Telah 26 tahun aku bergelar pendidik di sekolah rendah. Sebagai isteri seorang tentera telah banyak negeri yang kusinggahi untuk menurunkan ilmu. Pahang, Kelantan, Negeri Sembilan dan kini di Melaka negeri asalku. Banyak cerita suka duka telah kulalui. Ada yang masih terpahat diingatanku yang tua ini.
Dalam masa yang sama mendidik anak bangsa, aku juga menerima amanah Allah untuk mendidik enam cahaya mata sendiri. Tiga orang lelaki dan tiga orang perempuan. Aku bukan jenis orang yang suka berputus asa dengan kegagalan.
Mungkin itulah didikan yang aku terima dari arwah abah yang hanya seorang nelayan. Aku ada 11 orang adik beradik. Hidup kami amat susah terutama apabila musim tengkujuh kerana abah tidak boleh ke laut.
Disebabkan kesusahan ini aku rasa semua adik beradikku adalah orang yang kuat berusaha dan sukar untuk mengenal erti gagal. Semua kami telah diberikan Allah rezeki dengan jawatan yang agak tinggi juga.

Amat berbeza pengalaman yang kulalui dengan yang dilalui oleh anak-anakku. Celik mata sudah ada kereta dan semua kemudahan yang sempurna. Mungkin ini salah satu faktor yang membuatkan mereka sambil lewa dalam mengejar cita-cita.
Aku selalu bertanya dalam hati mengapa jadi begini. Adakah kerana aku sambil lewa dalam mengajar anak orang lain? Rasanya tidak mungkin, kerana aku adalah seorang yang sangat komited dalam bidang yang kuminati ini.

Bila difikirkan balik mungkin ini ujian Allah kepadaku agar aku lebih dekat dengannya disetiap masa dan keadaan. Bermula dengan anak lelakiku yang sulung , kuhantar ke sebuah sekolah agama berasrama di Rembau Negeri Sembilan. Harapan tinggi menggunung agar ia menjadi seorang ustaz. Hajat tak sampai didalam tingkatan 2 dia buat hal. Malas belajar dan suka berkawan dengan rakan-rakan yang tidak elok akhlaknya.
Aku pasrah dengan keadaan ini. Dengan hati berat ia kupindahkan kesebuah sekolah menengah di negeri Melaka ini. Pergi ke sekolah dihantar, balik diambil demi menjaga pergaulannya. Pergi tuisyen pun begitu . Aku akan selidek siapa sahabatnya dan pergi mencarinya dengan suami jika dia lambat pulang apabila ada study group.
Dalam punya jaga pun aku masih dapati di merokok kerana terbau pada pakaiannya apabila mengambilnya balik dari tuisyen. Setiap hari aku bermunajat pada ALLAH agar anak-anakku terpelihara dari melakukan kejahatan. Akhirnya dalam kepayahan ini dia berjaya menamatkan pembelajarannya disebuah politeknik. Habis belajar dapat kerja di Shah Alam.

Berbagai usaha dilakukan bagi memastikan semua nya berjalan dengan baik. Waktu solat terpaksa diingatkan, pergaulan perlu diperhatikan. Setiap hujung minggu aku akan menelefon awal pagi untuk pastikan dia bangun solat subuh. Ternyata tak bangun pukul 10 pagi baru telefon diangkat. Akhirnya ia kupujuk berhenti kerja. Balik kampung duduk bersamaku. Aku lega semuanya dalam kawalanku.
Berbeza dengan anak ke duaku, seorang perempuan. Senang untuk dikawal . Pernah belajar di madrasah untuk hafal quran, tetapi ujian juga buatku, separuh jalan. Kumasukkan ke sekolah menengah agama dan dapat sambung belajar buat Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak di Kolej Islam Antarabangsa di Gombak.
Sekali lagi aku gundah gelana. Bila nak balik cuti bukan main susah lagi hati. Dia tak berani nak naik bas atau teksi. Mungkin dari kecil aku tidak pernah membenarkan dia menaiki bas kesekolah. Jadi keyakinan dirinya agak rendah. Akhirnya hanya satu semester dia di sana.

Aku pujuk dia berhenti dan sambung belajar pendidikan jarak jauh di Open University. Sekali lagi aku membuat tindakan yang tidak disukai oleh ahli keluargaku yang lain. Tapi aku buat semua setelah istikharah. Aku redha walaupun ianya macam tidak patut tetapi keputusan itu aku dapat dengan munajat pada Allah.
Alhamdulillah rezeki dia amat murah sambil belajar dapat kerja disebuah tadika perpaduan. Senang hatiku, depan mata waktu pergi dan balik kerja. Hujung minggu apabila tidak ada kelas , tambah pengalaman tolong aku mengajar murid-murid istimewa dan pemulihan khas membaca.

Keputusan menghantar anak lelaki ke 3 dan ke 5 ku kemadrasah hanya untuk hafal Quran memang kurang disenangi semua. Mungkin mereka menganggap anak-anak ini nanti tidak ada masa depan. Walau apapun aku tenang dengan kedua-dua mereka. Meskipun lambat untuk menghabiskan hafazannya, tetapi aku redha kerana adalah hikmah yang aku sendiri belum tahu apa.
Anak ke 4 pula perempuan masih belajar di sebuah sekolah teknik di Melaka ini. Yang ini aku sedikit senang hati. Belum pandai nak melawa tak perlu runsing kerana tiada pakwe lagi walupun dan berusia 16 tahun. Tak suka keluar lepak macam remaja lain. Lukis kartun dan baca novel bila masa lapang.
Yang bongsu di dalam darjah 4. Ikut bersamaku disekolah yang sama. Ada kelainan, terlau advance pemikirannya. Dah cerita pasal masa depan apa yang akan dibuat jika telah berumahtangga. Geli juga hati, tapi itulah reality anak zaman IT. Suka sangat bergaya dan cita-cita nak jadi cikgu macam emaknya.
Alhamdulillah, berbalik pada cerita anak sulungku tadi. Berbagai kerja yang dilakukan untuk mencari duit poket. Memang terasa kasihan, tetapi demi menjaga agamanya aku redha atas kekurangan ini.
Akhirnya setelah berbincang dan mendapat kata sepakat dari suami, kami menghantar nya mengikuti kursus pengurusan taska anjuran Jabatan Kebajikan Masyarakat . Akhirnya adik perempuannya yang kedua juga kuminta berhenti kerja dan berganding bahu menguruskan sebuah taska berbentuk Islamic yang kami namakan Taska Raudhatul Sakinah.
Cita-citaku ialah Taska yang dibina ini biarlah berlandaskan sunnah Rasullullah s.a.w. Moga amalan sunnah dapat diteruskan melalui taska yang diterajui oleh anak-anakku. Selain itu ditaska ini juga kami menerima anak-anak istimewa, melalui program intervensi awal. Setakat ini kami hanya menerima 2 orang kanak-kanak istimewa .

10 April 2011 sekali lagi kejutan berlaku. Dalam diam. anakku yang lelaki sulong telah bertemu jodoh. Bukan kekasih atau kenalan rapat. Jodoh pertemuan ditangan tuhan. Kini Taska yang telah dibuka diterajui oleh 3 insan yang bergelar anak dan menantu.
Alhamdulillah... rezeki Allah maha luas. Dengan bekerja sendiri seperti ini, anak-anak dan menantuku dapat meneruskan usaha agama dan disamping menjaga amalan sendiri.
Alhamdulillah... rezeki Allah maha luas. Dengan bekerja sendiri seperti ini, anak-anak dan menantuku dapat meneruskan usaha agama dan disamping menjaga amalan sendiri.
Memang ceritaku ini tidaklah sememarik mana. Apa yang ingin kugambarkan ialah kesusahan dalam mendidik anak-anak zaman sekarang. Di rumah meraka dididik dengan agama tetapi bila keluar dari kepompong rumah mereka lebih cepat terdedah kepada perkara yang tidak kita duga. Rakan-rakan lebih mempengaruhi mereka daripada didikan yang diterima sejak mereka kecil.
Apapun aku besyukur dengan rahmat yang diberi Allah padaku . Walaupun mereka tidak kemenara gading , anak-anakku telah kulengkapkan dengan ilmu agama .
Aku masih teringat akan doaku semasa berada di makam rasullullah iaitu jadikanlah anak-anakku orang yang berjaya dunia dan akhirat. Berjaya yang kumaksudkan hanya Allah yang lebih tahu . Aku berserah kepadanya... untuk menentukan .
Apa yang penting kurasakan sekarang ialah anak-anak soleh dan solehah yang dapat mendoakan aku apabila aku dan suamiku menemui Allah nanti. Insyaaallah.

HASIL KARYA INI PERNAH DISIARKAN DI MAJALAH MIDI KELUARAN OGOS 2011
Tahniah..kak...semoga family akak berbahagia bersama keredhaanNya...akak dah buat blog dah...sayanya masih sunyi sepi lagi...nak kena update ni..mana boleh..he he he...
BalasPadam