Khamis, 19 Mei 2011

PERJALANAN HIDUP

Jauhnya perjalanan,
Terlalu banyak kisah yang kurasakan kebetulan,
Rupanya tanpa sedar ia adalah ujian,
Sebagai meningkatkan keimanan,
Menguji ketaatan,
Menyiapkan belakan,
Kegaris penamat kehidupan.

Jika setiap kelipan mata adalah kawalannya,
Jika setiap denyutan nadi adalah dengan izinnya,
Jika setiap pergerakan adalah dalam pandangannya,
Dapatkah ditanya lagi,
Mengapa kita yang harus diuji,

Walau pahit bak hempedu harus ditelan,
Walau semasam cuka harus dirasa,
Walau semanis madu yang tak semestinya membawa bahagia,
Harus dibawa bersama.
Itulah kenyataan hidup,
Yang mesti kita lalui,
Meskipun jauh kita berlari,
Pasti dia mengekori

Tiada ulasan:

Catat Ulasan