Bila resah,
Tanyalah pada Allah,
Pasti ada jawapnya,
Bila sedih,
Tanyalah pada Allah,
Pasti IA tahu puncanya,
Bila sakit,
Mengadulah padaNYA,
Pasti ada penawarnya.
Apa jua yang dirasa,
Tanyalah padaNYA,
Apa jua yang melanda,
Bisikkan padaNYA,
Pasti ada jawapannya,
Jika masih tiada jawapan diterima.....
Sebenarnya DIA maha kaya yang tahu segalanya,
Jangan mengalah dalam pencarian ini.
Kebahagiaan yang dicari,
Pasti menanti.
Datangnya merangkak atau berlari jangan difikiri,
Kerana dalam hati kita yang menanti,
DIA sentiasa memerhati.
Tanpa sedar juga diri kita diuji,
Tanpa sedar juga hati kita dididiki,
Tanda kasih dan cinta yang hakiki,
Dari PENCIPTA kepada hambanya yang dikasihi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan