanti.

Hatiku hiba sekali lagi. Apakah yang telah membuatnya jadi begitu menyayangiku. Kami tidak pernah ada hubungan tali persaudaraan . Cuma ----- ikatan  rasa sayang seorang murid  kepada gurunya. Sekali lagi sebelum bersalaman dan memeluknya untuk pulang. Dia meminta aku mendoaka dirinya nagar dia sihat dan dapat beramal dengan sempurna.


Itulah kisahku  kasih guru kepada muridnya yang juga kini bergelar guru. Adakah aku boleh menjadi seorang guru seperti itu?  Muga -muga begitu.....

17 MEI 2011

Tiada ulasan:

Catat Ulasan